Gambar Muslimah di Internet

Dikirim oleh mohd masri di Februari 8, 2009
Salam
Soalan:
apakah hukum seseorang wanita meletakkan gambarnya di dalam laman sesawang sosial mcm myspace,friendster dan sekutunya,meskipun ia masih menutup aurat…. Yellow Confused

asif

syukran kathiran

jawapan:
Bismillahi wal hamdulillah

Sebarang perkara yang dibimbangi boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan keji yang lebih besar , secara kaedahnya hendaklah dielakkan.

Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat.
Ini kerana , melalui raut wajah wanita itu , sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya.

Maka , untuk menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran yang lebih besar , adalah lebih baik tidak diletakkan gambar tersebut…..Allahu A’alam..
INI PULA LUAHAN HATI SEORANG MUSLIMAH….
MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, mahupun yang berpurdah tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar tapi perlulah bertepatan dengan hukum syara’. Selain itu, jadikan gambar itu satu penanda bahawa anda adalah seorang muslimah atau perempuan iaitu dengan meletakkan gambar kartun seperti kartun ana muslim atau kanak-kanak yang belum baligh seperti bayi atau budak kecil. Tidak perlulah meletak gambar anda sebenar kecuali untuk tatapan kaum hawa sahaja dengan menprivatekan dan tidak dibenarkan rijal2 melihatnya. Jika anda mahu rakan-rakan lama anda mengenali anda, anda hanya perlu meletakkan nama bukan meletak gambar anda sebesar-besarnya dan jelas sehingga setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang sayang pada kamu untuk membiarkan kamu menerima dosa-dosa yang kamu tidak sedari.Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab atau pendapat ulama’, namun tatkala fitnah mengundang, di samping itu terselit zina kecil(tersembunyi) berlaku. tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam (Surah An-Nur )Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Kita takut ada yang sakit hati atau yang suka itu akan membuat macam-macam dengan gambar kamu. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, surat dan sebaginya atau yang paling bahaya menggunakan guna2 ke atas anda hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Anda sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda membuang gambar itu dan tidak akan meletakkannya lagi. ATAU Jika anda nak sangat letak gambar anda maka hendaklah anda mengprivatekan bl0g anda atau sewaktu dengannya tapi dengan syarat hanya KAUM HAWA sahaja boleh melihat gambar anda.

tapi sesetengah orang meletakkan gambar lukisan dirinya (lukisan potret) tapi hukum tetap tidak boleh kerana ia juga menggambar dirinya yang sebenar. Ada juga yang edit gambar dengan mengkaburkan atau membuat hitam putih…..itu tidak apa jika gambar itu tidak membentuk atau menyerupainya lagi.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Isu ini sangat popular sekarang…..ramai muslimah sekarang menyalahgunakan kemudahan ini…….

INGAT, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja…Wallahu A’lam..Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan…
S e l a m a t B e r m u j a h a d a h……!!!

http://coretankisahku.blogspot.com/2010/02/gambar-muslimah-di-internet.html

23 thoughts on “Gambar Muslimah di Internet

  1. salam..alhamdulillah,artikel yg menarik..dah slalu bca sal gambar kt internet ni,..in fact,mmang wanita adalah fitnah besar..seringkali melihat gambar2 yg dipampang tanpa segan silu..mohon agar suatu hari nanti mereka akan sedar akn fitnah yg sdang ditabur,…sdihnya,niat kaum hawa yg meletakkan gambar,mmang nak bg kwn2 lama knal,kerna,kekadang mereka lbih mengingati muka dr nma sebenar,..nmun..apakan daya..jikalau niat murni i2 akan menjadi fitnah..& membawa dosa bt kta..maka padam sajalah gambar2 i2..

    • fahaman Machioveeli ini sering menjadi ikutan umat islam zaman kini.fahaman yang dimaksudkan ialah matlamat menghalalkan cara.jadi,sebagai umat islam,berfikirlah sebelum melakukan apa pun.jangan berpegang kepada prinsip MAch,kerana matlamat kita tak pernah menghalalkan cara..

    • fahaman Machioveeli ini sering menjadi ikutan umat islam zaman kini.fahaman yang dimaksudkan ialah matlamat menghalalkan cara.jadi,sebagai umat islam,berfikirlah sebelum melakukan apa pun.jangan berpegang kepada prinsip MAch,kerana matlamat kita tak pernah menghalalkan cara..

  2. salam.
    thanks perkongsian.
    trnyatalh wanita sukar lari drpd mnimbulkn fitnah.
    slalunya kita igtkn if sdah btudung liput, maka sdah trhndar dr fitnah,
    ttapi tmbul pula hal lain yg mnjurus ke arah trsbut.
    may ALLAH bless u.

  3. pada mulanya saya langsung tidak tahu menahu tentang perkara sebegini, tapi lepas tengok iman fuad letak gambar waktu dia kecik di fb n tanya sama ada dibenarkan atau tidak, baru saya faham. dan trimas kerana bagi maklumat yang lebih complicated dari maklumat yang disampaikan oleh iman…..

      • salam,aida… menurut pembacaan saya(sebelum tu sori kalau saya tersilap), dibolehkan kita letak gambar kita waktu kecik. sebab ada …(saya tak pasti siapa yang mengatakannya)., orang dewasa dah tak boleh tengok aurat seorang kanak kanak jika umurnya sudah mencecah 7 tahun, jadi kalau gambar yang bawah dari 7 tahun tu insyaallah dibolehkan, wallahua’lam….

  4. sy ingin mendalami islam………selama saya stdy saya dah mule sesat kejalan yg salah…….x da sape pun yg mmbendung saya..saya terikut kawan2 yg sosial….dan sekarang saya nak kembali kejalannya tapi saya tak mampu nak lakukannya seowang diri….kawan2 bolehkan tolong ina……ina x nak hidup ina dipenuhi dengan dosa…….

  5. Assalam..
    Sy apa hukum kita edit gambar wanita betudung kpd tdk bertudung dgn rambut org lain..ada ke itu dikira haram atau sebaliknya..sbb bukan aurat dirinya yg sebenar..tujuan edit hnya sekadar utk berjenaka dgn kwn2..dan yg empunya gmbr pun xkisah sbb bukan auratnya yg sebenar.

    • Matlamat tidak menghalalkan cara.
      🙂

      fikirkan persoalan ini.
      1) anda edit dan anda tunjukkan kpd teman2 lain. rambut orang lain, tidakkah ia dikira berdosa atas dasar mengaibkan org lain?
      2) bagaimana jika satu hari nanti, gambar itu tiba2 jatuh ke tangan orang lain. Tidakkah ia boleh menimbulkan fitnah terhadap teeman anda?

      bagaimana?

  6. boleh kah sesuatu penyakit spt pnyakit puan dipaparkan yg bertujuan utk memberi kesedaran kpd kaum wanita ttg sesuatu penyakit itu yg mana ianya memberi pengetahuan yg cukup hebat tnpa ada niat utk mengaibkan sesiapa. dan gambar tersebut diambil dari internet dan dipaparkan bersesuaian dgn panyakit yg hendak diterangkan.

  7. then klu melalui surat khabar,magazine etc tu apa crita? even ustazah, penceramah pon ada..and any guy boleh usha gmbar tu selama mungkin..are u suggesting majalah mcm anis tu jgn letak gmbar asal and ganti dgn kartun?

Tinggalkan komen