Catatan – Setelah Aku Menikahimu :: Fokus Belajar


10930_848752588470672_9182747348394046415_n

Saya masih ingat, ketika dalam perjalanan ke Serdang, bersama dengan salah seorang sahabat saya yang kacak. Syazwan namanya. Kami  merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Kelantan yang lebih selesa dipanggil dengan nama Iwe memandu keretanya dengan tenang, sambil saya setia menemani beliau di sebelah.

Sebagai co-pilot yang berpengalaman, saya membantu dengan menjadi teman berbual.

Yelah, takkan lah saya mahu kendalikan gear, kemudian Iwe kendalikan steering?

Nanti jadi gila pula kereta itu. Silap hari bulan, kami boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya, yang sudah tentu kami pun tak mahu.

Kami berbual tentang pelajaran, perancangan kerjaya dan juga masa depan.

“Hang bila nak kahwin?” Iwe bertanya.

Soalan cepumas diajukan. Soalan ini bagaikan soalan wajib setiap kali kami bertemu.

“Kalau ikutkan hati ni, nak je aku kahwin esok jugak. Tapi si dia tak nak kahwin lagi. Lagipun, duit tengah takde bro.” Saya menjawab sambil tersengih.

Dia mengangguk.

“Hang pulak macam mana?” Giliran saya pula bertanya.

“Aku taknak kahwin lagi sebab nak fokuskan kerjaya dulu. Mungkin lagi lima tahun baru kahwin kot.” Iwe menjawab.

“Hang dah ada awek?” Saya bertanya lagi.

“Haha! Aku mana layan awek ni.” Iwe ketawa besar. Saya hanya tersengih. Suasana jadi diam seketika.

Iwe kembali fokus memandu. Sementara saya memerhati kereta yang turut sama memenuhi jalan raya di Kuala Lumpur ini.

“Dulu ada orang ajak aku kahwin. Dia cantik, daripada keturunan baik baik. Kerja cikgu.” Iwe tiba tiba bersuara.

“Dia ajak hang kahwin? Pergh, dahsyat tu!” Balas saya semacam kagum. Sudah tentu saya kagum. Saya tidak pernah merasai pengalaman dilamar oleh seorang gadis.

“Kemudian?”

“Dia kena posting ke Sarawak, tapi dia taknak. Kalau dia kahwin, dia mungkin posting di semenanjung je. Dia ajak aku kahwin tahun ni jugak. Tapi aku taknak. Sebab aku nak fokus belajar dulu.” Iwe bercerita.

“Kemudian? Dia tunggu hang ke?” Saya terus bertanya lagi. Tiba tiba, perasaan ingin tahu meningkat 200 peratus.

“Eh, taklah. Dia dah kahwin dengan orang lain.” Balas Iwe. Nada suaranya berubah. Mungkin sedih.

“Alah, hang janganlah sedih.” Saya memujuk.

“Eh, takdelah. Tak sedih pun. Dah jodoh dia dengan lelaki tu.” Iwe membalas.

“Mesti Allah nak jodohkan hang dengan seseorang yang lebih baik.” Kata saya untuk menyedapkan perasaan.

Iwe mengangguk, sambil terus memberikan perhatian kepada pemanduan.

Saya diam. Tidak mahu bertanya lanjut, walaupun di dalam hati seribu macam perasaan.

Teruja. Gembira. Sedih. Kecewa.

Saya teruja dan gembira kerana sahabat saya ini dipinang oleh seorang gadis.

Saya sedih dan kecewa kerana dia menolak pinangan gadis tersebut.

Sungguh, Allah SWT memang akan jodohkan Iwe dengan perempuan yang lebih baik!

Dan perempuan itu pun, telah Allah tetapkan pada seorang lelaki yang lebih baik!

Bukankah Allah lebih tahu daripada apa yang kita tahu?

Dan sungguh, perancangan Allah yang paling baik.

Advertisements

Catatan – Setelah Aku Menikahimu :: Nekad atau Tekad?


Catatan – Setelah Aku Menikahimu

Saya diberi peluang untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ciri – ciri Unggul Anak Soleh Zaman Moden’ kepada peserta Kem Motivasi Remaja di Masjid Salehuddin Al Ayubbi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Program Kem Motivasi Remaja yang dianjurkan oleh Masjid Salehuddin Al Ayubbi dengan kerjasama Famili Mithali Consultancy itu berlangsung selama tiga hari dua malam, dan dibantu dengan tenaga fasilitator daripada UIAM, UniKL, dan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics.

Seusai ceramah, saya dijemput untuk menikmati juadah tengah hari bersama dengan Kem Komandan Program, iaitu saudara Umar Hanif. Turut bersama kami menikmati juadah tengah hari itu, adalah saudara Zulfanni dan juga Khairol Amri.

Mereka saling berbual sambil menikmati juadah tengah hari itu, sambil saya pula hanya mendiamkan diri.

“Ana masih ingat, dua tahun dulu enta pernah cakap bahawa seseorang yang mahu menikah perlu bertekad daripada bernekad.” Kata Umar kepada Zulfanni.

“Eh, ye ke? Ana pun dah tak ingat. Bila ana cakap ya?” Balas Zulfanni.

Telinga saya kembali fokus, mahu menangkap setiap butir perbualan. Mana tahu boleh dijadikan panduan untuk saya yang belum menikah.

“Alaaah, enta pernah cakap sebelum enta walimah dulu. Ana ingat lagi.” Balas Umar.

“Opss. Apa maksudnya nekad dengan tekad tu? Kongsilah sikit.” Saya pula mencelah. Tidak sabar mahu tahu beza kedua perkataan tersebut.

Sementara Khairol Amri pula diam menunggu hasil perbualan kami.

“Nekad ni, macam kita telah berniat untuk menjadikan seseorang sebagai isteri kita. Contohnya, enta lihat seorang muslimah. Disebabkan enta dapati bahawa muslimah tersebut ada ciri ciri seorang wanita yang enta inginkan, maka enta berkenan nak jadikan dia sebagai isteri enta yang sah. Dalam hati, enta benar benar mahu dia sebagai suri dan penyeri di hati enta. Enta nekad mahu dia sungguh-sungguh sebagai isteri enta walaupun terpaksa menunggu lima tahun sekalipun.” Umar menerangkan dengan panjang lebar.

Saya mengangguk faham.

“Oh, kalau tekad pulak?” Soalan terus diajukan.

“Kalau tekad ni, enta dah berkenan pada seorang muslimah, dan enta lakukan pelbagai perkara supaya apa yang enta hajatkan menjadi kenyataan. Misalnya, enta berkenan pada seorang muslimah dan enta terus berusaha untuk berjumpa dengan keluarga dia, kemudian kumpulkan kekuatan kewangan untuk menikah dengan dia. ” Umar menerangkan.

Saya mengangguk faham.

Nekad dan tekad. Pada pandangan anda, mana yang lebih penting?

Adakah tekad ini lebih patut didahulukan daripada nekad, atau ia sebaliknya?

Bernekad atau bertekad untuk menikah?

Pada usia 24 tahun, sudah ramai teman sebaya saya yang melangsungkan perkahwinan mereka. Saya paling gembira mendengar berita ini, dan kalaupun saya tidak berkesempatan menghadiri majlis kenduri kahwin mereka, pasti saya akan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Saya lihat, mereka yang mahu berkahwin ini, usaha mereka berkali kali ganda banyaknya dibandingkan dengan mereka tidak serius mahu berkahwin.

Misalnya, ada yang gigih bekerja siang dan malam untuk mengukuhkan kekuatan kewangan untuk berkahwin. Ada yang sudah melakukan persiapan dengan membeli rumah untuk diduduki bersama pasangan selepas berkahwin nanti.  Ada pula yang berusaha melakukan sebanyak mungkin kerja overtime supaya ada lebihan gaji nanti. Bahkan, sampai ada yang sanggup melakukan tiga kerja dalam satu masa!

Mereka juga sudah mula kurangkan aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada mereka secara keseluruhannya. Misalnya, mereka sudah jarang menonton wayang, mahupun makan di restoran. Mereka akan berjimat sehabis baik, kerana mereka sedar kedudukan kewangan perlu dikukuhkan sebelum dan selepas bernikah. Tanggungjawab yang besar bakal dipikul selepas menjejak ke alam rumah tangga.

Pendek kata, seseorang yang telah bertekad ingin mendirikan rumah tangga, dia akan melakukan sedaya upaya beliau untuk mencapai hasrat hatinya.

Saya kagum dengan beberapa orang teman saya yang telah melangsungkan perkahwinan di usia muda ini. Saya lihat, mereka memang punya usaha supaya hubungan yang terbina, kekal terjalin di jalan yang halal dan diredhai Allah SWT.

Sementara saya masih lagi menulis dan menulis, sambil mengumpulkan kekuatan untuk melengkapkan angan angan indah perkahwinan saya, bersama dengan dia yang entah saya belum pasti.

Cewah. Ayat pasrah pula!

Nekad dan tekad, yang manakah yang paling penting?

Pada pandangan saya, nekad dan tekad, keduanya perlu seiring.

Sekiranya hanya bernekad, tetapi tidak bertekad, jadilah ia musim penantian cinta yang tidak berpenghujung.

Bagaimana dengan anda? Sekadar bernekad sahaja?

Atau anda sudah bernekad untuk bertekad sepenuh masa?

Ciri Ciri Seorang Fasilitator yang Awesome!


Assalamualaikum wbt.

Sejak baru pulang daripada Kuala Lumpur dan memulakan proses hibernasi diri di rumah. Saya semakin rajin untuk menulis artikel di laman ini.

Sudah sekian lamanya laman ini bersawang, berhabuk dan banyak spam mesej yang mahu merosakkan laman ini, saya usaha sedaya upaya mempertahankannya daripada terus terbiar. Chewaaah!

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

Barisan fasilitator untuk Minggu Haluan Siswa di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar bagi sesi 2010.

Seingatnya, saya mula menjadi fasilitator pada umur 18 tahun. Sudah tentulah, sebenarnya pada umur saya 16 tahun apabila saya dilantik menjadi fasilitator untuk program orientasi pelajar asrama di SMK Mahsuri. Waktu tu, saya adalah salah seorang Exco Kebajikan yang bertugas menjaga dan merawati pelajar asrama yang kesakitan mahupun yang ingin ponteng sekolah. Woahoo!

Apakah ciri ciri yang perlu ada pada seorang fasilitator yang berkualiti?

Kalau nak ciri-ciri, berteori bagai, maka berikut adalah ciri cirinya.

1. Seorang yang fleksibel

Menjadi seorang yang fleksibel bermaksud mobiliti dengan semua tugasan yang diberikan samada dalam aspek mengendalikan slot, mengendalikan kumpulan kecil atau besar, menyedia-urus keperluan teknikal program dan sebagainya.

Ia juga bermaksud seseorang fasilitator yang fleksibel memahami gerak kerja fasilitator yang lain secara umumnya. Contoh, Fasilitator A sedang berada di luar, menguruskan peserta yang keracunan makanan, maka fasilitator B akan memainkan peranan menggantikan ketiadaan fasilitator A dengan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

2. Sedia belajar dan berkongsi

Menjadi seorang fasilitator perlu sedia untuk belajar perkara baharu dan berkongsi ilmunya dengan orang yang lain. Well, maksud belajar adalah belajar. Bukan copy paste modul orang lain, kemudian pengisian ke laut.

Saya teringat suatu masa dahulu, saya juga kaki copy paste modul orang lain. Akhirnya pengisian ke laut. Sehingga akhirnya saya belajar untuk menambahbaik modul sendiri dengan proses pembelajaran Neuro Linguistic Programming, Professional Learning Facilitator dan sharing daripada sukarelawan senior YATIM yang lain, maka modul saya bertambahbaik. Nak bukti?

Sila lakukan carian Modul Motivasi : Terbanglah Jauh!

Ini adalah satu-satunya artikel yang saya kongsikan di dalam laman ini dan anda yang membacanya seolah olah akan merasakan bahawa anda sedang berada di dalam program saya.

Saya geram + berbulu + panas hati bila ada orang yang duduk di dalam program saya, dan kemudian cuba cuba nak copy paste modul yang saya gunakan.

“Der, jangan copy paste. Datang dan duduk belajar. Tapi nak belajar kena lah ada adab. ”

“Apa adabnya?”

“Sila google adab nak belajar. Jangan google adab untuk copy paste!” Ketawa saya puas puas.

Modul yang saya praktiskan sekarang adalah kombinasi modul TC!, WU!, AF, dan OSS.

Nak tahu maksud singkatan tersebut, sila piyem saya di facebook.

Ada orang mungkin berkata, “Eleh, nak bagi modul. Bagi jelah slide dan video semua..”

Ini jawapan saya, “Kalau aku bagi slide aku pun, korang boleh present ke?”

Sebab itu, datang dan belajar. Bukan copy-paste.

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

Barisan Sukarelawan YATIM 2014, di program Aspirasi Minda, Pusat Alang Sedayu, Gombak.

3.  Mempunyai skil komunikasi yang superb!

Untuk menjadi seorang fasilitator yang awesome, kita perlu mempunyai skil komunikasi yang superb. Takpayahlah sampai level superman, cukuplah skil komunikasi yang membuat orang lain senang dengan kita.

Di dalam program Awesome Facilitator!, anda akan belajar enam teknik untuk membuatkan orang lain suka terhadap kita dengan sangat cepat. Opss, terlupa pulak nak perkenalkan modul ni.

Awesome Facilitator! adalah sebuah modul kendalian Al Faruq Academy yang memfokuskan ciri – ciri terbaik yang perlu ada pada seorang fasilitator, ahli PRS, ahli Nuqaba dan ahli BADAR dan juga daie secara keseluruhannya.

Opss. Terpromote pulak.

Cukuplah tiga ciri fasilitator dahulu sebagai mukadimah. Nanti saya akan share lagi Ciri -ciri seorang fasilitator yang Awesome! dalam artikel yang kedua.

Eh, kedekutnya mamat Syafiq ni!

Beb, kalau yang tiga ini pun kau belum power, jangan cerita lah yang lagi enam!

Learn it!
Do it!
Live it!
Improve and Be Better!

# Nota : Dukacitanya dimaklumkan bahawa e-buku OH YEAH! Sebenarnya Saya Seorang Fasilitator! telah dihentikan jualannya untuk memberi fokus kepada penerbitan dengan lebih serius.