BMSC : Berusaha Cari Jalan


Bayangkan satu hari, anda mahu menuju ke satu destinasi yang sangat penting.

Untuk tiba ke destinasi itu, anda perlu melalui satu jalan, dan setibanya anda di sana, anda mendapati bahawa jalan itu telah pun ditutup.

Siap ada papan tanda, “Jalan Ditutup”

RoadClosed16

Kalau jalan itu ditutup, takpa lagi. Boleh cari jalan lain. Tapi kalau jalan menuju syurga dah ditutup, camne?

Maka, apakah tindakan anda ketika itu?

Adakah anda akan berpatah balik, cari jalan lain Atau anda langgar je papan tanda itu?

Walau apapun yang berlaku, usaha usaha usaha cari jalan sampai tiba ke destinasi tu.

Quote ni Best.

Ketika saya belajar di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, saya telah bertemu dengan satu kata pujangga yang telah mengubah cara fikir saya dalam mencari solusi.

Apa itu?

“If plan A didn’t work, the alphabet has 25 more letters! Stay cool!

Betul! Sekiranya pelan A tidak menjadi, kita ada banyak lagi pelan yang boleh dirancang untuk menjayakannya!

Dan paling penting, setiap masalah, pasti ada penyelesaiannya.

Tidak ada duit. Duit boleh dicari. Boleh pinjam, boleh kerja part time, boleh buat jualan preloved item, boleh buat dropship.

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

Tidak ada ilmu? Ilmu boleh dicari. Boleh google, boleh tanya mereka yang lebih arif, boleh baca buku, boleh berguru.

Setiap masalah, pasti ada penyelesaian. Setiap penyelesaian itu bermula dengan saya.

Saya yang berusaha mencari jalan!

Syafiq Aizat Mahamad Fuad
Kachak Itu Membacha!


Artikel ini merupakan petikan daripada buku Berfikir Macam Seorang Champion. Dapatkan di pasaran. Klik link berikut : 0173210218

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

OY : Langkah Saya dalam Dunia Fasilitator


Saya dilantik sebagai fasilitator pada usia 16 tahun, apabila kami selaku barisan kepimpinan pengawas asrama SMK Mahsuri diminta untuk mengendalikan program orientasi pelajar asrama pada tahun 2008.

Pada waktu itu, kami dididik dengan asas kaunseling oleh kaunselor sekolah. Dengan asas kaunseling yang dipelajari, kami bersungguh sungguh melakukan yang terbaik untuk menjayakan program tersebut.

Kemudiannya, saya berumur 18 tahun apabila dilantik sebagai fasilitator untuk mengendalikan program Minggu Haluan Siswa di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.

 

Muda?

Mungkin juga, namun adik saya Mohamad Aiman telah pun menjadi fasilitator pada umur 15 tahun. Lebih muda daripada saya!

Jangan terkejut, jika saya katakan ada di antara barisan fasilitator yang saya kenali, mereka telah menjadi fasilitator pada umur 14 tahun.

Tentulah, dalam fikiran saya, “Bagaimana mereka boleh menjadi fasilitator pada usia semuda itu?”

Pasti anda juga begitu kan?

Perasaan cemburu mulai bertapak dalam hati. Cemburu kerana mereka diberi peluang dan ruang pada usia semuda itu. Serius, saya mencemburi mereka ini. Cemburu yang amat!

Menjejak langkah

Ramai orang bertanya saya, bagaimana caranya untuk menjadi seorang fasilitator?

Ini berikutan majoriti umum menganggap bahawa kerjaya sebagai seorang fasilitator bukanlah kerjaya yang mudah.

Ini kerjaya seorang profesional. Persepsi ini timbul apabila melihat barisan fasilitator terdiri daripada mereka yang

`

mempunyai keyakinan diri yang tinggi, selain petah berkata- kata untuk mempengaruhi audiens.

Maka, mereka beranggapan bahawa untuk menjadi seorang fasilitator, seseorang individu itu perlu melalui pelbagai ujian yang ‘ketat dan berbahaya’ sebelum diluluskan untuk menjadi fasilitator.

Seseorang individu itu perlu menjalani beberapa siri latihan, sebelum diiktiraf sebagai fasilitator yang bertauliah secara rasminya Sedangkan, untuk menjadi seorang fasilitator amatlah mudah.

Ianya semudah anda mengira 1, 2, 3, dan 4!

  1. Isi borang fasilitator atau hantar resume anda kepada syarikat perunding motivasi.
  2. Anda akan ditemuduga dan diuji dari aspek mental dan fizikal.
  3. Anda akan diberi latihan persediaan samada teori mahupun praktikal dan anda bersedia menjadi fasilitator!
  4. Latihan terus menerus akan diberikan untuk menambahbaik setiap kelemahan dari masa ke semasa.

Nah, nampak mudah kan? Sesiapa sahaja boleh menjadi fasilitator. Bahkan, anda juga boleh!

 

Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap program pembangunan kemahiran insaniah, khidmat fasilitator amatlah diperlukan dalam bidang ini. Khidmat fasilitator yang saya maksudkan adalah khidmat seorang fasilitator yang berkualiti.

Persoalannya yang perlu kita huraikan bersama adalah,

Apakah maknanya seorang fasilitator yang berkualiti?
Adakah semua orang mampu menjadi fasilitator yang berkualiti?
Bagaimanakah caranya untuk menjadi fasilitator yang berkualiti?

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

Memulakan langkah

Sebelum anda meneruskan bacaan anda untuk menjadi fasilitator, tanyakan soalan ini pada diri anda. Kenapa aku ingin menjadi fasilitator?

Kenapa perlu tanya diri sendiri?

Setiap tindakan akan dipengaruhi oleh satu sumber yang memotivasikan diri untuk menggerakkan minda, hati dan jasad kita untuk melakukan sesuatu.

Saya ambil analogi mudah. Bayangkan sebuah kereta Ferrari berwarna merah dipandu laju oleh pemiliknya menuju ke destinasi, maka begitulah juga setiap tindakan pastinya dipengaruhi oleh sesuatu faktor untuk memotivasikan kita.

`

Samada faktor itu adalah faktor dalaman atau faktor luaran, ia akan menjadi kekuatan untuk kita terus bergerak ke hadapan.

Soalan ini, tanyakan pada diri anda.

Kenapakah aku ingin menjadi fasilitator?

Apakah yang terlintas di fikiran anda?

Pengalaman? Keyakinan diri? Menambahkan kenalan? Kemahiran pengucapan awam? Atau mungkin, duit?

Ramai fasilitator yang saya temui, saya akan ajukan soalan ini kepada mereka. Antara jawapan yang saya terima ialah ;

“Saya nak kumpulkan pengalaman, dan mungkin tubuhkan syarikat konsultan motivasi saya sendiri dengan kawan- kawan yang lain.”

“Saya nak tingkatkan self confident, dan share ilmu yang saya ada. Sebab saya bermula daripada zero, dan saya nak bagitahu seluruh dunia bahawa semua orang mampu menjadi hero, seperti yang saya lakukan!”

“Saya pun tak pasti kenapa, tapi saya nampak jadi fasilitator ni macam best je! Sebab orang akan pandang tinggi pada fasilitator kan?”

 

“Saya mahu berkongsi ilmu yang saya ada, agar mereka menjadi orang yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara. ”

“Saya nak meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berucap di khalayak.”

Adakah anda merasakan jawapan anda seakan-akan jawapan di atas? Tahniah, anda adalah seorang yang normal!

Sahabat saya, Abu Ubaidah pernah bertanyakan soalan yang sama ketika saya menjadi fasilitator di program Jati Diri dan Kesukarelawanan (JDK) di Kuala Kangsar, Perak.

Saya menjawab soalan itu dengan spontan. Laju perkataan itu keluar dari mulut saya.

Jawapan itu ialah duit.

Ya, lidah saya mengatakan bahawa tujuan saya menjadi fasilitator adalah kerana duit. Sebabnya, saya menyedari bahawa kerjaya seorang fasilitator adalah kerjaya profesional.

Seorang Profesional Learning Fasilitator mampu menjana pendapatan empat angka hanya dalam masa seminggu!

Jawapan itu membuatkan saya duduk termenung sendirian. Saya berfikir.

Adakah matlamat saya menjadi fasilitator hanya kerana duit?

`

Tidak!

Maka, apakah yang membuatkan jasad dan akal fikiran saya terus melangkah di dalam dunia pembangunan sumber manusia ini?

Life Purpose!

Saya ingat, satu masa dulu, bila tiba cuti sekolah mahupun cuti semester, saya jadi sangat teruja. Teruja kerana cuti sekolah yang akan datang adalah peluang untuk saya melakukan sesuatu yang akan membuatkan saya puas.

Di kala cuti semester, ada orang akan merancang perjalanan merehatkan diri di pusat peranginan. Ada orang merancang untuk bekerja sampingan demi menjana pendapatan.

Mungkin ada yang hanya mahu tidur sahaja di rumah tanpa mahu diganggu. Mereka gelarkan ini proses hibernasi.

Berbeza dengan saya. Musim cuti semester adalah waktu saya paling sibuk. Saya sibuk ke sana dan ke sini mempromosikan program Kem Smart Soleh anjuran Belia Islam Al Fateh selama tiga hari dua malam dengan yuran semurah RM25 sahaja.

Paling murah?

Dua puluh lima ringgit untuk program selama tiga hari dan dua malam, tanpa sebarang tajaan. Hanya sumbangan daripada orang awam. Itu pun seratus dua.

Bahkan disebabkan yurannya seminima mungkin, kadang saya terpaksa pula mengeluarkan duit poket sendiri untuk menampung segala perbelanjaan program.

Kadang-kadang ayah meleteri saya. Katanya, saya seorang bersusah payah, berpenat lelah tetapi tidak ada bayaran yang setimpal untuk usaha saya. Kerja saya percuma sahaja. Tidak ada bayaran tinggi melangit.

Saat itu, saya sedar bahawa saya melakukan semua ini untuk sebuah kepuasan. Saya puas dan gembira.

Kepuasan ini lebih berharga daripada semua bayaran yang saya pernah terima!

Penutup

Sebagai penutup, saya ingin kongsikan petikan surah Ali Imran. Ayat ini antara motivasi untuk saya terus melangkah di dalam arena fasilitator ini.

Terjemahannya seperti berikut,

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ” (Ali Imran : 110)

Dan sungguh, saya sangatlah gembira sekiranya saya menjadi antara individu yang menggerakkan orang lain menuju perubahan menjadi lebih baik.

Mahukah anda bersama-sama saya melangkah di dalam dunia kejurulatihan sumber manusia ini? Mahukah anda melihat perubahan?

Ayuh, kita kumpulkan kekuatan bersama-sama. Kita gerakkan perubahan!

Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, “Ertikan hidupmu dengan memberi!”

Catatan – Setelah Aku Menikahimu :: Fokus Belajar


10930_848752588470672_9182747348394046415_n

Saya masih ingat, ketika dalam perjalanan ke Serdang, bersama dengan salah seorang sahabat saya yang kacak. Syazwan namanya. Kami  merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Kelantan yang lebih selesa dipanggil dengan nama Iwe memandu keretanya dengan tenang, sambil saya setia menemani beliau di sebelah.

Sebagai co-pilot yang berpengalaman, saya membantu dengan menjadi teman berbual.

Yelah, takkan lah saya mahu kendalikan gear, kemudian Iwe kendalikan steering?

Nanti jadi gila pula kereta itu. Silap hari bulan, kami boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya, yang sudah tentu kami pun tak mahu.

Kami berbual tentang pelajaran, perancangan kerjaya dan juga masa depan.

“Hang bila nak kahwin?” Iwe bertanya.

Soalan cepumas diajukan. Soalan ini bagaikan soalan wajib setiap kali kami bertemu.

“Kalau ikutkan hati ni, nak je aku kahwin esok jugak. Tapi si dia tak nak kahwin lagi. Lagipun, duit tengah takde bro.” Saya menjawab sambil tersengih.

Dia mengangguk.

“Hang pulak macam mana?” Giliran saya pula bertanya.

“Aku taknak kahwin lagi sebab nak fokuskan kerjaya dulu. Mungkin lagi lima tahun baru kahwin kot.” Iwe menjawab.

“Hang dah ada awek?” Saya bertanya lagi.

“Haha! Aku mana layan awek ni.” Iwe ketawa besar. Saya hanya tersengih. Suasana jadi diam seketika.

Iwe kembali fokus memandu. Sementara saya memerhati kereta yang turut sama memenuhi jalan raya di Kuala Lumpur ini.

“Dulu ada orang ajak aku kahwin. Dia cantik, daripada keturunan baik baik. Kerja cikgu.” Iwe tiba tiba bersuara.

“Dia ajak hang kahwin? Pergh, dahsyat tu!” Balas saya semacam kagum. Sudah tentu saya kagum. Saya tidak pernah merasai pengalaman dilamar oleh seorang gadis.

“Kemudian?”

“Dia kena posting ke Sarawak, tapi dia taknak. Kalau dia kahwin, dia mungkin posting di semenanjung je. Dia ajak aku kahwin tahun ni jugak. Tapi aku taknak. Sebab aku nak fokus belajar dulu.” Iwe bercerita.

“Kemudian? Dia tunggu hang ke?” Saya terus bertanya lagi. Tiba tiba, perasaan ingin tahu meningkat 200 peratus.

“Eh, taklah. Dia dah kahwin dengan orang lain.” Balas Iwe. Nada suaranya berubah. Mungkin sedih.

“Alah, hang janganlah sedih.” Saya memujuk.

“Eh, takdelah. Tak sedih pun. Dah jodoh dia dengan lelaki tu.” Iwe membalas.

“Mesti Allah nak jodohkan hang dengan seseorang yang lebih baik.” Kata saya untuk menyedapkan perasaan.

Iwe mengangguk, sambil terus memberikan perhatian kepada pemanduan.

Saya diam. Tidak mahu bertanya lanjut, walaupun di dalam hati seribu macam perasaan.

Teruja. Gembira. Sedih. Kecewa.

Saya teruja dan gembira kerana sahabat saya ini dipinang oleh seorang gadis.

Saya sedih dan kecewa kerana dia menolak pinangan gadis tersebut.

Sungguh, Allah SWT memang akan jodohkan Iwe dengan perempuan yang lebih baik!

Dan perempuan itu pun, telah Allah tetapkan pada seorang lelaki yang lebih baik!

Bukankah Allah lebih tahu daripada apa yang kita tahu?

Dan sungguh, perancangan Allah yang paling baik.