Bukalah Pintu Hatimu!

Sepanjang tahun 2010 saya menjadi fasilitator  dan saya sering ditugaskan memegang watak garang.

Dalam dunia kejurulatihan, ada tiga watak fasilitator.

Satu. Watak fasilitator yang sangat garang. Mana-mana fasilitator yang memegang watak ini tidak boleh senyum, dan harus bersikap ala-ala diktator . Tugas fasilitator ini adalah untuk mengawal disiplin peserta, selain memastikan peserta patuh kepada arahan.

Mudah kalau saya simpulkan unsur api terletak pada fasilitator ini. Fasilitator ber-unsur api akan memegang portfolio Disiplin dan Keselamatan.

Dua. Watak fasilitator yang sangat penyayang. Sesiapa yang memegang watak ini harus sentiasa senyum dan bersikap mesra peserta. Tugas fasilitator ini adalah untuk meneutralkan situasi apabila peserta rasa tertekan atau stress.

Fasilitator jenis ini mempunyai unsur yang berlawanan dengan api, iaitu air.

Tiga. Watak fasilitator yang tidak memihak kepada mana-mana pihak. Samada peserta atau fasilitator. Kebiasaannya fasilitator yang memegang watak ini adalah ketua fasilitator atau kem komandan.

Unsur tanah dimiliki oleh fasilitator ini.

Hati yang tertutup

Saya dilatih dengan formula ini. Maka kerana telah terbiasa, saya sentiasa mengaplikasikan formula ini di mana-mana program yang saya kendalikan. Watak garang seolah sebati dengan diri saya.

Namun, pada penghujung Disember 2010. Saya dihubungi oleh saudara Firdaus.

Dia meminta bantuan dan khidmat saya, menjadi fasilitator untuk sebuah program kerohanian di utara tanah air.

Saya tiba agak lewat, dan ketika itu sesi pembahagian kumpulan telah pun selesai.

Seramai sepuluh orang remaja berumur sekitar 12 hingga 15 tahun diamanahkan kepada saya. Saya perlu mengendalikan sesi taaruf di dalam kumpulan.

Saya membawa mereka agak jauh dari dewan utama. Sengaja mencari ruang yang agak tersembunyi.

Kami saling berdiri, dan membentuk bulatan.

Saya tersenyum, cuba mengambil mood garang yang telah sebati dengan jiwa saya.

Dengan suara sedikit garang, saya memulakan sesi taaruf itu.

“Assalamualaikum.”

Semua peserta menanti perkataan seterusnya.

“Nama aku Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad. Kalian boleh panggil aku, Syafiq.”

Saya bersuara garang dan saya mengarahkan seorang demi seorang memperkenalkan nama masing masing, dan sesi taaruf itu berlangsung dengan hambar. Tiada warna ceria terpalit pada sesi pagi itu.

Saya dapat melihat betapa wajah tidak senang mereka terhadap tindakan saya itu. Namun, itu semua saya tidak pedulikan, lantaran formula garang yang telah sebati dengan diri saya.

Serius, antara saya dan peserta kumpulan saya langsung tidak ada chemistry.

Pada hari kedua program, kami para fasilitator diminta untuk duduk bersama dengan para peserta. Kem Komandan mulai bercakap dan bertanya kepada peserta.

iklan iklan iklan!macam mana dengan iman kita hari ni?

iklan iklan iklan!
macam mana dengan iman kita hari ni?

Antara soalannya yang paling saya ingat ialah “Adik-adik ingat tak apa nama fasilitator kamu?”

Salah seorang peserta dalam kumpulan saya pantas menjawab, “Nama aku Syafiq.” Sambil disambut oleh gelak temannya yang lain.

Malam itu, usai post motem. Saya termenung.

Bukalah hatimu

Cuba lihat penggunaan kata ganti diri yang saya gunakan sewaktu komunikasi pertama antara saya dengan peserta.

AKU.

Saya menggunakan kata ganti diri AKU apabila membahasakan diri dengan peserta.

Secara tidak langsung ia menghancurkan segala rasa yang bangkit dari peserta.

Dan itulah antara faktor yang menyebabkan anda tidak memiliki ciri-ciri seorang fasilitator yang osem.

Bukalah matamu dan lihatlah!

Apakah faktor yang menyebabkan seorang fasilitator itu dikira gagal menjadi fasilitator yang osem?
Berdasarkan pengetahuan saya, berikut disenaraikan sedikit.

Ego

Ramai fasilitator yang mempunyai pengalaman bertahun tahun, tetap gagal menjadi osem disebabkan unsur negatif yang terwujud dalam dirinya.

Rasa bangga kerana berpengalaman bertahun tahun di dalam bidang kejurulatihan.

Merasakan diiktiraf sebagai fasilitator yang terbaik.

Kononnya mempunyai pelbagai modul yang hebat di dalam minda.

Merasakan mempunyai kehebatan dalam merangka modul.

Jiwa Yang Tepu

Terlalu banyak mengendalikan program motivasi kerohanian mahupun motivasi sahsiah, sedangkan diri fasilitator itu sendiri tidak pernah mengikuti program motivasi untuk diri sendiri.

Ia menyebabkan jiwa menjadi tepu, lantas untuk membentuk diri menjadi fasilitator yang osem. Gagal.

Salah Posisi

Meletakkan target yang salah, juga antara faktor yang menyebabkan seseorang individu itu gagal menjadi fasilitator yang osem.

Apakah yang dimaksudkan dengan target yang salah?

Meletakkan gaji fasilitator sebagai matlamat utama. Gagal.

Skil Komunikasi

Tidak mempunyai skil komunikasi yang baik menyebabkan peserta gagal untuk menerima apa yang ingin fasilitator itu sampaikan.

Penggunaan kata ganti diri dan juga gerak bahasa badan yang salahmenyebabkan seseorang itu gagal untuk menjadi fasilitator yang osem.

Yang  saya senaraikan, inilah antara faktor  yang menyebabkan seorang individu itu gagal untuk menjadi fasilitator yang osem.

Persoalannya, susah ke nak jadi fasilitator yang osem ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s