OY : Tips Pengucapan Awam daripada Juara Pidato Kebangsaan 2012

Saya menggagumi Demosthenes, yang dianggap sebagai antara jurucakap terbaik pada masa silam. Pada awalnya, dia seorang yang pemalu bahkan dia seorang yang tergagap gagap dan mempunyai kesukaran untuk bercakap.

Dia bertekad untuk menjadi seorang pemidato yang hebat. Bagi mengatasinya, dia meletakkan batu di dalam mulutnya dan bercakap dengan lantang ke arah laut selama berjam-jam setiap hari. Akhirnya, dia berjaya menghilangkan gagap dan

`

kesukarannya untuk berucap. Suaranya menjadi lebih lantang, kuat dan berkeyakinan. Dia muncul antara pemidato terbaik dalam sejarah ketamadunan Yunani.

Demosthenes-giving-a-speech-600x347

Demosthenes dikenali sebagai seorang yang sangat gagap pada zamannya, itu sebelum dia berusaha keras melawan menambahbaik dirinya.

Persoalannya sekarang, adakah saya akan sarankan anda untuk letakkan ketulan batu di dalam mulut anda dan bercakap ke arah laut?

Tidak!

Skil bercakap di hadapan khalayak ini dapat dibentuk, bahkan semua orang sebenarnya boleh bercakap di hadapan. Namun disebabkan sikap kita yang malu malu seperti kucing ini, menyebabkan kita menolak untuk bercakap di depan khalayak.

Tambahan, disebabkan kita bimbang diketawakan oleh orang lain, maka kita sering menolak peluang yang ada untuk menambahbaik diri sendiri.

Saya dapati, meskipun saya sering mewakili sekolah mahupun universiti ke pertandingan debat dan pidato, saya masih lagi mempunyai masalah kurang keyakinan diri untuk bercakap di hadapan audiens.

Simptom gementar, jantung berdegup kencang, gelabah di atas pentas, lupa apa yang perlu dikatakan.

Adakah anda juga merasakannya?

Sekarang Masa Untuk Berubah

Saya ingin kongsikan tujuh teknik yang boleh dijadikan panduan untuk anda menambahbaik teknik pengucapan awam diri sendiri.

  • Unsur Dalaman/ Kerohanian
    Ikhlaskan niat kerana Allah. Latih diri untuk berucap daripada lubuk hati yang paling ikhlas. Ucapan daripada hati akan jatuh ke hati pendengar. Jika ucapan itu sekadar di bibir sahaja maka ianya akan keluar dari telinga kiri ke telinga kanan pendengar sahaja.

    Jiwa seorang fasilitator mesti digilap bersih dan perlu menjadi orang yang cakap serupa bikin. Hasilnya, pendengar akan terkesan ketika mendengar ucapan orang sebegini kerana ia akan menjentik kesedaran untuk menjadi lebih baik.

  • Banyakkan membaca dan belajar pelbagai ilmu pengetahuan.
    Ilmu sebagai modal untuk berceramah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah berpesan di dalam karyanya, Bicara Ini Demi Ilahi, “Walaupun kita ni seorang guru yang mengajar, sentiasa jadikan buku sebagai teman baik. Teman yang paling baik adalah buku yang bermanfaat.”
  • Menggunakan pendekatan bercerita.
    Sama ada cerita benar atau rekaan. Paling penting ialah mesej yang hendak disampaikan. Pendekatan ini digemari oleh semua lapisan pendengar.
    Gunakan bahasa badan menurut cerita yang ingin diceritakan supaya teknik penceritaan menjadi lebih menarik dan best!
  • Jadikan Ayat Al Quran sebagai pembuka bicara, atau sumber motivasi.
    Sebaiknya perlu dimulakan dengan petikan ayat al Quran atau al hadith Nabi SAW. Selain sebagai isi ceramah, ia juga mampu menambahkan keberkatan.

    Saya teringat, salah seorang mentor saya, tuan Syed Faizal pernah berkata, “Sebaiknya, selitkan ayat al Quran di dalam perkongsian kita. Supaya kita sebagai fasilitator tidak tersasar daripada landasan Islam.” Saya sangat bersetuju dengan pandangan beliau.

  • Berlatih dan berlatih sepanjang masa.
    Di hadapan cermin, sambil memandu dan sebagainya. Rakam ucapan itu dan bagi peluang kepada kawan yang memahami sahaja untuk bagi komen yang membina. Mulakan latihan berucap dalam kelompok kecil (2 atau 3 orang) dan seterusnya kepada penonton yang lebih besar.
  • Untuk mengelakkan gugup,
    Banyakkan membaca surah al Insyirah, berselawat, menarik nafas serta meminum air. Selain itu, kaedah pegang sesuatu di tangan juga boleh diamalkan. Ketika berucap, tangan mesti digerakkan mengikut apa isi yang diceramahkan.
  • Latih diri berfikiran positif
    Sentiasa memaafkan diri andainya tersilap langkah dalam latihan ini. Ingatlah, bahawa ini semua adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Anggaplah pendengar kita itu mendengar ucapan kita dengan penuh minat.

    Paling penting sekali biarlah kita menyampaikan ucapan itu ikhlas kerana Allah semata- mata.

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

Damn. Aku sungguh kachak!

Syafiq Aizat Mahamad Fuad
Lelaki Kachak Yang Membacha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s