Ini bukan kebiasaan, jangan biasakan!

Kaki melangkah pantas. Jam sudah menunjukkan angka 10.21 pm. Saya perlu segera ke Gate 6, untuk menaiki bas yang akan bertolak ek Kuala Terengganu pada malam ini.

Dengan satu beg sandang dan sebotol air mineral, cukuplah itu sebagai bekalan untuk perjalanan ke sana.

Eh, bukan ke alam barzakh. Tapi ke Kuala Terengganu!

Korang fikir bukan bukan ya?

Saya mencari cari seat bernombor 24, yang saya yakin. Seat bernombor 24 dan 25 itu kosong. Sebab saya membelinya pada jam 10.11 pm. Pada jam itu, kedua dua seat berkenaan kosong.

Maka yakinlah sepanjang perjalanan bahawa kedua dua seat itu memang milik saya. Sesuatu yang memang diidam-idamkan oleh saya dan penumpang lain seperti anda.

Di hadapan tempat duduk itu, ada dua pasangan lelaki dan perempuan.

Apabila lelaki itu terlihat saya, beliau menaikkan sedikit kerusinya ke depan bagi memberi ruang kepada saya yang berbadan besar dan terlalu sado.

Thank you, bro!” Kata saya.

Selesai duduk, sengaja mahu ramah. Orang sudah berbudi beb, maka kita pun berbahasalah.

“Kakak ke bro?” Tanya saya dengan niat mahu memancing perbualan.

Soalan yang diajukan dijawab dengan ketawa kecil oleh mereka berdua. Saya pula diam. Terus dikeluarkan telefon bimbit dan wallet daripada poket seluar untuk dimasukkan ke dalam beg sandang berwarna hitam itu.

“Pergi ke mana bro?” Soalan diajukan lagi.

“Kuantan. Bro pergi kuatan jugak ke?”

“Eh, taklah. Saya nak pergi Kuala Terengganu.”

Perbualan kami terhenti selepas beberapa ketika kerana bas sudah mahu memulakan perjalanannya. Lampu bas pun dipadamkan. Kerusi pun diturunkan untuk memudahkan tulang belakang ini berehat mengikut postur tidur.

Sementelah,saya memeriksa telefon kesayangan.

Oh, ada notifications whatsapp pada Iphone kesayangan.

Selesai menyemak segala mesej di ruangan Whatsapp, saya mahu tidur.

Entah kenapa, setelah hampir satu jam berbaring dan bergolek golek di ruang sempit itu, saya masih tidak boleh tidur. Serius tak selesa. Semuanya serba tak kena.

Lalu, telefon dikeluarkan sekali lagi. Game candy crush pun dibuka dan dimainkan. Sekarang, saya di level 103.

Pada level ini, gamenya agak susah dan saya masih belum biasa dengan bentuk gamenya. Cewaah, macam permainan serius pulak.

Habis lima ‘nyawa’ yang diberikan. Saya kecewa. Gagal melepasi level yang serba leceh itu.

Ini bukan kebiasaan

Telefon disimpan, spek mata mula mahu ditanggalkan.

Entah, kenapa tiba tiba mata tertangkap pandangan yang lain dari kebiasaan.

Saya lihat kepala perempuan itu bersandar rapat pada kepada lelaki tersebut. Ya, mereka duduk tepat di depan saya!

Saya bukanlah kanak kanak dua tahun yang tak tahu apa itu seks. Saya bukanlah kanak kanak ribena yang langsung bodoh tentang hubungan lelaki dan perempuan.

#anda yang membaca, jangan loya dan muntah pula bila baca!

Sungguhlah, saya cuba sehabis bersangka baik. Tapi dalam keadaan apa sekalipun, saya tak dapat bersangka baik.

Memang tak boleh!

Saya dengar suara mereka mesra, disambut gelak kecil dan senyum ketawa.

Ah, ini bukan masanya untuk bersangka baik!

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mencegah perkara ini? Kemungkaran mungkin berlaku di depan mata!

Walaupun hakikatnya tak nampak dengan jelas sebab gelap sangat.

Mungkin ada pembaca yang akan komen dengan cerdiknya, “Bersangka baik bro.”

Dush Dush!

Nah tumbukan padu untuk hadiah bersangka baik!

Saya tenangkan fikiran, lalu mulut mulai kumat kamit. Saya baca surah Al Kahfi. Sengaja saya baca dengan suara yang sedikit kuat, dengan harapan agar syaitan tercirit birit mendengar bacaan al quran ini.

Alhamdullillah, saya dapati perbualan mesra dan gurauan manja mereka mulai kurang.

Mereka hanya tidur saling bersandar. Okeylaah. Mereka sudah tidak meringankan tangan lagi. Biar jelah.

Mungkin sudah tertidur. Mungkin telah tertidur. Mungkin ‘berlakon’ tidur.

Ces, nampak tak betapa aku ni tak ada langsung feeling  untuk bersangka baik!

Kepala mereka masih rapat.

Hati mulai lega. Saya berkira mahu tidur terus. Sekurangnya mereka sudah tidak bermesraan lagi. Lepas satu tanggungjawab di akhirat kelak.

Kepala mereka masih rapat lagi

Eh, legalah sudah hati. Tidurlah wahai diri. Biarlah dengan mereka. Mereka cuma bersentuhan kepala sahaja. Bukan buat yang pelik pelik pun.

Syafiq, kepala mereka masih rapat lagi!

Sedaya upaya, hati mahu membiarkan perbuatan mereka. Kepala segera dilentokkan, mata segera dipejamkan, fikiran segera dikosongkan.

Entah kenapa tiba-tiba dalam kepala mulai terbayang beberapa perkara. Antaranya lukisan seorang lelaki bermesraan dengan seekor babi.

babi dan samak

Kemudian, fikiran melayang teringat pula kisah seorang raja dengan susu di negaranya.

Kemudian terbayanglah frasa ayat, “Kalau ada sepuluh orang daie macam aku ini, yang membiasakan lidah dengan ayat, ‘biarlah mereka. Sekurangnya mereka tak buat benda yang tak senonoh. Mereka buat benda biasa macam pegang pegang tangan je. Biar jelah.’ Maka tak terjalanlah dakwah di muka bumi ini.”

Otak ligat berfikir. Tanggungjawab ini masih terbeban di bahu. Tanggungjawab ini masih berat digalas.

Menyusun Strategi

Akhirnya, idea pun muncul.

Saya mulai menyusun skrip ayat di dalam kepala, supaya kata kata yang terlontar tidak melukai hati mereka dengan dalamnya.

Bahkan, saya mulai merangka sebarang kemungkinan. Jika dia mengamuk, apa yang patut saya respons? Maka saya bersiap sedia, saya akan menggunakan segala kudrat dan kekuatan yang ada jika dia melenting.

Telefon berwarna merah jambu pun dijatuhkan.

Setelah berlagak seolah telefon itu tak dapat dicapai. Sengaja saya kejutkan lelaki tadi.

“Bro, nak minta tolong ke depan sikit boleh tak? Saya nak ambik telefon, tak sampailah bro.”

Kerusi pun dianjak ke depan. Telefon itu berjaya saya capai. Tindakan ini sekadar membuka ruang untuk perbualan lain pula.

Setelah diam beberapa saat, saya memberanikan diri bertanya. Saya berterus terang.

“Bro, saya tak boleh tidurlah bro. Sebab kepala saya asyik fikir je. Boleh saya tanya satu soalan?”

“Apa tu bro?” Dia respons.

Alhamdullillah, dia respons.

“Bro dengan awek sebelah tu, dah kahwin ke? ”

Dia diam, mungkin terkedu dengan soalan yang dikemukakan.  “Belum lagi bro.”

“Oh, kalau belum kahwin kan, macam tak manislah kan kalau bro buat macam tu dalam bas ni. Bukan apa bro, tak sedaplah mata memandang.” Saya menerangkan, ringkas. Senyuman dihulurkan, supaya mood tidak nampak terlalu serius.

“Oh okey bro.” Dia membalas sambil tersenyum ringkas.

Saya lega, dan jiwa lega. Terus kepala dilentokkan tanpa ada sebarang sangsi. Terus tidur.

Bas akhirnya tiba ke Kuantan beberapa lama kemudian. Saya lihat kedua pasangan itu tergesa gesa meninggalkan bas tanpa langsung menoleh ke belakang.

Mungkin mereka malu apabila ditegur. Mungkin mereka tidak mahu wajah mereka dirakam dan dikenali oleh memori nyanyuk saya.

Kesilapan saya

Antara kesilapan saya ketika ini, adalah saya langsung tidak bergegas untuk memberikan penjelasan kepada mereka.

Sekiranya diberi peluang kali kedua untuk bertemu dengan mereka lagi.

Saya akan kejar mereka selajunya, dan berikan beberapa butiran hikmah untuk rujukan saya dan rujukan mereka.

Saya akan doakan semoga segala urusan mereka menuju gerbang perkahwinan, dimudahkan sepantasnya.

Saya akan sampaikan yang terbaik, bahkan sedia memberi sokongan padu sekiranya mereka berhasrat mahu menyegerakan perkahwinan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s