Berbicaralah dengan senyuman

Bismillah..

HUh.penatnya..!!

seharian aku melayan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan TAnjung Datuk dan Sekolah Menengah KEbangsaan Adela.Penat la..Berpeluh-peluh aku masa nak main-main game spontan ngan diorang.Yang aku respek ngan diorang ni ialah diorang ni sporting.huhu..

Habis saja sesi berkenalan ngan fasi.Maka para fasi pun diberi tugasan untuk membawa student-student ni a.k.a bakal adik kami menjelajah sekitar KPM ni.

Aku bawa student-student ni pusing satu kolej.penat tapi berbaloi..

Akhirnya,apa yang nak bicarakan hari ni bukanlah tentang aku membawa adik-adik ni melawat KPM,tapi yang aku nak kongsikan ialah apabila berbicara,jadilah seikhlas mungkin.kerana keikhlasan itu dinilai pada senyuman.bukan senyuman kucing2..

samalah jugak apabila kita nak berdakwah dengan sesama manusia.Mengapa kita tak hulurkan senyuman dulu.Barulah kita sampaikan dakwah kita.

Contohnya,dalam satu situasi..

Kita nak tegur cara berpakaian siswa mahupun siswi.Kita mulakan dengan senyuman,kita tegur baik-baik.

“Dik,kenapa pakai pakaian yang tak ikut syariat islam.Kan Allah dah larang dan Allah bagi pesanan khas buat kaum wanita dalam surah Annur,ayat ke 31.yang mengarahkan wanita agar memelihara auratnya daripada diperhatikan oleh yang bukan mahram.”

Macam tu la lebih kurang.Sebab tu la pendakwah kontemporari kini berdakwah secara berhikmah.Jadi,kesilapan yang dilakukan oleh pendakwah masa kini ialah berdakwah dengan kekerasan.

~~~~Berlembutlah..

Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya lebih dari  dirinya sendiri.

Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s