Serius, gua dah habis!

Assalamualaikum dan salam sukses!

menjadi Orientation Commitee (OC) untuk ambilan pelajar baru sesi januari 2014

menjadi Orientation Commitee (OC) untuk ambilan pelajar baru sesi januari 2014

Assalamualaikum dan salam sukses!
Tahun ini adalah tahun saya sebagai pelajar Universiti Kuala Lumpur Business School jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (major) Kewangan Islam.

Sebagai pelajar tahun akhir, saya disibukkan dengan latihan industri, selain fokus diberikan untuk memperkukuhkan kedudukan Al Faruq Academy di dalam industri latihan dan pembangunan kemanusiaan.

Selain itu, fokus turut diberikan kepada menjenamakan diri saya sebagai seorang Profesional Learning Facilitator di dalam industri ini. Antara penjenamaan yang saya praktiskan adalah penggunaan perkataan Woohoo!  dan topi golfie.

Dan bila lihat artikel terbaru yang diterbitkan dalam blog ini adalah pada bulan februari. Woah! Nampak sangat betapa tak produktifnya saya dalam penulisan artikel sebagaimana aktifnya saya dua tahun lalu.

Ini satu pembaziran masa dan tenaga!

Tahun Akhir dan Latihan industri

Menjadi pelajar tahun akhir, bukanlah perkara yang menggembirakan. Tapi saya perasan, ada dua jenis perasaan yang timbul apabila bergelar pelajar tahun akhir ini.

Yang pertama rasa teruja sebab akan menamatkan pembelajaran tidak lama lagi.
Rasa teruja, kerana selepas ini tidak akan ada lagi assignment, tidak ada lagi jadual kuliah, tidak ada lagi lepaking  dengan teman sekuliah sambil menanti pensyarah masuk mengajar.

Beban sebagai pelajar akan hilang.

Yang kedua rasa sedikit sedih, sebab saya adalah pelajar tahun akhir.
Selepas ini tidak ada lagi peluang untuk bertemu dan belajar di dalam dewan kuliah. Mungkin tidak akan ada lagi masa untuk lepaking dengan teman sekampus sambil mengusik gadis comel di kampus. Tidak ada lagi waktu untuk duduk termenung di library  sambil menanti kawan kawan. Tidak ada lagi waktu untuk mengusik pelajar junior  dengan berlagak dan lakon sebagai pensyarah.

Teringat ketika pertama kali mendaftar sebagai pelajar Universiti Kuala Lumpur Business School pada hari pertama ramadhan tahun 2012.

Disebabkan sikap sambil lewa, saya sengaja datang lewat mendaftar. Disebabkan sikap sambil lewa saya, maka saya terlepas peluang untuk ditawarkan menginap di asrama yang sepatutnya disediakan untuk semua pelajar semester satu di UNIKL.

Maka, disebabkan itulah selama tiga minggu saya merempat, menumpang tidur di bilik seorang teman waktu belajar di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar dulu.

Saya mulai merancang untuk menyewa bersama sahabat sahabat di Pandan Indah, dengan kadar sewa RM200 sebulan. Tiga hari berkelana di kota raya ini, saya sudah siap keliling kota dengan motor Modenas CT110.

Dan sekarang, saya sedang menjalani latihan praktikan di Al Faruq Academy.

Alhamdullillah, masa berlalu pantas. Serius, tak sangka dah habis dah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s