Hukum Berukhuwah

SAM_1332

Taaruf, sangatlah penting sebelum menjalinkan ikatan ukhuwah.

Bagi yang taktahu menatang apakah ‘ukhuwah’  itu, harus diingatkan bahawa ukhuwah bukanlah macam biskut Chipsmore, kejap ada, kejap takda.

Ukhuwah sangatlah penting, tambah pula demi meningkatkan nilai persaudaraan itu sendiri.

Macam pepatah melayu yang femes, selalu digunakan sebagai mukadimah untuk mengurat.

“Tak kenal maka tak cinta. Kalau nak bercinta, maka kenalah kenal kenalan dulu.”

Ceh, taktik zaman sekolah rendah.

Hukum Berukhuwah______________________

Hukum berukhuwah ada tiga, iaitu taaruf, tafahum, dan takaful.

Tanpa salah satu cabang hukum ini, ukhuwah itu tidak akan lengkap. Ini serius. Haaa, tak percaya?

Baru – baru ni saya berkesempatan menghadiri program induksi Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa UniKL di El Azhar Camp, Morib.

Sepanjang program itu, kami tidak berkesempatan untuk bertaaruf, lantaran jadual program yang terlampau padat.

Sejak dari hari pertama, kami terus disediakan dengan perancangan induksi, dan berkumpul di dalam portfolio masing masing. Berkumpul untuk berbincang mengenai program yang akan dilaksanakan oleh barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa UniKL.

Tamat perbincangan, kami dikerah merentasi selat selut di hutan paya bakau, yang terletak di belakang El Azhar Camp itu sendiri.

Langsung tak sempat nak taaruf. Hadui.

Malam pertama berprogram, ditamatkan dengan saya hanya mengenali teman sejawatan, kerana kami pernah bertaaruf di program sebelumnya.

Malam kedua berprogram, usai solat Maghrib. Saya sengaja duduk sendirian, menanti orang sebelah habis solat. Sengaja tunggu, sebab niat di hati nak berkenalan.

Chewaah! Berkenalan! Haha.

Dia bagi ja salam. Gua terus tegur wa cakap lu. Tak bagi peluang untuk dia bangun, menggerakkan kaki untuk balik ke bilik.

Daripada dua orang, berkembang biak menjadi tiga orang dan empat orang.

Dan saya masih lagi dalam dilema, disebabkan masih belum dapat mengingati nama – nama yang duduk dalam perbincangan. Empat orang semuanya.

Empat orang, berkembang biak menjadi lima. Dan ini menambahkan lagi kekusutan di kepala.

Tak kenal lagi mereka ini!

Maka saya memberanikan diri, nak berkenalan kenalah bertaaruf. chewaah!

*feel like a hero!

“Assalamualaikum, rasanya ramai di antara kita yang belum kenal sesama kita. Moleklah kiranya kalau kita buat sikit sesi taaruf.” Kataku sambil diselangi sifat malu malu kucing.

Maka kami pun memulakan sesi taaruf. Daripada lima orang berbulatan gembira, ia berkembang biak, sedikit demi sedikit. Sehingga akhirnya bulatan gumbira itu memiliki ahli lebih kurang 20 orang.

Satu pencapaian yang sangat menarik.

Dan sesi taaruf itu kami corakkan dengan aktiviti yang meningkatkan sedikit suasana meriah di kalangan kami.

Kami bermain permainan Bila angin bertiup. Dan sesekali terdengar gelak tawa antara kami. Yang masih terkial kial cuba mengingati nama ahli bulatan bergumbira itu.

Tengah best main game bila angin bertiup,  tiba tiba pak cik muazzin minta kebenaran nak azan isyak. Dan serius, aku sangat kecewa sebab tak dapat nak taaruf sampai kami semua menjadi muslim yang osem.

Sesi taaruf kami ditamatkan apabila azan isyak dialunkan.

Taaruf oh taaruf.

Kami baharu sahaja melepasi salah satu hukum ukhuwah, iaitu taaruf.

Masih jauh perjalanan kami, melengkapi cabang kedua, tafahum dan takaful.

3 thoughts on “Hukum Berukhuwah

  1. Assalamualaikum… Salam taa’ruf daripada saya, Dzulhilman Roslan. Saya nak tanya, karya2 yg tuan hasilakn di dalam blog ‘Pemikiran Seorang Remaja’ pernah dibukukan atau pernah diterbitkan tak? Jika belum, sukalah saya untuk menawarkan satu ruangan khas untuk penulisan tuan dimuatkan ke dalam majalah Muslim Teens. Mohon direspon… Sekian, syukran. Jazaka-Allah… ^_^

    Editor Muslim Teens

    • kepadatannya amatlah tidak padat. sbb banyak cerramah dan banyak landing kat bilik. kureng masa santai dgn peserta lain. kbai. haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s