PLF Coach Syafiq Aizat

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

______________________________________________________________

Syafiq Aizat berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Kewangan Islam daripada Universiti Kuala Lumpur Business School dan Diploma Perakaunan daripada Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang fasilitator bersama badan bukan kerajaan seperti Sekretariat Pembangunan Insan, Badan Belia Islam Al Fateh, Belia Islam Kota Raja dan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH).

Kini, beliau merupakan Pengasas Al Faruq Intelligence Centre dan merupakan Jurulatih Utama.

Kepakaran dan Profesionalisme

Syafiq Aizat berpengalaman dalam modul pembangunan potensi diri, perkembangan kerjaya, fasilitator, PRS dan kepimpinan berpasukan.  Semua modul ini berunsurkan Neuro Linguistic Programming (NLP) ,  lebih praktikal dan superb attractive!

11350403_10204458531851010_2472296692095024715_n

Syafiq Aizat Mahamad Fuad ketika berprogram di sebuah sekolah premier di Perak.

Pencapaian

Pada usia 22 tahun, Syafiq telah dijemput untuk membentangkan modulnya kepada Pihak Pengurusan Sime Darby Properties di Sime Darby Convention Centre. Beliau telah dilantik sebagai panel pengendali untuk STEP, program teambuilding bersama 120 orang staf SDCC.

Beliau juga telah dijemput untuk menjadi Juri Pertandingan Malaysian Motivator Intervarsity 1Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Beliau juga merupakan penulis buku Oh Yeah! Sebenarnya Saya Seorang Fasilitator dan Kolumnis majalah remaja Muslim Teens.

Syafiq Aizat juga merupakan Johan Pertandingan Khutbah Peringkat Kebangsaan selama dua tahun berturut turut (2010 dan 2012).


Pengalaman di Institusi Pendidikan

Semasa di alam persekolahan, Syafiq Aizat telah mewakili SMK Ayer Hitam dan SMK Mahsuri dalam pertandingan pidato, forum remaja, deklamasi puisi dan resensi buku samada di peringkat daerah mahupun peringkat negeri.

Syafiq Aizat juga telah dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) kerana penglibatan aktif beliau di dalam kokurikulum dan kurikulum di peringkat menengah.

Manakala, bagi peringkat kolej pula, Syafiq Aizat telah dilantik menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011 di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Aktif mewakili KPMBP ke pelbagai peringkat dalam pelbagai pertandingan.

Semasa Konvokesyen KPM SeMalaysia 2012, beliau telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Keusahawanan kerana penglibatan aktif beliau dalam pelbagai peringkat di KPM.

Beliau berjaya meraih gelaran Johan selama dua tahun berturut turut dalam pertandingan Khutbah Nadwah Islamiah peringkat Kebangsaan.

Beliau juga telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa Unikl Business School bagi sesi 2012/2013.


Kelayakan Profesional

  • Mastery of Professional Learning Facilitator, TCMy
  • Accredited PLF Presenter, Take Charge, My
  • Certified NLP Coach, Akademi NLP, My
  • Certified SOIF Coach, International PLF, My
  • Certified Best Belajar Specialist, Kumpulan Best Belajar, My
  • Certified LeadMe, LEAD Academy
  • Certified Ensync LEAP Facilitator, Ensync, My

 

Download Profil Terkini Saya (Versi 2020)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s