Catatan – Setelah Aku Menikahimu :: Nekad atau Tekad?

Catatan – Setelah Aku Menikahimu

Saya diberi peluang untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ciri – ciri Unggul Anak Soleh Zaman Moden’ kepada peserta Kem Motivasi Remaja di Masjid Salehuddin Al Ayubbi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Program Kem Motivasi Remaja yang dianjurkan oleh Masjid Salehuddin Al Ayubbi dengan kerjasama Famili Mithali Consultancy itu berlangsung selama tiga hari dua malam, dan dibantu dengan tenaga fasilitator daripada UIAM, UniKL, dan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics.

Seusai ceramah, saya dijemput untuk menikmati juadah tengah hari bersama dengan Kem Komandan Program, iaitu saudara Umar Hanif. Turut bersama kami menikmati juadah tengah hari itu, adalah saudara Zulfanni dan juga Khairol Amri.

Mereka saling berbual sambil menikmati juadah tengah hari itu, sambil saya pula hanya mendiamkan diri.

“Ana masih ingat, dua tahun dulu enta pernah cakap bahawa seseorang yang mahu menikah perlu bertekad daripada bernekad.” Kata Umar kepada Zulfanni.

“Eh, ye ke? Ana pun dah tak ingat. Bila ana cakap ya?” Balas Zulfanni.

Telinga saya kembali fokus, mahu menangkap setiap butir perbualan. Mana tahu boleh dijadikan panduan untuk saya yang belum menikah.

“Alaaah, enta pernah cakap sebelum enta walimah dulu. Ana ingat lagi.” Balas Umar.

“Opss. Apa maksudnya nekad dengan tekad tu? Kongsilah sikit.” Saya pula mencelah. Tidak sabar mahu tahu beza kedua perkataan tersebut.

Sementara Khairol Amri pula diam menunggu hasil perbualan kami.

“Nekad ni, macam kita telah berniat untuk menjadikan seseorang sebagai isteri kita. Contohnya, enta lihat seorang muslimah. Disebabkan enta dapati bahawa muslimah tersebut ada ciri ciri seorang wanita yang enta inginkan, maka enta berkenan nak jadikan dia sebagai isteri enta yang sah. Dalam hati, enta benar benar mahu dia sebagai suri dan penyeri di hati enta. Enta nekad mahu dia sungguh-sungguh sebagai isteri enta walaupun terpaksa menunggu lima tahun sekalipun.” Umar menerangkan dengan panjang lebar.

Saya mengangguk faham.

“Oh, kalau tekad pulak?” Soalan terus diajukan.

“Kalau tekad ni, enta dah berkenan pada seorang muslimah, dan enta lakukan pelbagai perkara supaya apa yang enta hajatkan menjadi kenyataan. Misalnya, enta berkenan pada seorang muslimah dan enta terus berusaha untuk berjumpa dengan keluarga dia, kemudian kumpulkan kekuatan kewangan untuk menikah dengan dia. ” Umar menerangkan.

Saya mengangguk faham.

Nekad dan tekad. Pada pandangan anda, mana yang lebih penting?

Adakah tekad ini lebih patut didahulukan daripada nekad, atau ia sebaliknya?

Bernekad atau bertekad untuk menikah?

Pada usia 24 tahun, sudah ramai teman sebaya saya yang melangsungkan perkahwinan mereka. Saya paling gembira mendengar berita ini, dan kalaupun saya tidak berkesempatan menghadiri majlis kenduri kahwin mereka, pasti saya akan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Saya lihat, mereka yang mahu berkahwin ini, usaha mereka berkali kali ganda banyaknya dibandingkan dengan mereka tidak serius mahu berkahwin.

Misalnya, ada yang gigih bekerja siang dan malam untuk mengukuhkan kekuatan kewangan untuk berkahwin. Ada yang sudah melakukan persiapan dengan membeli rumah untuk diduduki bersama pasangan selepas berkahwin nanti.  Ada pula yang berusaha melakukan sebanyak mungkin kerja overtime supaya ada lebihan gaji nanti. Bahkan, sampai ada yang sanggup melakukan tiga kerja dalam satu masa!

Mereka juga sudah mula kurangkan aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada mereka secara keseluruhannya. Misalnya, mereka sudah jarang menonton wayang, mahupun makan di restoran. Mereka akan berjimat sehabis baik, kerana mereka sedar kedudukan kewangan perlu dikukuhkan sebelum dan selepas bernikah. Tanggungjawab yang besar bakal dipikul selepas menjejak ke alam rumah tangga.

Pendek kata, seseorang yang telah bertekad ingin mendirikan rumah tangga, dia akan melakukan sedaya upaya beliau untuk mencapai hasrat hatinya.

Saya kagum dengan beberapa orang teman saya yang telah melangsungkan perkahwinan di usia muda ini. Saya lihat, mereka memang punya usaha supaya hubungan yang terbina, kekal terjalin di jalan yang halal dan diredhai Allah SWT.

Sementara saya masih lagi menulis dan menulis, sambil mengumpulkan kekuatan untuk melengkapkan angan angan indah perkahwinan saya, bersama dengan dia yang entah saya belum pasti.

Cewah. Ayat pasrah pula!

Nekad dan tekad, yang manakah yang paling penting?

Pada pandangan saya, nekad dan tekad, keduanya perlu seiring.

Sekiranya hanya bernekad, tetapi tidak bertekad, jadilah ia musim penantian cinta yang tidak berpenghujung.

Bagaimana dengan anda? Sekadar bernekad sahaja?

Atau anda sudah bernekad untuk bertekad sepenuh masa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s