Sesi Muhasabah dalam program

Seingat saya, sesi muhasabah pertama yang saya kendalikan adalah bersama pelajar Kolej Professional MARA Bandar Penawar pada awal januari 2010.

Perasaan ketika dapat membuatkan peserta menangis. Adalah satu perasaan yang tak dapat saya gambarkan. Bangga!

Sekiranya ada peserta yang tidak menangis, itu menjadi cabaran untuk saya bahkan kadang-kadang mereka ini saya cop sebagai hati batu!

Sejak itu, hampir setiap kali saya berprogram, sesi muhasabah adalah satu kewajipan. Bahkan ianya satu kebanggaan apabila saya dijemput untuk mengendalikan satu sesi muhasabah bersama ibu dan ayah di SK Kuala Perlis. Fuuh! Bayangkan remaja umur 20 tahun buat sesi muhasabah untuk geng level mak cik dan pak cik beb!

Bangga tak terkira!

Sekitar awal 2013, saya mula belajar untuk melaksanakan setiap aktiviti dengan lebih berobjektif dan mengikut matlamat program. Logikkah kalau sesi muhasabah dilakukan untuk program teambuilding? Gila ke ape?

Sesi muhasabah terus saya tinggalkan, kerana saya pernah dikritik oleh seorang guru dengan katanya, “Elleh, malam ni menangis meraung, esoknya perangai buat balik. Insafnya sekejap saja.

Memang terus tak buat sesi muhasabah. Saya down gila beb! Kena kritik masa tengah buat sesi rundingan bersama kaunselor di sekolah klien.

Hingga akhirnya, sesi muhasabah hanya dilakukan untuk program berbentuk keinsafan. Dah takde skrip ibu bapa meninggal. Dah takde skrip balik rumah nanti, mak ayah dah takde.

Saya hanya praktiskan skrip seseorang peserta meninggal dan merasai pengalaman dikafankan lalu dikebumikan. Sesi ini saya lakukan selepas aktiviti melawat kawasan perkuburan.

Featured image

Sehinggalah saya bertemu dengan tuan Syed Faizal. Beliau berkongsi teknik yang lebih baik dalam sesi muhasabah.  Pada waktu itu, beliau baharu sahaja pulang daripada mempelajari ilmu NLP bersama tuan Fadzli Yusuf.

Katanya, sesi muhasabah perlu diakhiri dengan beberapa teknik yang memandu minda peserta dalam state yang lebih baik. Misalnya, “Dalam kiraan tiga, apabila adik adik buka mata. Adik – adik akan jadi anak – anak yang soleh dan solehah.”

“Dalam kiraan dua, bila adik semua buka mata. adik adik adalah anak yang soleh dan solehah.”

“Dalam kiraan satu, sila buka mata anda sekarang.”

Wow, ini logik juga!

Logiknya ada daripada aspek psikologi dan bahasa minda samada dalam separa sedar mahu minda bawah sedar.

Dalam program Kem Smart Soleh siri pertama di Surau Al Islah, Taman AU2 Keramat, saya terus mempraktiskan teknik tersebut sedaya upaya saya

Alhamdullillah, berkesan!

Teknik muhasabah yang saya praktiskan terus berevolusi menjadi lebih baik apabila saya berkesempatan belajar ilmu hipnoterapi bersama tuan Mohd Rizal Hassan di Kajang bersama barisan SOIF Coach yang lain. Kami belajar penggunaan teknik hipnoterapi untuk menenangkan minda dan meletakkan peserta dalam keadaan khusyuk (trance).

Teknik ini terus ditambahbaik apabila saya diberikan peluang untuk belajar dengan PLF Dyna Ahmad, seorang Life Performance Coach daripada Rexcel Consultancy sewaktu kami berprogram di Kolej Tunku Khursiah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Program bersama pelajar tingkatan empat MRSM KKB

Saya dijemput untuk mengendalikan program berbentuk akademik bersama pelajar tingkatan empat oleh tuan Najwan dan tuan Shauqi. Petang itu, kami berbincang. Pihak penganjur mahukan sesi muhasabah. Saya mahu membantah.

“Kalau setakat nak buat mereka menangis, tidak ada masalah.” Balas saya. “Tetapi nak wujudkan kesedaran tu. ”

“Setuju.” Najwan bersetuju. Hasilnya, petang itu digantikan dengan sesi hipnoterapi dan diserikan lagi dengan menggunakan lagu AdaMu – daripada Najwa Latiff.

Woaah! program hipnoterapi beramai ramai. Menjadi!

Sesi dimulakan dengan menenangkan diri dan meletakkan peserta dalam keadaan trance. Sesi ini perlu dipre-frame pada peringkat awalnya kerana kita mahu peserta merelakan dirinya untuk dihipnosis.

Ada orang berpandangan bahawa semua peserta boleh dihipnosis. Ini pandangan yang salah. Manusia boleh dihipnosis apabila dia itu merelakan dirinya untuk dihipnosis. Its all about choices that they have and the choose.

Eh, nak tahu macam mana saya buat sesi muhasabah menggunakan teknik hipnoterapi?

belajarlah jom!

😀

Salam sayang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s