Incik Ramadan VS Incik Syawal


cropped-10s92q8.jpg

Saya melihat status kawan-kawan di facebook. Ramai yang hapdet status tentang Ramadan yang akan datang tak lama lagi. Well, sekarang pun dah bulan syaaban. Kira kira, ada lagi 18 hari menjelang ramadhan.

Eh, ada lagi 18 hari?

Bagi yang belum gantikan puasa. Bila nak ganti?

Bagi yang belum lancar baca Quran, ayuh lancarkan baca Quran. Nanti takdelah terkial-kial bila kawan-kawan ajak join khatam Quran.

Bagi yang taktahu apakah perkara yang membatalkan puasa. Eh, jom mula belajar.

Bagi yang baru nak berpuasa especeli untuk adik adik kecil dan comel. Jangan ponteng!

Bagi pengeluar asap rokok, ayuh jadikan ramadhan ni sebagai kick-start untuk berhenti mengepam asap.

Untuk saya yang akan berpuasa, teruskan berpuasa. Eh, puasa ke?

Eh Datang lagi!

Ada lagi 18 hari, sepanjang artikel ini ditulis. Masih lagi berbaki 18 hari. Ramadan ini seolah dinanti.

 

Semua orang sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan Ramadan ini.

Pihak sekolah ada yang memohon agar diadakan kuliah maghrib khas bersempena Ramadan.

Ada syarikat yang ‘book’ ustaz polan bin si polan untuk datang bagi kuliah ramadhan di tempat kerja.

Masjid pun tidak terkecuali menjemput para tahfiz dari seluruh negara untuk menjadi imam tarawih.

Ada masjid yang sanggup jemput imam dari tanah arab untuk menggalakkan pesta berjemaah terawih di masjid.

Syarikat ada yang dah ‘book’ masjid sebab nk seponser majlis berbuka puasa.

Syarikat Pak Cik Yusufff Taiyyuub  (sambil berbisik ) pula sedang giat menawarkan kurma disaluti cekelat dan badam di TV.

Pasaraya – pasaraya besar dan terkemuka sudah sibuk menawarkan promosi baju raya yang murah, kuih raya yang sedap, peralatan membuat kek dan kuih raya.

Malah ada yang menawarkan oven pada harga termurah!

Harga tepung dan serbuk penaik diturunkan seminima mungkin.

Kawan – kawan sudah sibuk bercerita tentang berapa jumlah pakaian yang ingin dipakai sempena hari raya ni. Ada berapa pasang. Ada berapa kaler.

Kedai pakaian dan butik telah mula mengiklankan produk produk mereka di surat khabar. Kedai kain jakeel dan Najoyah pun turut mempromosikan kain kain mereka yang diimport.

Mak cik dan mak cik bekerjaya sebagai suri rumah pun sudah berkira kira mahu  tema kaler apa untuk tahun ini.

Wow, Tak sabarnya nak membeli belah!

Bahang raya aidilfitri sudah mula terasa!

Eh eh. Siapa yang datang ni?

Encik Ramadhan ke Encik Syawal?

ramadan

Siapa yang datang?

Ramadhan yang akan datang dalam masa beberapa hari sahaja lagi telah ditenggelamkan oleh suasana meriahnya menyambut syawal.

Sedangkan, masa masih terlalu panjang. Jauh lagi perjalanan sebelum bulan syawal tiba.

Indahnya buaian kita terhadap syawal yang akan hadir hingga melupakan kita terhadap bulan ramadhan yang penuh dengan barkah.

Eh, dalam bulan ramadhan ni sepatutnya dipenuhkan dengan aktiviti ibadah dan perancangan untuk bangun malam, apatah lagi berdetim dengan Al Quran.

Kita dah siapkan dan ready untuk mutabaah Ramadan kita?

Ramadhan yang datang ni. Kita dah bersedia ke?

Atau kita sibuk meraikan kedatangan syawal, hingga terlupakan ramadhan.

Eh. Selamat datang encik Ramadhan!

Mengenal Cinta


67

 

Mengenal Cinta

Saya mula mengenali kalimah cinta itu sejak saya berumur 12 tahun. Di usia yang sebegitu muda, saya memerhatikan  teman sekelas saling berbalas surat.

Menurut fikiran pelajar berumur 12 tahun, saya fikir cinta itu adalah perhubungan lelaki dan perempuan yang saling berbalas surat cinta.

Naluri ingin tahu saya bertambah kuat, dan kadang-kadang saya cemburu teman sekelas saling berbalas surat. Seolah-olah operasi berbalas surat ini merupakan satu keperluan.

Saya masih ingat, bagaimana kuatnya pengaruh cinta ketika itu membuatkan saya menaruh minat terhadap seorang teman, yang saya namakan dia sebagai Humaira (bukan nama sebenar).

Namun, lantaran sifat malu yang menebal, perasaan itu saya pendamkan.

Saya pendamkan ‘perasaan cinta’ sehinggalah kami masing-masing terpisah sekolah. Masa terus berputar sehinggalah saya terserempak dengan Humaira  di pasar malam.

Perubahan ketara dari segi fizikal, dan  emosi mendorong saya untuk lebih berani. Tapi, sifat malu yang diterapkan sejak kecil, hanya mampu membuatkan saya tersenyum apabila terserempak dengan Humaira di pasar malam.

Secara kebetulan, abang Humaira, merupakan teman satu sekolah dengan saya.

Maka, dengan kuasa saya sebagai seorang pengawas sekolah yang sering keluar masuk pejabat sekolah. Memudahkan saya untuk ‘mencuri’  nombor telefon rumah Humaira. Saya gigih mencari buku kehadiran kelas abang Humaira, dan misi itu berjaya.

Dengan berbekalkan nombor telefon rumah Humaira yang sudah saya hafal,  saya berkira-kira untuk memulakan langkah pertama.

Malang, misi untuk memulakan langkah pertama tidak berjaya. Humaira belajar di sekolah berasrama penuh. Dan Humaira hanya pulang ke rumah dua bulan sekali. Justeru, kebarangkalian dan peluang untuk saya mengetuk pintu hati Humaira amatlah tipis.

Dan perasaan yang saya kira sebagai cinta itu hanya tinggal terperam.

 

 

Kosong yang bukan sekadar angka. Merenung ke dalam diri. Semakin jauh ia pergi. Semakin jauh ditelan waktu.

Kosong yang bukan sekadar angka.
Merenung ke dalam diri.
Semakin jauh ia pergi.
Semakin jauh ditelan waktu.

Motivasi

Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, cuba jawab persoalan di bawah.

 

Apakah itu adalah definisi cinta yang sebenarnya?

Apakah definisi cinta menurut pandangan kanak-kanak berumur 12 tahun itu dapat dibukukan sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka?

Bagaimanakah cinta itu diterjemahkan?

–          –           –           –           –           –           –           –           –           –           –           –           –               –           –           –           –

 

Sekiranya anda mempunyai jawapan terhadap persoalan di atas, maka saya juga mempunyai pendefinisian saya yang tersendiri.

Saya berpandangan, bahawa definisi cinta oleh ‘saya’ 10 tahun dahulu bukanlah definisi cinta yang sebenarnya, dan definisi itu tidak patut dan tidak boleh dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya meminjam definisi cinta yang dikemukakan oleh saudara Hilal Asyraf di dalam bukunya yang bertajuk ‘Sebelum Aku Bernikah’ iaitu ;

“Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.”

Saya juga berpandangan, cinta itu adalah motivasi.

Motivasi atau keinginan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri.

Justeru, apabila digabungkan definisi cinta oleh saudara Hilal dan pandangan saya tentang cinta, maka saya simpulkan cinta itu sebagai ;

Cinta adalah motivasi untuk bersama ke syurga. Sekiranya pencari cinta tidak termotivasi untuk ke syurga, maka itu bukanlah cinta.

Dan pandangan saya, hanyalah pandangan yang dhaif, dan sangat tidak sesuai untuk dijadikan rujukan mahupun hujah kerana itu adalah pandangan saya.

Sekiranya pembaca, ingin menjadikan pandangan di atas sebagai hujah. Maka nasihat saya, jangan.

Jangan jadikan pandangan ini sebagai hujah, Cuma bolehlah dibawa berbual.

Rujuklah pandangan beberapa sarjana Islam seperti Syed Al Qurtubi, Profesor Yusuf Al Qardawi yang lebih arif.

 

Penutup

Benarkah apa yang kita miliki itu, adalah cinta?

Benarkah apa yang kita genggam itu adalah cinta?

Benarkah apa yang kita kejar itu adalah cinta?

Atau ia hanyalah mimpi kosong, yang tidak bermakna.

 

______________
Syafiq Aizat
Kerana kita Abdullah
25 Feb 2013

Tangan sakti


532285_340857482679058_302389927_n

Aku dilantik menjadi ketua Fasilitator untuk Kem Bina Insan edisi Nov 2012 di Sekolah Agama Integrasi Faizin (SAIF).   Ini merupakan  kali kedua aku menjadi fasilitator, sebelumnya di SMA Nahdzah.

Pagi itu agak menarik. Kami, para fasilitator lelaki diminta dan ‘dilarang keras’ oleh fasilitator muslimat untuk menghadiri sesi kuliah subuh yang dikendalikan oleh mereka.

Siap bagi amaran bhai. Hahaha!

Tapi, dah namanya manusia. Makin dilarang, makin dibuat. Hoh! Pedulik hapa aku. Sengaja aku mencurik curik dengar kuliah subuh yang dikendalikan oleh fasilitator Afifah dan Aini.

Aku berdiri di ruang koridor tingkat dua,  mencuri dengar.

Mereka membicarakan kisah Al Qamah yang sayang pada isteri, tetapi derhaka pada ummi.

Tiba-tiba, salah seorang fasilitator lelaki, datang menghampiri aku, join untuk curik curik dengar apa ke benda la yang fasilitator muslimat bincang. Best woo!

Namanya Ustaz Adha. Lepasan Ijazah Pengurusan Fatwa dari USIM itu merupakan tenaga pengajar di SAIF.

Kami sama-sama memerhati karenah peserta KBI, kadang-kadang kami tersenyum sendiri.

“Enta mengajar kat sini kan?” Tanya aku. Sengaja nak pancing, nak ajak berbual.

Adha menoleh, “Aah, ana mengajar kat sini.”

“Waaah… bestnya! ” Aku suarakan kekaguman.

“Dulu, ana kerja jadi warden kat SMA Hidayah Islamiyah, dapat la dalam RM500 sebulan. Hmm, berapa gaji enta mengajar kat sini?”

“Ana dapat RM700 sebulan.”

Aku terdiam, perghh.. sikitnya!  Biasanya, lepasan ijazah paling kurang pun boleh dapat  RM1800.

“Gaji kat sini memang sikit. Sebab gaji kami diambil dari yuran para pelajar.”  Adha tersenyum,.

Aku mengangguk faham.

“Sekolah ni baru saja ditubuhkan sekitar dua tahun lepas.  Sekolah ini ditubuhkan tanpa sebarang bantuan dari kerajaan, dan setiap kos ditanggung oleh yuran pengajian yang dibayar oleh pelajar.”

“Tambahan, sekolah ni kan sekolah agama swasta, dan kita kena bantu untuk kukuhkan institusi pendidikan islam ni.”

“Kita tak mampu beri  sumbangan kewangan mahupun material,  kita sumbangkan tenaga dan kudrat kita yang sikit ni pun.  Moga Allah hitung sebagai pelaburan di akhirat kelak.”

Tersentak hati aku. Sentap. Terdiam.

Kata-kata tu buatkan aku terfikir. Sekolah macam ni lah yang akan diwariskan kepada anak-anak kita.

Aku tanamkan azam, andainya aku tak mampu bagi RM1, aku hulurkan kekuatan penaku, moga menginspirasi kalian untuk membantu.

#bila kita nak hulurkan bantuan?

_____________________
Syafiq Aizat
Kerana kita Abdullah
6 Dec 2012