Tarbiyyah : Usaha mencapai mampu

Setiap orang mempunyai kesukaan yang berbeza. Ada yang suka mengurat perempuan, ada yang suka melancong, ada yang mencintai majlis ilmu, dan pelbagai lagi kesukaan orang yang berbeza.

Penulis sewaktu menyampaikan ceramah Belajar Efektif di SMK Megat Dewa, Jitra.

Ada dua perkara yang paling saya suka walaupun hakikatnya banyak sangat benda yang saya suka. (ketawa kuat-kuat). Antaranya :

1. Menyampaikan sesuatu perkara yang baik kepada seseorang, dengan harapan ia meningkatkan motivasi  diri seseorang.

2. Menjadi idola seseorang, dengan harapan diri saya menepati sabda Rasullullah yang bermaksud, Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya. (Riwayat Muslim)

Sebab itu, saya tidak malu untuk menawarkan diri , menyampaikan pesanan ringkas (tazkirah) kepada mana-mana pelajar sekolah atau institut yang memerlukan khidmat saya. Tujuannya hanya berasaskan dua ‘kesukaan’ saya di atas.

Namun, apabila kita sering menasihati orang lain sehinggakan kadang-kadang terlupa untuk menasihati diri sendiri.

Kerana fitrah manusia, perlukan bimbingan dan dorongan. Fitrah manusia dahagakan tarbiyyah.

Saya juga masih dahagakan tarbiyyah. Bahkan saya sangat perlukan tarbiyah. Kerana tarbiyah itu sangat penting.

Saya bawakan cerita ini untuk menyokong kenapa saya katakan tarbiyyah itu penting.

Pada suatu hari, Saidina Umar Ibnu Khatab duduk di dalam sebuah bilik bersama dengan para sahabat. Tiba-tiba Saidina Umar Ibnu Khatab bertanya

“Buatlah permintaan!”

Seorang sahabat berkata, “Aku impikan agar bilik ini dipenuhi emas dan perak, agar aku dapat belanjakannya di jalan Allah.”

Saidina Umar diam seketika. Kemudian, dia bersuara lagi, “Buatlah permintaan!”

Seorang sahabat berkata “Aku impikan agar bilik ini dipenuhi dengan berlian dan permata, agar aku dapat gunakannya di jalan Allah.”

Saidina Umar diam lagi. Kemudian dia berseru. “Buatlah permintaan!”

Para sahabat pun berkata, “Wahai Amirul Mukminin, kami tak tahu nak kata apa lagi. Apa yang engkau impikan?”

“Aku impikan agar Allah SWT penuhkan bilik dengan ini dengan pemuda seperti Abu Ubaidah Amr Ibn Al-Jarrah supaya aku dapat hantar mereka berjuang di jalan Allah..”

Manakala dalam riwayat yang lain

“Aku impikan agar Allah SWT penuhkan bilik ini dengan pemuda seperti Abu Ubaidah dan Muadz Ibn Jabal supaya aku dapat hantar mereka berjuang di jalan Allah.”

Persoalannya, apa yang ingin disampaikan oleh Saidina Umar?

SUMBER MANUSIA

Nilai sumber manusia lebih penting daripada sumber kewangan. Ianya lebih penting daripada bangunan pencakar langit yang menjadi kemegahan orang ternama. Ianya lebih penting daripada segala apa yang kita ada.

Nilai sumber manusia inilah yang menjadi kayu pengukur kejayaan sesebuah bangsa.

Bahkan apabila Rasullullah SAW wafat, Baginda tidak meninggalkan tugu atau monumen yang gagah berdiri.

Dinding Masjid Nabawi dibina daripada gumpalan tanah liat.

Lantainya adalah hamparan pasir.

Bumbungnya diperbuat daripada pelepah daun kurma. Apabila hujan, air akan menitis dan akan terkena mereka yang solat di bawahnya.

Rasullullah SAW tidak membina rangkaian perniagaan yang meluas untuk menyebarkan Islam.

Bahkan Rasullullah wafat dan langsung tidak meninggalkan catatan ilmu tentang masalah perihal orang Islam.

AL QURAN BERGERAK

Rasullullah hanya mewariskan Al Quran, bukan di dalam bentuk mushaf , dan bukan di dalam bentuk kitab tetapi Rasullullah meninggalkan Al Quran terpahat di dalam jiwa para sahabat.

Al Quran yang tertanam rapi, dihias kemas di dalam jiwa para sahabat r.a.

Itulah ‘produk’ yang dihasilkan oleh kilang tarbiyah Rasullullah.

Itulah ‘usaha’ yang diharungi Rasullullah SAW sepanjang menyampaikan peringatan dari Allah.

Dan setiap nikmat yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil penat lelah Rasullullah mentarbiyah para sahabat … Dan rembesan tarbiyah itu mengetuk pintu hati kita.

 

BERSYUKUR DALAM ERTI MAMPU

Justeru, apakah usaha yang telah kita lakukan dalam usaha menjadi pelapis generasi ‘sahabat era globalisasi’?

Mampukah kita menjadikan diri kita seperti pemuda yang diimpikan oleh Saidina Umar Ibnu Khatab?

Mampukah kita menjadikan peribadi Rasullullah, peribadi para sahabat sebagai cerminan untuk mencorak peribadi diri?

Jawapannya, kita perlu berusaha mencapai mampu.

 

 

Nota penulis :

Pengertian tarbiyyah itu amatlah berbeza menurut pandangan majazi manusia, walaupun hakikatnya ia menuju satu matlamat yang sama. Keredhaan Allah.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s