Sesi Jualan Langsung

Saya pernah mengendalikan sepuluh orang peserta lelaki dan perempuan daripada sebuah sekolah di Johor dalam program kecemerlangan akademik.

Program itu memfokuskan untuk meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap diri sendiri. Kebanyakan daripada mereka merupakan 10 pelajar terbaik.

Dan saya dimaklumkan bahawa prestasi akademik mereka di tahap sederhana.

Program pembangunan akademik itu juga bertujuan untuk membangkitkan rasa percaya bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja, namun mestilah disertai dengan kemahuan dan tindakan.

Saya mulakan sesi berkumpulan kami dengan dua fasa taaruf.

Daripada sepuluh orang peserta yang saya kendalikan. Saya cuba analisa setiap seorang daripada mereka.

Saya cuba kenalpasti karakter setiap daripada mereka melalui sesi taaruf yang pertama.

Hasilnya, saya dapati bahawa majoriti mereka mempunyai keyakinan diri yang rendah, selain takut untuk menerima kegagalan.

Mungkin, sangat pemalu.

“Saya mahu mereka improve diri sendiri dengan menjadi lebih baik!” Niat hati saya.

Maka saya mulakan sesi taaruf yang kedua.

Sesi taaruf yang kedua ini bersifat tidak formal. Saya arahkan mereka untuk menggayakan gaya binatang beserta bunyinya sekali.

Sekiranya mereka lambat respons. Maka yang lambat respons itu akan didenda.

Caranya, kami membentuk bulatan kecil.

Seseorang akan memulakan gaya binatang yang dia suka. Misalnya Husna menggayakan seperti gaya seekor kucing ke arah Aina. Maka Aina akan menggayakan pula gaya binatang yang lain kepada temannya di sebelah.

Sesiapa yang lambat, dikehendaki untuk pergi kepada kumpulan yang lain (dalam program itu) dan memberitahu kumpulan tersebut pernyataan yang pelik –  pelik seperti ;

“Saya tidur berdengkur.”

“Saya suka minum susu botol milik adik saya.”

“Saya mempunyai masalah kencing malam.”

Saya gelarkan ini hukuman ajaib!

Dan saya dapati, sewaktu saya mengumumkan hukuman ajaib ini, mereka kelihatan tidak mahu dikenakan hukuman ajaib itu dan masing masing kelihatan mula bersedia dengan gaya masing masing.

Tidak mahu memalukan diri sendiri!

Setelah dua kali permainan ini berlangsung, Alia terlambat fokus. Beliau terlambat untuk respons kembali.

Untuk menunjukkan bahawa saya serius dengan konsep hukuman ajaib ini. Maka saya menggesa Alia untuk pergi ke kumpulan yang lain dan memaklumkan kumpulan tersebut bahawa Alia tidur berdengkur.

Alia pergi dan kembali dengan wajah merah padam. Malu! Saya tersenyum sendirian.

Ahli kumpulan yang selebihnya terus menanamkan azam. Tidak mahu terlambat respons lagi.

Taknak memalukan diri sendiri!

Setelah saya dapati bahawa semuanya berjalan lancar. Maka saya mengumumkan kesukarelaan saya bahawa saya juga bersedia didenda sekiranya saya lambat bertindak balas terhadap aktiviti yang sedang kami laksanakan.

Tiba tiba saya terlambat respons terhadap aktiviti yang sedang kami lakukan.

Dan saya sengaja bertindak sedemikian.

Yang seronoknya, ialah apabila mereka sendiri menggesa saya untuk pergi ke kumpulan yang lain dan memaklumkan kumpulan yang lain bahawa saya mempunyai tabiat kencing malam.

Saya pergi dan saya maklumkan kepada kumpulan tersebut bahawa saya mempunyai masalah kencing malam. (hakikatnya tidak! )

Itu bertujuan meraih respek. Bahawa saya cakap serupa bikin.

Ia juga nak pasakkan dalam minda peserta bahawa fasilitator kumpulan mereka adalah seorang yang berpegang teguh kepada janji dan juga boleh diharapkan.

Peace!

DSC_0664

Kita sama sama manusia

Dalam mana mana program sekalipun. Peserta tetap adalah manusia. Mereka memerhati.

Mereka bersifat human being.

Human being  ini sentiasa mempunyai kesalahan yang ada, dan tidak ada manusia yang dapat lari dari melakukan kesalahan.

Samada kesalahan itu kecil mahupun besar.

Sedikit mahupun banyak. Salah tetap salah.

Itu fakta. Kan?

Bahkan Malcomn X mengatakan bahawa salah itu tetap salah, walaupun siapa yang melakukannya dan kenapa dia melakukannya.

Saya tidak bermula sebagai seorang fasilitator. Namun saya mengambil masa untuk menjadi peserta dahulu, sebelum saya mahu menjadi seorang fasilitator.

Saya menjadi peserta dalam banyak program. Samada program kepimpinan, pembangunan kerohanian mahupun motivasi akademik. Semuanya saya ikut serta.

Program pertama yang saya ikuti adalah program Super Motivasi sewaktu saya masih di tahun lima.

Kemudiannya, saya mengikuti program Kem Ibadah, Kem Minda Kreatif, Kem Kepimpinan Y2Y dan pelbagai lagi kem menarik sepanjang hidup saya.

Saya masih ingat sewaktu saya di tingkatan tiga, ada program kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama sebuah konsultan daripada utara.

Program perkhemahan itu berlangsung selama tiga hari dan dua malam.

Sudah menjadi kelaziman, bahawa menunaikan solat fardhu sewaktu berprogram adalah kewajipan bagi peserta.

Dan kami menunaikan solat zohor seperti biasa.

Usai solat zohor, ada sesi ceramah tentang membangunkan potensi diri. Tiba tiba teman saya berkata, “Syafiq, cuba hang tengok abang fasi yang tu. Dia mana solat pun. Zohor pun dia tak solat, apatah subuh pagi tadi.”

“Mana hang tau?” Saya membalas.

“Aku tau la. Aku perasan abang fasi tu pagi tadi tak solat subuh pun.” Dia menambah.

“Suruh orang solat, tapi fasi pun tak solat.” Juih teman yang lain pula.

Menjadi contoh

Sesiapa yang ingin meletakkan dirinya dalam kalangan fasilitator yang ohsem, perlu sentiasa memastikan dirinya menjadi qudwah hassanah.

Apakah qudwah hassanah ni? Adakah nama biskut?

Opss.. Tidak!

Menjadi qudwah hassanah adalah menjadi ikutan yang baik. Memberikan contoh yang terbaik, dengan harapan untuk memberikan peserta inspirasi.

Dengan harapan peserta itu akan menjadikan fasilitator terbabit sebagai seorang role model.

Masih ingat kisah perang Khandaq?

Sewaktu peristiwa Khandaq, salah seorang sahabat iaitu Salman Al Farisi mencadangkan agar dibina parit di sekitar kubu tentera Islam agar dapat menyekat kemaraan musuh musuh Islam.

Maka Rasullullah mengarahkan tentera Islam untuk menggali parit.

Sewaktu tentera Islam sedang menggali parit. Rasullullah turut serta membantu menggali parit.

Dapatkah anda nyatakan moral petikan sirah ini?

Penutup

Pernah lihat iklan kecantikan? Mungkin juga iklan produk kesihatan?

Mereka yang menjadi jurujual, yang mempromosikan produk produk tersebut biasanya akan menjadikan diri sendiri sebagai testimoni dahulu.

Ini bertujuan meraih kepercayaan daripada pelanggan yang berpotensi.

Ya, konsep ini sama dalam bidang training ini.

Adakah anda masih ingat definisi fasilitator yang saya kemukakan dalam bahagian pertama buku ini, mukadimah ?

Fasilitator adalah jurujual, yang mempromosikan nilai hidup serta menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Fasilitator juga menunjukkan cara atau membantu seseorang individu atau sekumpulan individu dan membantu menyelesaikan masalah.

Jadi, mula jadikan diri sendiri sebagai eksperimen, dan teruskan menjual!

2 thoughts on “Sesi Jualan Langsung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s