Catatan – Setelah Aku Menikahimu :: Fokus Belajar

10930_848752588470672_9182747348394046415_n

Saya masih ingat, ketika dalam perjalanan ke Serdang, bersama dengan salah seorang sahabat saya yang kacak. Syazwan namanya. Kami  merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Kelantan yang lebih selesa dipanggil dengan nama Iwe memandu keretanya dengan tenang, sambil saya setia menemani beliau di sebelah.

Sebagai co-pilot yang berpengalaman, saya membantu dengan menjadi teman berbual.

Yelah, takkan lah saya mahu kendalikan gear, kemudian Iwe kendalikan steering?

Nanti jadi gila pula kereta itu. Silap hari bulan, kami boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya, yang sudah tentu kami pun tak mahu.

Kami berbual tentang pelajaran, perancangan kerjaya dan juga masa depan.

“Hang bila nak kahwin?” Iwe bertanya.

Soalan cepumas diajukan. Soalan ini bagaikan soalan wajib setiap kali kami bertemu.

“Kalau ikutkan hati ni, nak je aku kahwin esok jugak. Tapi si dia tak nak kahwin lagi. Lagipun, duit tengah takde bro.” Saya menjawab sambil tersengih.

Dia mengangguk.

“Hang pulak macam mana?” Giliran saya pula bertanya.

“Aku taknak kahwin lagi sebab nak fokuskan kerjaya dulu. Mungkin lagi lima tahun baru kahwin kot.” Iwe menjawab.

“Hang dah ada awek?” Saya bertanya lagi.

“Haha! Aku mana layan awek ni.” Iwe ketawa besar. Saya hanya tersengih. Suasana jadi diam seketika.

Iwe kembali fokus memandu. Sementara saya memerhati kereta yang turut sama memenuhi jalan raya di Kuala Lumpur ini.

“Dulu ada orang ajak aku kahwin. Dia cantik, daripada keturunan baik baik. Kerja cikgu.” Iwe tiba tiba bersuara.

“Dia ajak hang kahwin? Pergh, dahsyat tu!” Balas saya semacam kagum. Sudah tentu saya kagum. Saya tidak pernah merasai pengalaman dilamar oleh seorang gadis.

“Kemudian?”

“Dia kena posting ke Sarawak, tapi dia taknak. Kalau dia kahwin, dia mungkin posting di semenanjung je. Dia ajak aku kahwin tahun ni jugak. Tapi aku taknak. Sebab aku nak fokus belajar dulu.” Iwe bercerita.

“Kemudian? Dia tunggu hang ke?” Saya terus bertanya lagi. Tiba tiba, perasaan ingin tahu meningkat 200 peratus.

“Eh, taklah. Dia dah kahwin dengan orang lain.” Balas Iwe. Nada suaranya berubah. Mungkin sedih.

“Alah, hang janganlah sedih.” Saya memujuk.

“Eh, takdelah. Tak sedih pun. Dah jodoh dia dengan lelaki tu.” Iwe membalas.

“Mesti Allah nak jodohkan hang dengan seseorang yang lebih baik.” Kata saya untuk menyedapkan perasaan.

Iwe mengangguk, sambil terus memberikan perhatian kepada pemanduan.

Saya diam. Tidak mahu bertanya lanjut, walaupun di dalam hati seribu macam perasaan.

Teruja. Gembira. Sedih. Kecewa.

Saya teruja dan gembira kerana sahabat saya ini dipinang oleh seorang gadis.

Saya sedih dan kecewa kerana dia menolak pinangan gadis tersebut.

Sungguh, Allah SWT memang akan jodohkan Iwe dengan perempuan yang lebih baik!

Dan perempuan itu pun, telah Allah tetapkan pada seorang lelaki yang lebih baik!

Bukankah Allah lebih tahu daripada apa yang kita tahu?

Dan sungguh, perancangan Allah yang paling baik.

One thought on “Catatan – Setelah Aku Menikahimu :: Fokus Belajar

  1. Pernah buat keputusan yang sama. Semoga Allah kurniakan kpd kita dan dia pasangan yg terbaik.. Sesungguhnya kita merancang namun perancangan Allah itu lebih baik.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s