Mengenal Cinta

67

 

Mengenal Cinta

Saya mula mengenali kalimah cinta itu sejak saya berumur 12 tahun. Di usia yang sebegitu muda, saya memerhatikan  teman sekelas saling berbalas surat.

Menurut fikiran pelajar berumur 12 tahun, saya fikir cinta itu adalah perhubungan lelaki dan perempuan yang saling berbalas surat cinta.

Naluri ingin tahu saya bertambah kuat, dan kadang-kadang saya cemburu teman sekelas saling berbalas surat. Seolah-olah operasi berbalas surat ini merupakan satu keperluan.

Saya masih ingat, bagaimana kuatnya pengaruh cinta ketika itu membuatkan saya menaruh minat terhadap seorang teman, yang saya namakan dia sebagai Humaira (bukan nama sebenar).

Namun, lantaran sifat malu yang menebal, perasaan itu saya pendamkan.

Saya pendamkan ‘perasaan cinta’ sehinggalah kami masing-masing terpisah sekolah. Masa terus berputar sehinggalah saya terserempak dengan Humaira  di pasar malam.

Perubahan ketara dari segi fizikal, dan  emosi mendorong saya untuk lebih berani. Tapi, sifat malu yang diterapkan sejak kecil, hanya mampu membuatkan saya tersenyum apabila terserempak dengan Humaira di pasar malam.

Secara kebetulan, abang Humaira, merupakan teman satu sekolah dengan saya.

Maka, dengan kuasa saya sebagai seorang pengawas sekolah yang sering keluar masuk pejabat sekolah. Memudahkan saya untuk ‘mencuri’  nombor telefon rumah Humaira. Saya gigih mencari buku kehadiran kelas abang Humaira, dan misi itu berjaya.

Dengan berbekalkan nombor telefon rumah Humaira yang sudah saya hafal,  saya berkira-kira untuk memulakan langkah pertama.

Malang, misi untuk memulakan langkah pertama tidak berjaya. Humaira belajar di sekolah berasrama penuh. Dan Humaira hanya pulang ke rumah dua bulan sekali. Justeru, kebarangkalian dan peluang untuk saya mengetuk pintu hati Humaira amatlah tipis.

Dan perasaan yang saya kira sebagai cinta itu hanya tinggal terperam.

 

 

Kosong yang bukan sekadar angka. Merenung ke dalam diri. Semakin jauh ia pergi. Semakin jauh ditelan waktu.

Kosong yang bukan sekadar angka.
Merenung ke dalam diri.
Semakin jauh ia pergi.
Semakin jauh ditelan waktu.

Motivasi

Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, cuba jawab persoalan di bawah.

 

Apakah itu adalah definisi cinta yang sebenarnya?

Apakah definisi cinta menurut pandangan kanak-kanak berumur 12 tahun itu dapat dibukukan sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka?

Bagaimanakah cinta itu diterjemahkan?

–          –           –           –           –           –           –           –           –           –           –           –           –               –           –           –           –

 

Sekiranya anda mempunyai jawapan terhadap persoalan di atas, maka saya juga mempunyai pendefinisian saya yang tersendiri.

Saya berpandangan, bahawa definisi cinta oleh ‘saya’ 10 tahun dahulu bukanlah definisi cinta yang sebenarnya, dan definisi itu tidak patut dan tidak boleh dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya meminjam definisi cinta yang dikemukakan oleh saudara Hilal Asyraf di dalam bukunya yang bertajuk ‘Sebelum Aku Bernikah’ iaitu ;

“Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.”

Saya juga berpandangan, cinta itu adalah motivasi.

Motivasi atau keinginan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri.

Justeru, apabila digabungkan definisi cinta oleh saudara Hilal dan pandangan saya tentang cinta, maka saya simpulkan cinta itu sebagai ;

Cinta adalah motivasi untuk bersama ke syurga. Sekiranya pencari cinta tidak termotivasi untuk ke syurga, maka itu bukanlah cinta.

Dan pandangan saya, hanyalah pandangan yang dhaif, dan sangat tidak sesuai untuk dijadikan rujukan mahupun hujah kerana itu adalah pandangan saya.

Sekiranya pembaca, ingin menjadikan pandangan di atas sebagai hujah. Maka nasihat saya, jangan.

Jangan jadikan pandangan ini sebagai hujah, Cuma bolehlah dibawa berbual.

Rujuklah pandangan beberapa sarjana Islam seperti Syed Al Qurtubi, Profesor Yusuf Al Qardawi yang lebih arif.

 

Penutup

Benarkah apa yang kita miliki itu, adalah cinta?

Benarkah apa yang kita genggam itu adalah cinta?

Benarkah apa yang kita kejar itu adalah cinta?

Atau ia hanyalah mimpi kosong, yang tidak bermakna.

 

______________
Syafiq Aizat
Kerana kita Abdullah
25 Feb 2013

2 thoughts on “Mengenal Cinta

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s