Daie Cap Ayam

“Sebagai daie,kita perlu jadi contoh kepada mad’u kita. Atas alasan itulah daie mestilah menyembunyikan kelemahan diri dan membuangnya jauh-jauh. Daie juga haruslah istiqamah dalam apa jua perkara.” Kata seorang teman sewaktu mengikuti program di selatan tanah air.

“Macam mana kalau seseorang tu, dia bukanlah baik sangat tapi nak jadi daie jugak.” Tanya aku. Banyak persoalan yang ingin aku ungkapkan.

Temanku itu tersenyum, “Itu enta kena tanya diri enta. ”

Daie

Daie adalah jurujual, yang mempromosikan nilai hidup serta menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Fasilitator juga menunjukkan cara atau membantu seseorang individu atau sekumpulan individu dan membantu menyelesaikan masalah.

Tapi persoalan paling penting, adakah seseorang itu perlu jadi baik macam malaikat untuk jadi daie? dahi kena hitam sebesar ibu jari. Jubah putih tak boleh ada kaler warni. Pakai tudung labuh macam khemah bergerak baru boleh jadi seorang daie? Atau adakah seseorang itu kena pakai serban dan purdah ala ala ninja turtle baru lah layak dikategorikan sebagai daie?

cess. Persetan itu semua.

Mak Cik yang jual pisang goreng tepi jalan pun boleh jadi daie.
Apek jual ikan pun boleh jadi daie.
Rider Superbike Motor Kawasaki RR pun boleh jadi daie.
Pengetua sekolah pun boleh jadi daie.
Mak Cik yang kerja kat kantin sekolah rendah kita pun boleh jadi daie.
Kaki lepak pun boleh jadi daie.

Eh, semua orang boleh jadi daie!

Ya, semua orang boleh jadi daie.

Aku dan Kau

Sebelum kita teruskan ke peringkat seterusnya, sila jawab soalan berikut.

“Siapakah yang lebih hensem?”

A. Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad.
B. Aaron Aziz bin Sameon.
C. Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad.

Jadi, apa jawapan korang?

Jawapan yang paling salah, adalah B. Jadi jawapan yang betul tu korang pandai-pandailah fikir.

Konklusi

Konklusinya, semua orang boleh jadi daie. Sebab memang semua orang boleh jadi daie. tapi kenapa kita ni sebagai mamalia yang mempunyai dua lubang hidung ini menolak tanggungjawab untuk menjadi daie, atau mungkin bahasa super skemanya adalah, mengajak orang ke arah kebaikan?

Haa, kenapa?

Jangan tanya aku kenapa. Korang tanya diri sendiri!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s