OY : Langkah Saya dalam Dunia Fasilitator

Saya dilantik sebagai fasilitator pada usia 16 tahun, apabila kami selaku barisan kepimpinan pengawas asrama SMK Mahsuri diminta untuk mengendalikan program orientasi pelajar asrama pada tahun 2008.

Pada waktu itu, kami dididik dengan asas kaunseling oleh kaunselor sekolah. Dengan asas kaunseling yang dipelajari, kami bersungguh sungguh melakukan yang terbaik untuk menjayakan program tersebut.

Kemudiannya, saya berumur 18 tahun apabila dilantik sebagai fasilitator untuk mengendalikan program Minggu Haluan Siswa di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.

 

Muda?

Mungkin juga, namun adik saya Mohamad Aiman telah pun menjadi fasilitator pada umur 15 tahun. Lebih muda daripada saya!

Jangan terkejut, jika saya katakan ada di antara barisan fasilitator yang saya kenali, mereka telah menjadi fasilitator pada umur 14 tahun.

Tentulah, dalam fikiran saya, “Bagaimana mereka boleh menjadi fasilitator pada usia semuda itu?”

Pasti anda juga begitu kan?

Perasaan cemburu mulai bertapak dalam hati. Cemburu kerana mereka diberi peluang dan ruang pada usia semuda itu. Serius, saya mencemburi mereka ini. Cemburu yang amat!

Menjejak langkah

Ramai orang bertanya saya, bagaimana caranya untuk menjadi seorang fasilitator?

Ini berikutan majoriti umum menganggap bahawa kerjaya sebagai seorang fasilitator bukanlah kerjaya yang mudah.

Ini kerjaya seorang profesional. Persepsi ini timbul apabila melihat barisan fasilitator terdiri daripada mereka yang

`

mempunyai keyakinan diri yang tinggi, selain petah berkata- kata untuk mempengaruhi audiens.

Maka, mereka beranggapan bahawa untuk menjadi seorang fasilitator, seseorang individu itu perlu melalui pelbagai ujian yang ‘ketat dan berbahaya’ sebelum diluluskan untuk menjadi fasilitator.

Seseorang individu itu perlu menjalani beberapa siri latihan, sebelum diiktiraf sebagai fasilitator yang bertauliah secara rasminya Sedangkan, untuk menjadi seorang fasilitator amatlah mudah.

Ianya semudah anda mengira 1, 2, 3, dan 4!

  1. Isi borang fasilitator atau hantar resume anda kepada syarikat perunding motivasi.
  2. Anda akan ditemuduga dan diuji dari aspek mental dan fizikal.
  3. Anda akan diberi latihan persediaan samada teori mahupun praktikal dan anda bersedia menjadi fasilitator!
  4. Latihan terus menerus akan diberikan untuk menambahbaik setiap kelemahan dari masa ke semasa.

Nah, nampak mudah kan? Sesiapa sahaja boleh menjadi fasilitator. Bahkan, anda juga boleh!

 

Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap program pembangunan kemahiran insaniah, khidmat fasilitator amatlah diperlukan dalam bidang ini. Khidmat fasilitator yang saya maksudkan adalah khidmat seorang fasilitator yang berkualiti.

Persoalannya yang perlu kita huraikan bersama adalah,

Apakah maknanya seorang fasilitator yang berkualiti?
Adakah semua orang mampu menjadi fasilitator yang berkualiti?
Bagaimanakah caranya untuk menjadi fasilitator yang berkualiti?

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

Memulakan langkah

Sebelum anda meneruskan bacaan anda untuk menjadi fasilitator, tanyakan soalan ini pada diri anda. Kenapa aku ingin menjadi fasilitator?

Kenapa perlu tanya diri sendiri?

Setiap tindakan akan dipengaruhi oleh satu sumber yang memotivasikan diri untuk menggerakkan minda, hati dan jasad kita untuk melakukan sesuatu.

Saya ambil analogi mudah. Bayangkan sebuah kereta Ferrari berwarna merah dipandu laju oleh pemiliknya menuju ke destinasi, maka begitulah juga setiap tindakan pastinya dipengaruhi oleh sesuatu faktor untuk memotivasikan kita.

`

Samada faktor itu adalah faktor dalaman atau faktor luaran, ia akan menjadi kekuatan untuk kita terus bergerak ke hadapan.

Soalan ini, tanyakan pada diri anda.

Kenapakah aku ingin menjadi fasilitator?

Apakah yang terlintas di fikiran anda?

Pengalaman? Keyakinan diri? Menambahkan kenalan? Kemahiran pengucapan awam? Atau mungkin, duit?

Ramai fasilitator yang saya temui, saya akan ajukan soalan ini kepada mereka. Antara jawapan yang saya terima ialah ;

“Saya nak kumpulkan pengalaman, dan mungkin tubuhkan syarikat konsultan motivasi saya sendiri dengan kawan- kawan yang lain.”

“Saya nak tingkatkan self confident, dan share ilmu yang saya ada. Sebab saya bermula daripada zero, dan saya nak bagitahu seluruh dunia bahawa semua orang mampu menjadi hero, seperti yang saya lakukan!”

“Saya pun tak pasti kenapa, tapi saya nampak jadi fasilitator ni macam best je! Sebab orang akan pandang tinggi pada fasilitator kan?”

 

“Saya mahu berkongsi ilmu yang saya ada, agar mereka menjadi orang yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara. ”

“Saya nak meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berucap di khalayak.”

Adakah anda merasakan jawapan anda seakan-akan jawapan di atas? Tahniah, anda adalah seorang yang normal!

Sahabat saya, Abu Ubaidah pernah bertanyakan soalan yang sama ketika saya menjadi fasilitator di program Jati Diri dan Kesukarelawanan (JDK) di Kuala Kangsar, Perak.

Saya menjawab soalan itu dengan spontan. Laju perkataan itu keluar dari mulut saya.

Jawapan itu ialah duit.

Ya, lidah saya mengatakan bahawa tujuan saya menjadi fasilitator adalah kerana duit. Sebabnya, saya menyedari bahawa kerjaya seorang fasilitator adalah kerjaya profesional.

Seorang Profesional Learning Fasilitator mampu menjana pendapatan empat angka hanya dalam masa seminggu!

Jawapan itu membuatkan saya duduk termenung sendirian. Saya berfikir.

Adakah matlamat saya menjadi fasilitator hanya kerana duit?

`

Tidak!

Maka, apakah yang membuatkan jasad dan akal fikiran saya terus melangkah di dalam dunia pembangunan sumber manusia ini?

Life Purpose!

Saya ingat, satu masa dulu, bila tiba cuti sekolah mahupun cuti semester, saya jadi sangat teruja. Teruja kerana cuti sekolah yang akan datang adalah peluang untuk saya melakukan sesuatu yang akan membuatkan saya puas.

Di kala cuti semester, ada orang akan merancang perjalanan merehatkan diri di pusat peranginan. Ada orang merancang untuk bekerja sampingan demi menjana pendapatan.

Mungkin ada yang hanya mahu tidur sahaja di rumah tanpa mahu diganggu. Mereka gelarkan ini proses hibernasi.

Berbeza dengan saya. Musim cuti semester adalah waktu saya paling sibuk. Saya sibuk ke sana dan ke sini mempromosikan program Kem Smart Soleh anjuran Belia Islam Al Fateh selama tiga hari dua malam dengan yuran semurah RM25 sahaja.

Paling murah?

Dua puluh lima ringgit untuk program selama tiga hari dan dua malam, tanpa sebarang tajaan. Hanya sumbangan daripada orang awam. Itu pun seratus dua.

Bahkan disebabkan yurannya seminima mungkin, kadang saya terpaksa pula mengeluarkan duit poket sendiri untuk menampung segala perbelanjaan program.

Kadang-kadang ayah meleteri saya. Katanya, saya seorang bersusah payah, berpenat lelah tetapi tidak ada bayaran yang setimpal untuk usaha saya. Kerja saya percuma sahaja. Tidak ada bayaran tinggi melangit.

Saat itu, saya sedar bahawa saya melakukan semua ini untuk sebuah kepuasan. Saya puas dan gembira.

Kepuasan ini lebih berharga daripada semua bayaran yang saya pernah terima!

Penutup

Sebagai penutup, saya ingin kongsikan petikan surah Ali Imran. Ayat ini antara motivasi untuk saya terus melangkah di dalam arena fasilitator ini.

Terjemahannya seperti berikut,

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ” (Ali Imran : 110)

Dan sungguh, saya sangatlah gembira sekiranya saya menjadi antara individu yang menggerakkan orang lain menuju perubahan menjadi lebih baik.

Mahukah anda bersama-sama saya melangkah di dalam dunia kejurulatihan sumber manusia ini? Mahukah anda melihat perubahan?

Ayuh, kita kumpulkan kekuatan bersama-sama. Kita gerakkan perubahan!

Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, “Ertikan hidupmu dengan memberi!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s