BB : Polisi Terbaik Untuk Kaki Program

InsyaAllah, saya akan cuba untuk coretkan tips dan petua terbaik dalam melaksanakan sesebuah program pembangunan nilai insan.

Setiap kali saya dijemput untuk membantu menjayakan sesuatu program, samada program pembangunan insan mahupun program ilmiah. Saya akan memaksimakan sehabis mungkin ilmu, pengalaman dan skill yang ada dalam diri saya untuk dimanfaatkan dalam program tersebut.

Empat tahun pengalaman. Dilukiskan dalam hati, untuk menyentuh hati-hati para peserta program tersebut.

Menyentuh hati mereka, adalah lebih penting dari mendera fizikal mereka.

Menyentuh hati mereka, adalah lebih penting dari meninggikan suara sekuatnya.

Namun, sebelum saya dibenarkan untuk menyentuh hati hati mereka yang terlibat sebagai peserta ini, Ada satu komponen penting, yang paling penting untuk menjayakan program ini.

Tanpa komponen ini, sesebuah program diibaratkan sebagai sebuah kereta yang lengkap dengan tayar, enjin, hard disk brake, tetapi tanpa stereng.

Organisasi yang terancang

Sesuatu program itu, ditakrifkan hanya berjaya sekiranya program tersebut mempunyai sistem organisasi yang tersusun, kemas dan teratur.

Sebelum sesebuah program ingin dilaksanakan, AJK pelaksana hendaklah dilantik,dan  harus dipastikan setiap jawatan diamanahkan kepada orang yang selayaknya dengan harapan individu tersebut akan memaksimumkan skil pada diri demi menjayakan amanah yang diserahkan kepadanya.

Perlulah dilantik siapa yang akan menjawat jawatan pengarah program, siapa timbalannya, siapa setiausaha dan barisan fasilitator program tersebut.

Secara peribadinya, saya merasakan tidak ada jawatan yang ‘besar’ dalam melaksanakan sesebuah program, kerana saya percaya setiap orang perlu memainkan peranan masing masing yang akan menjayakan program tersebut.

Namun, di alam realiti berprogram ini, AJK pelaksana ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

  • Bahagian Pengurusan Program.

Bahagian ini akan menguruskan program di belakang tabir. Individu di bahagian ini banyak terlibat dengan komputer, data dan statistik, menyediakan bahan LDK, urusan bersama VIP, dan lain-lain. Mereka yang bekerja di bahagian ini terlibat secara tidak langsung dengan para peserta.

  • Bahagian Sumber Manusia.

Bahagian sumber manusia ini lebih dikenali dengan jolokan fasilitator. Individu yang terlibat di dalam bahagian Sumber Manusia ini terlibat secara langsung terhadap golongan yang difokuskan, iaitu peserta. Barisan fasilitator yang telah dilantik ini memainkan peranan utamanya untuk menyampaikan setiap matlamat dan objektif program terhadap peserta. Kebiasaannya, mereka yang dilantik menjadi fasilitator haruslah cemerlang dalam kajian psikologi, memahami sikap dan tingkah laku manusia secara asasnya. Latihan akan diberikan kepada barisan fasilitator oleh pihak yang berkemahiran.

Meskipun berbeza portfolio secara zahirnya, namun mereka berkongsi satu matlamat yang sama, iaitu menjayakan apa jua objektif utama program tersebut.

#Dalam mood berprogram. Oh hoi hoi!

 

_________________
Syafiq Aizat
Kerana kita Abdullah
9 Dec 2012

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s