OY : Kanser Hati Seorang Fasilitator

Hazwan al Kelantani, teman PLF berkongsi sesuatu hari ini melalui media sosial peribadi miliknya. Hazwan yang merupakan seorang Fasilitator Pembelajaran Profesional, pernah bertugas di Akademi Pembangunan Ummah, Kelantan.

Cerita beliau, sewaktu beliau berprogram bersama anak anak yatim di Kelantan. Beliau tiba satu jam lebih awal di dewan ceramah.

Kebetulan ada seorang pak cik sedang mencuci kipas siling.

Pak cik tua itu bertanya, “Kenapa kipas yang sentiasa berputar untuk menyejukkan manusia pun tetap berhabuk.

`

Sedangkan, kalau diikutkan logik akal, mana mungkin kipas di atas siling boleh berhabuk.”

Saya terdiam. Terkesima dengan soalan cepu mas pak cik itu. Pak cik itu menyambung, “Kipas ini walaupun ia memberi manfaat kepada manusia, ia juga tetap perlu dicuci.”

“Samalah juga macam pendakwah mahupun penceramah, kalau selalu dakwah dan bagi ceramah je, sekali sekala kenalah dengar ceramah dan didakwah juga.”

Begitulah perkongsian beliau yang membuatkan saya turut berfikir.

Saya terkesan dengan komen yang ditinggalkan oleh saudari Ashikin, di salah satu artikel yang diterbitkan dalam blog saya.

“Banyak bercakap, tetapi tidak mengamalkan, akan menyebabkan pendengar tidak mendapat manfaatnya secara keseluruhannya.”

 

Musuh Seekor Merak

Saya terbaca di blog PLF Dyna Ahmad, yang merupakan seorang Profesional Learning Facilitator di Rexcel Consultancy. PLF Dyna Ahmad adalah mentor dan guru saya di dalam bidang hipnoterapi.

Beliau berkongsi,

“Musuh sebenar merak adalah ekornya”

Apa yang kita megahkan kerap menjadi kelemahan kita dan akhirnya, ia akan membinasakan kita. Kita megah dengan wang ringgit yang banyak. Akhirnya kita diuji dengan harta. Kita bangga dengan skil fasilitator dan pengalaman yang dimiliki, sehingga akhirnya tidak ada orang lagi yang mahu bekerjasama dengan kita.

Kita megah dengan kejayaan demi kejayaan yang kita kecapi, kita diuji dengan kejayaan itu.

Dalam dongeng, kita selalu diberitahu merak menjadi bongkak kerana cantik ekornya. Bila ada yang menegur kebongkakannya, merak akan menjawab : “Kamu cemburu dengan ekorku yang cantik ini.”

 

32ab28b5c48fc17375bc383f8b0ec570

Peringatan untuk diri sendiri

Antara masalah yang saya dapati sewaktu saya menjadi fasilitator ini. Adalah bertambah ego diri sendiri.

Saya akui, ego saya meningkat dengan mendadak, meskipun baharu beberapa kali mengendalikan program dan menjadi fasilitator.

`

Rasa bangga, mengendalikan program dan mungkin disanjung oleh peserta menyebabkan perasaan ini. Syaitan akan sentiasa mengusik hati agar terpesong daripada niat asal ; iaitu niat untuk berkongsi ilmu.

Ada di kalangan kita, yang baru sahaja menjadi fasilitator beberapa program. Egonya meningkat mendadak.

Ianya salah satu penyakit hati. Saya namakan ia sebagai kanser hati tahap super saiya.

Apakah simptom – simptom penyakit kanser hati tahap super saiya ini?

  1. Alergik terhadap teguran

    Seorang fasilitator yang menghidap penyakit kanser hati tahap super saiya ini akan mempunyai masalah alahan terhadap teguran, samada dari rakan – rakan fasilitator mahupun dari kalangan peserta sendiri. Apabila ditegur, kita akan mudah melenting dan mudah naik angin.

    Merasakan semua pendapat orang lain salah, dan hanya berpegang dengan pendapat sendiri.

  2. Sering menceritakan kehebatan diri sendiri

    Seorang fasilitator yang mempunyai penyakit kanser hati tahap super saiya ini sentiasa menceritakan pengalamannya sewaktu berprogram di tempat lain dan bahkan mungkin menceritakannya dengan nada penuh sombong.

    Mungkin dia akan menceritakan pengalamannya mengendalikan program bersama syarikat ternama. Mungkin juga dia akan menceritakan sumbangannya di dalam program yang dihadirinya pengalamannya sewaktu berprogram di tempat lain.

     

  3. Tidak ambil peduli sewaktu pembentangan modul di kalangan fasilitator.

    Apabila seseorang fasilitator itu tidak ambil peduli sewaktu pembentangan modul di kalangan fasilitator, maka ini bermakna bahawa jauh di sudut hati fasilitator itu sendiri mengharapkan bahawa dia ingin dipandang tinggi oleh fasilitator yang lain.

  4. Kecintaan terhadap pujian
    Antara simptom penyakit kanser hati ini adalah seseorang fasilitator itu akan suka dipuji puji dalam

    apa jua urusan kerjanya. Setiap kerjanya mengharapkan pujian daripada pihak atasan mahupun daripada kalangan fasilitator apatah lagi daripada kalangan peserta.

    Berhati hati!
    Semoga setiap urusan kita tidak bertuhankan pujian manusia, tetapi kita mengharapkan keredhaan Allah SWT.

  5. Imbuhan dan Bayaran

    Fasilitator sekali lagi akan diuji keikhlasan mereka akibat imbuhan dan bayaran. Mungkin pada mulanya ramai fasilitator yang mampu berniat ikhlas untuk berkongsi ilmu kerana Allah namun lama kelamaan, apabila nama menaik, muncul di kaca TV, di corong radio, ikhlasnya menjadi semakin terhakis.

    Bahkan, populariti juga akan menjadikan seseorang fasilitator mulai berkira kira bayaran yang perlu dibayar kepadanya.

    Sekiranya tinggi bayarannya, maka tinggilah usahanya. Sekiranya rendah bayarannya, maka kerjanya nanti pun akan berbasa basi dan sekadar cukup syarat.

 

`

Berhati hati! Jangan sampai kita dijangkiti penyakit kanser hati ini!

Apakah yang menyebabkan kita dijangkiti kanser hati ini?

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengubati penyakit kanser hati ini?

Apakah yang perlu dilakukan untuk membunuh virus ini ?

Cover Ebook Ads.007

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s