Menjadi Fasilitator yang Osem

Ayuh Cipta jejak kita!nmkhu.blogspot.com

Ayuh Cipta jejak kita!
nmkhu.blogspot.com

 Mencipta jejak

Ramai yang bertanya saya, bagaimana caranya untuk menjadi seorang fasilitator?

Ini berikutan persepsi majoriti yang menganggap, kerjaya sebagai seorang fasilitator bukanlah kerjaya yang mudah.

Persepsi ini timbul apabila melihat barisan fasilitator terdiri daripada mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, selain petah berkata-kata di depan audiens.

Maka, mereka beranggapan bahawa untuk menjadi seorang fasilitator, seseorang invidu itu perlu melalui pelbagai ujian yang ‘ketat dan berbahaya’ sebelum diluluskan untuk menjadi fasilitator.

Namun, sebenarnya,  untuk menjadi seorang fasilitator amatlah mudah.

Ianya semudah langkah 1, 2, dan 3.

  1. Anda mengisi borang  fasilitator atau menghantar resume anda kepada syarikat perunding motivasi.

 

  1. Anda akan ditemuduga dan diuji dari aspek mental dan fizikal.

 

  1. Anda akan diberi latihan persediaan samada teori mahupun praktikal dan anda bersedia menjadi fasilitator!

Nampak mudah kan?

Sesiapa sahaja boleh menjadi fasilitator kerana khidmat professional fasilitator amatlah diperlukan dalam bidang pembangunan sumber manusia disebabkan meningkatnya keperluan terhadap program pembangunan kemanusiaan ini.

Tetapi persoalannya, adakah semua orang mampu menjadi fasilitator yang ohsem?

Bagaimanakah caranya untuk menjadi fasilitator yang ohsem?

Di dalam buku kecil ini, saya akan berkongsi tips dan petua untuk menjadi fasilitator yang ohsem, dan sedikit pengalaman saya.

 

Dengan nama Allah yang Maha Memiliki, kita teruskan pembacaan!

 

Permulaan

Sebelum anda meneruskan bacaan anda untuk menjadi fasilitator yang ‘ohsem’, tanyakan pada diri anda.

Kenapa aku ingin menjadi fasilitator?

Kenapa perlu tanya diri sendiri?

Kerana setiap tindakan kita, pastinya dipengaruhi oleh satu sumber penggerak yang menggerakkan otak, hati dan jasad kita untuk melakukan sesuatu.

Soalan ini, tanyakan pada diri anda.

Apakah perkataan pertama yang terlintas di fikiran anda?

Pengalaman?  Keyakinan diri?  Menambahkan kenalan?

Ramai fasilitator yang saya kenali, saya ajukan soalan ini kepada mereka.

Antara jawapan yang saya terima ialah ;

Saya nak kumpulkan pengalaman, dan mungkin tubuhkan syarikat konsultan motivasi saya sendiri dengan kawan-kawan yang lain.

Saya nak tingkatkan self confident, dan share ilmu yang saya ada. Sebab saya bermula daripada zero, dan saya nak bagitahu seluruh dunia bahawa semua orang mampu menjadi hero, seperti yang saya lakukan!

Saya pun tak pasti kenapa, tapi saya nampak jadi fasilitator ni macam best je! Sebab orang akan pandang tinggi pada fasilitator kan?

 

Adakah anda merasakan jawapan anda seakan-akan jawapan di atas?

Tahniah, anda adalah seorang yang normal!

Saya juga pernah ditanyakan soalan yang sama.

Saya menjawab soalan itu dengan spontan. Laju perkataan itu keluar dari mulut saya.

Jawapan itu ialah DUIT.

Ya, lidah saya mengatakan bahawa tujuan saya menjadi fasilitator adalah kerana duit.

Kerana saya menyedari bahawa kerjaya seorang fasilitator adalah kerjaya profesional. Seorang fasilitator professional (master trainer) mampu menjana pendapatan empat angka hanya dalam masa seminggu!

Tetapi jawapan itu membuatkan saya duduk termenung sendirian. Saya berfikir.

Adakah matlamat saya menjadi fasilitator hanya kerana duit?

Tidak!

Apakah yang membuatkan jasad dan akal fikiran saya terus melangkah di dalam dunia kejurulatihan sumber manusia ini?

Terus melangkah

Saya menyedari, bahawa jauh di sudut hati saya yang paling dalam, duit bukanlah matlamat utama untuk saya terus melangkah dalam dunia kejurulatihan ini.

Saya terus melangkah di dalam dunia kejurulatihan ini kerana saya ingin melihat perubahan!

Saya memetik terjemahan Al Quran (3 : 110)

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. 

Dan sungguh, saya rasa sangatlah ohsem sekiranya kita menjadi antara individu yang menggerakkan orang lain menuju perubahan.

Mahukah anda bersama-sama saya melangkah di dalam dunia kejurulatihan sumber manusia ini? Mahukah anda melihat perubahan?

Ayuh, kita kumpulkan kekuatan bersama-sama. Kita gerakkan perubahan!

Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, ertikan hidupmu dengan memberi!

2 thoughts on “Menjadi Fasilitator yang Osem

  1. Ya, menjadi fasilitator sgt seronok. Bg sye, ada 3 stage dlm pngalaman mnjdi fasilitatkr program. Pertama, saat yang sukar dimana kita harus menghadiri training of trainer atau TOT kalau kat u sye la, kedua, saat plg memerlukan kesabaran dan kekuatan di tgh2 prjalanan program dan ketiga, saat y plg seronok bila hujung program kita dpt nmpk hsilnya…🙂 sungguh saya mmg minat bidang ni walau bukan pelajar kaunseling. Saya hanya belajar melalui kelab pembimbing rakan siswa di u sye , tp fasilitator sgt awsome🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s