Tangan sakti

532285_340857482679058_302389927_n

Aku dilantik menjadi ketua Fasilitator untuk Kem Bina Insan edisi Nov 2012 di Sekolah Agama Integrasi Faizin (SAIF).   Ini merupakan  kali kedua aku menjadi fasilitator, sebelumnya di SMA Nahdzah.

Pagi itu agak menarik. Kami, para fasilitator lelaki diminta dan ‘dilarang keras’ oleh fasilitator muslimat untuk menghadiri sesi kuliah subuh yang dikendalikan oleh mereka.

Siap bagi amaran bhai. Hahaha!

Tapi, dah namanya manusia. Makin dilarang, makin dibuat. Hoh! Pedulik hapa aku. Sengaja aku mencurik curik dengar kuliah subuh yang dikendalikan oleh fasilitator Afifah dan Aini.

Aku berdiri di ruang koridor tingkat dua,  mencuri dengar.

Mereka membicarakan kisah Al Qamah yang sayang pada isteri, tetapi derhaka pada ummi.

Tiba-tiba, salah seorang fasilitator lelaki, datang menghampiri aku, join untuk curik curik dengar apa ke benda la yang fasilitator muslimat bincang. Best woo!

Namanya Ustaz Adha. Lepasan Ijazah Pengurusan Fatwa dari USIM itu merupakan tenaga pengajar di SAIF.

Kami sama-sama memerhati karenah peserta KBI, kadang-kadang kami tersenyum sendiri.

“Enta mengajar kat sini kan?” Tanya aku. Sengaja nak pancing, nak ajak berbual.

Adha menoleh, “Aah, ana mengajar kat sini.”

“Waaah… bestnya! ” Aku suarakan kekaguman.

“Dulu, ana kerja jadi warden kat SMA Hidayah Islamiyah, dapat la dalam RM500 sebulan. Hmm, berapa gaji enta mengajar kat sini?”

“Ana dapat RM700 sebulan.”

Aku terdiam, perghh.. sikitnya!  Biasanya, lepasan ijazah paling kurang pun boleh dapat  RM1800.

“Gaji kat sini memang sikit. Sebab gaji kami diambil dari yuran para pelajar.”  Adha tersenyum,.

Aku mengangguk faham.

“Sekolah ni baru saja ditubuhkan sekitar dua tahun lepas.  Sekolah ini ditubuhkan tanpa sebarang bantuan dari kerajaan, dan setiap kos ditanggung oleh yuran pengajian yang dibayar oleh pelajar.”

“Tambahan, sekolah ni kan sekolah agama swasta, dan kita kena bantu untuk kukuhkan institusi pendidikan islam ni.”

“Kita tak mampu beri  sumbangan kewangan mahupun material,  kita sumbangkan tenaga dan kudrat kita yang sikit ni pun.  Moga Allah hitung sebagai pelaburan di akhirat kelak.”

Tersentak hati aku. Sentap. Terdiam.

Kata-kata tu buatkan aku terfikir. Sekolah macam ni lah yang akan diwariskan kepada anak-anak kita.

Aku tanamkan azam, andainya aku tak mampu bagi RM1, aku hulurkan kekuatan penaku, moga menginspirasi kalian untuk membantu.

#bila kita nak hulurkan bantuan?

_____________________
Syafiq Aizat
Kerana kita Abdullah
6 Dec 2012

2 thoughts on “Tangan sakti

    • Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk teman seangkatan dari KPM.

      terima kasih sebab baca entri ni.

      1. entri ni tak kutuk kerajaan pusat sebab tak support @ sponsor kem seperti ini.
      2. Kem Bina Insan ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, bukan kerajaan pusat.
      3. Entri ini menekankan SEKOLAH AGAMA INTEGRASI FAIZIN yang tidak mendapat sumbangan @ sokongan sepenuhnya daripada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri. cuma untuk makluman sedara, SAIF ini diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.
      4.Entri ini bertujuan ingin meningkatkan kesedaran di kalangan pemuda untuk sama-sama memainkan peranan, membantu sekolah swasta ini untuk berkembang.🙂

      regards
      Syafiq
      12:32 – 8 dis 12

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s