Skil Asas Seorang Fasilitator

Seorang doktor perlu mempunyai skil dan ilmu pengetahuan berkenaan anatomi manusia dan juga ilmu biologi.

Seorang jurutera mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu ilmu kejuruteraan.

Seorang guru matematik pula perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai nombor , tambah kira, dan sebagainya sesuai dengan keperluan guru tersebut untuk mengajar.

Maka, begitulah juga halnya dengan fasilitator.

Apakah skil asas yang perlu ada pada seorang fasilitator?

Berikut saya kongsikan skil asas yang wajib ada pada fasilitator.

Image

Pengucapan Awam

Skil yang wajib ada pada seorang fasilitator adalah seseorang fasilitator itu mestilah boleh bercakap di hadapan audiens.

Masakan mahu menjadi fasilitator yang ohsem kalau masih malu malu untuk berucap di khalayak?

Saya merupakan seorang pemidato sekolah. Menjadi seorang pemidato sekolah merupakan satu bonus buat saya. Jadi, bercakap di hadapan audiens bukanlah satu masalah yang besar bagi saya.

Maka bagi anda yang merupakan seorang pemidato sekolah, mungkin pendebat sekalipun. Maka ia adalah bonus untuk anda.

Ini kerana pemidato dan pendebat sekolah ini mempunyai level keyakinan yang tinggi untuk di hadapan.

Namun, bagaimana pula dengan anda yang tidak mempunyai level keyakinan yang tinggi untuk bercakap di hadapan khalayak?

Adakah anda mempunyai masalah untuk bercakap di khalayak audiens?

Adakah ini bermakna anda tidak layak dikategorikan sebagai fasilitator yang ohsem?

Relaks.Tenangkan diri.

Tarik nafas sedalamnya, hembus perlahan – lahan.

Skil bercakap di hadapan khalayak ini dapat dibentuk, bahkan semua orang sebenarnya boleh bercakap di hadapan.

Namun disebabkan sikap kita yang malu malu seperti kucing ini, menyebabkan kita menolak untuk bercakap di depan khalayak.

Saya dapati, meskipun saya sering mewakili sekolah mahupun universiti ke pertandingan debat dan pidato, saya masih lagi mempunyai masalah kurang keyakinan diri untuk bercakap di hadapan audiens.

Gementar, jantung berdegup kencang, gelabah di atas pentas.

Semua ini saya rasakan disebabkan saya juga mempunyai masalah keyakinan diri.

Apakah yang saya lakukan untuk mengatasinya?

Berikut adalah beberapa cara yang saya praktiskan untuk meningkatkan keyakinan diri saya, sekaligus menambahbaik skil pengucapan awam saya di khalayak.

  1. 1.      Sentiasa memulakan salam perkenalan.

Apabila saya berada di tempat yang asing, saya akan pastikan diri saya memulakan salam perkenalan dengan orang lain.

 

Misalnya, sewaktu saya menunggu giliran untuk membayar bil air, saya akan cuba tegur pak cik yang duduk di sebelah saya.

Tegur, lemparkan senyuman dan berbual.

 

Memulakan perkenalan dengan orang lain meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita.

 

 

  1. 2.      Hadiahkan senyuman sebanyak mungkin.

Saya suka membeli belah, samada di pasaraya, pesta buku, mahupun jualan gudang. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghadiahkan senyuman kepada sesiapa yang terpandang wajah dan cuba bertentang mata dengan saya.

 

Sikap menghadiahkan senyuman kepada orang lain ini terbukti mampu meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri.

 

 

  1. 3.      Banyakkan mendengar ceramah

Sentiasa memperbanyakkan diri anda mendengar ceramah mahupun tazkirah ringkas daripada sesiapa sahaja dan sesekali cubalah curi skil dia.

Wow! Curi skil dia?

Maksud saya, belajar untuk tiru gaya percakapan penceramah tersebut, dan gabungkan dengan skil yang ada pada anda. Maka ini akan memudahkan anda untuk menambahbaik skil pengucapan awam anda.

 

Saya gemar mendengar ceramah daripada Shaykh Zahir Mahmood. Ceramah beliau sentiasa menyemarakkan semangat sesiapa sahaja yang mendengarnya. Adakalanya, isi isi penting ceramah Shaykh Zahir Mahmood ini saya kongsikan pula dengan audiens saya, malahan dengan cara yang sama seperti yang dipersembahkan oleh Shaykh Zahir Mahmood sendiri.

 

 

  1. 4.      Cabar diri sendiri.

Saya mencabar diri saya sendiri, dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan diri saya. Maka apakah yang saya buat?

 

Saya masih ingat, pada hari tu saya menghadiri kenduri kahwin seorang teman saya di Sungai Petani. Maka untuk pulang ke rumah saya yang terletak di Kampung Sanglang, memerlukan saya untuk menaiki bas ekspress ke Alor Star.

 

Sepanjang perjalanan ke Alor Star, saya perhatikan kebanyakkan penumpang bas tersebut adalah pelajar universiti dan juga pelajar sekolah.

 

Saya minta kebenaran pemandu bas, kemudian saya sampaikan tazkirah ringkas kepada 30 penumpang bas tersebut.

Hasilnya, masa lapang di dalam bas itu diisi dengan tazkirah ringkas daripada saya.

 

 

Ini adalah cara yang saya gunakan, untuk meningkatkan keyakinan diri saya. Maka bagaimana dengan anda?

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s