Al An’Am : 123

Danniel Chaviv berjalan tergesa-gesa. Langkahnya laju, maju dan teratur. Matanya meliar mencari kelibat seorang pemuda. Sungguh, Danniel amat membenci sikap pemuda itu. Pemuda kulit hitam ini terus melangkah dan terus melangkah.

Di satu sudut kafetaria itu, kelihatan seorang pemuda asia duduk sambil menikmati secawan teh panas. Danniel Chaviv segera mampir dekat dengan pemuda itu. Dia berdiri betul-betul di hadapan pemuda itu.

“Aku tidak tahu apa masalah engkau, tetapi jelas sekali bahawa engkau membenci orang Yahudi.”  Danniel tegas bersuara.

Syafiq tersentak. Segenap kedamaian alam yang sedang dinikmati bagaikan disentap kasar. Terus ditutupnya buku Palestin Kami Datang tulisan Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi.

“Bilakah aku mengatakan sedemikian?” Wajah pemuda melayu itu kehairanan.

“Bukankah jelas tercatat dalam artikel ‘Mereka dan Palestin’di blogmu?”

Syafiq langsung teringat artikel yang ditulisnya sewaktu isu pembantaian muslim Palestin minggu lepas. Artikel itu turut dikongsi di laman Facebook dan Twitter. Artikel itu menerima respon yang pelbagai daripada pembaca. Ada yang bersetuju , tidak kurang juga yang mengkritik artikel itu.

“Salahkah aku membenci mereka yang merampas tanah saudaraku?” Ujar Syafiq. Dihirupnya air teh panas, lagak seolah-olah bersikap tenang.

Danell Chaviv menarik kerusi, lalu melabuhkan punggungnya. Matanya merah.

“Apa maksudmu tanah saudaramu? Semenanjung Gaza adalah tanah yang dijanjikan Tuhan untuk bangsa Israel.”

“Dari sumber manakah engkau mengatakan sedemikian?”

“Daripada temanku , bangsa Israel. Bahkan juga tercatat di dalam Perjanjian Lama. Bangsa Arab hanya penumpang di tanah itu.” Danniel membalas. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Danniel sudah mempersiapkan dirinya untuk berdebat dengan Syafiq, teman sekuliah di Universiti Winsconsin-Madison.

Syafiq, pemuda muslim dari Malaysia itu merenung matanya dengan tajam. “Engkau merujuk Talmud, adakah engkau juga merujuk Al Quran?”

Danniel langsung terdiam. Dia menggelengkan kepalanya.

“Engkau tidak adil dalam soal ilmu. Bagaimana mungkin engkau merujuk Talmud, sedangkan  engkau tidak belajar dari Al Quran?”

Bergelar perantau di bumi Eropah, dia amat dikenali dengan artikelnya yang memperjuangkan hak Palestin. Perjuangan penanya telah lama tertancap, namun dia kian dikenali selepas artikel ‘Mereka dan Palestin’ dikongsi oleh ratusan pembaca di laman sosial Facebook dan Twitter.

“Aku pasti engkau menghormati hak kemanusiaan. Benar bukan?”Danniel bersuara setelah seketika tergamam.

“Islam mengajar kami berkasih sayang sesama manusia. Sudah tentu aku menghormati hak setiap manusia sebagaimana mereka menghormati hak aku sebagai seorang manusia.”

Danniel menjuihkan bibirnya. “Engkau tahu peristiwa Holocaust?”

Syafiq mengangguk perlahan. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada setiap hujah yang bakal terlontarkan dari lisan Danniel.

“Tertubuhnya Negara Israel adalah penebusan dosa masyarakat dunia terhadap empat juta orang Yahudi yang telah dibunuh dalam peristiwa Holocaust semasa perang dunia kedua berlangsung. Sewaktu peristiwa itu, empat juta orang Yahudi dikurung di dalam sebuah bilik dan mereka dibunuh dengan gas beracun. Pembunuhan beramai-ramai ke atas masyarakat Yahudi ini adalah bukti bahawa mereka pernah ditindas dan kini masanya untuk mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.”

Danniel menghela nafas panjang.

“Danniel.” Seru Syafiq.

“Setiap buah fikiranmu langsung tidak berkait dengan hak kemanusiaan.”

“Ingin aku ingatkan, peristiwa holocaust berlaku di Jerman, dilakukan oleh tentera Nazi sewaktu pemerintahan diktaktor Adolf Hitler. Jadi, mengapa Gaza yang perlu membayarnya?”

Tanpa sedar, Danniel mengangguk.

“Mengapa seluruh negara Eropah khususnya Britain dan Amerika Syarikat yang kononnya bersimpati dengan nasib orang Yahudi tidak memberikan tanah walau sekangkang kera kepada orang-orang Yahudi untuk ditubuhkan negara Israel? Sekali lagi, aku ajukan soalan ini. Mengapa Gaza yang harus dipertanggungjawabkan?”

Syafiq diam seketika. Matanya merenung tepat ke arah Danniel.

“Persoalan utama, kenapa Gaza yang perlu dikorbankan untuk menubuhkan negara Israel?”

Danniel diam. Dia mati akal. Menurut fikirannya,  Syafiq yang sepatutnya terdiam kerana Danniel telah pun membuat persiapan sehabis baik untuk berhujah dengan pemuda Malaysia itu. Langsung dia tidak menyangka, hujah holocaust itu telah menyebabkannya terperosok ke sudut mati akal.

Otaknya terus ligat berputar.

“Habis, bagaimana dengan pengorbanan beribu-ribu bahkan berjuta orang Yahudi yang telah dibunuh ? Apakah tiada sesiapa yang akan membela nasib mereka? Di manakah nilai kemanusiaan dalam dirimu?”

Terus diajukan soalan bertubi-tubi kepada Syafiq.

“Bagaimana dengan nasib jutaan warga Palestin yang telah menjadi pelarian bahkan ada yang terkorban sejak pendudukan Yahudi di Gaza pada tahun 1946?”

Soalan dibalas dengan soalan. Syafiq menyambung,

“Dan kau harus ingat, sehingga hari ini beribu-ribu bahkan berjuta penghuni Palestin telah terkorban dan angka ini akan terus meningkat.”

Cis! Danniel mengetap bibirnya. Mati akal!

Syafiq menghirup teh yang telah sejuk.

“Jemput minum.” Ajak Syafiq sambil tersenyum sindir. Danniel menjuih.

Syafiq bukanlah remaja yang buta sejarah. Dia khatam sejarah Malaysia. Dia khatam sirah nabawiyah. Bahkan, kini dia sedang mengkaji sejarah Perang Dunia II dan segala peristiwa yang terkait dengan perang itu.

Tiga tahun di bumi Eropah. Dia berjaya menyempurnakan kajian yang tertangguh oleh Fred A. Leutcher. Dia juga pernah melawat Muzium Peringatan Holocaust Amerika Syarikat bagi memperolehi maklumat. Syafiq juga pernah bertemu pencinta sejarah Eropah yang mengiktiraf peristiwa Holocaust dan juga mereka yang menganggap peristiwa Holocaust sebagai mitos. Perbincangan demi perbincangan dilakukan demi memperoleh sejarah yang tepat, bukan yang dipesongkan.

“Terlanjur engkau membangkitkan peristiwa itu. Bagaimana jika aku katakan bahawa peristiwa Holocaust adalah kisah dongeng yang sengaja dihebohkan demi memperoleh simpati masyarakat dunia?” Syafiq sengaja membuat provokasi.

Mata Danniel merah menyala. Mereka yang meragui peristiwa Holocaust samalah seperti menidakkan kewujudan bangsa Yahudi. Namun, segera ditenangkan diri kerana jauh di sudut hati, dia tersenyum puas. Puas kerana dia bakal menafikan segala hujah Syafiq.

Danniel mengeluarkan sesuatu daripada beg bimbitnya.

Laporan Mahkamah Tentera Antarabangsa di Nuremberg.

The Diary of Young Girl : Anne Frank.

Dilemparkan kedua-dua dokumen itu ke arah Syafiq.

“Kau lihat ini.” Katanya dengan sombong.

“Apakah ini tidak mencukupi untuk membuktikan kewujudan peristiwa itu?”

Syafiq merenung kedua-dua buku di hadapannya. Dia tahu tentang kedua-dua dokumen itu. Kedua-dua dokumen itu diambil, dibacanya sepintas lalu.

Syafiq langsung tidak menduga satu soalan telah berlarutan kepada sebuah perbincangan yang maha panjang. Perbincangan ini tidak akan terhenti begitu sahaja tambahan apabila Danniel mengeluarkan ‘dokumen ajaib holocaust’. Danniel benar-benar serius.

Serius dalam perbincangan ini.

Dan aku perlu serius dalam menegakkan sejarah yang sebenarnya. Bisik hati kecil Syafiq, penuh azam.

Syafiq memandang sekeliling. Memerhati sekeliling sekiranya ada ejen Mossad yang mengintip perbualan mereka. Silap hari bulan, kepalanya boleh pecah berderai dek peluru ammonia.

Syafiq bimbang jika setiap catatan sejarah yang terpahat di akalnya hilang begitu sahaja tanpa sempat didedahkan kepada umum.

Allah sentiasa ada!

“Baiklah. ” suaranya terhenti sebentar. Menghela nafas panjang.

“Engkau benar-benar serius dalam hal ini.”

“Sudah tentu aku serius. Kau mempertikaikan kewujudan holocaust!” Suara Danniel meninggi, sehingga mengejutkan orang lain di kafetarie itu.

Syafiq diam seketika. “Kedua-dua dokumen ini palsu, bahkan sengaja diada-adakan untuk membuktikan kewujudan holocaust.”

“Maksudmu?” Danniel merengus. Masih lagi menahan kemarahan.

“Diari Anne Frank ini ditulis dengan menggunakan pena mata bola. Pena mata bola ini merupakan antara teknologi terbaik pada zaman itu. Sudah tentu harganya mahal. Logikkah, seorang anak gadis yang didera dan diseksa pada zamannya mampu membeli pena mata bola yang hanya mampu dimiliki oleh golongan bangsawan?”

Wajah Danniel merah menahan marah. Dia memerhati Syafiq bagaikan singa lapar.

“Manakala , Laporan Mahkamah Tentera Antarabangsa  Nuremberg adalah prosiding mahkamah yang sengaja diada-adakan untuk membuktikan kewujudan holocaust , dan ini disahkan sendiri oleh Ketua Mahkamah Perang pada ketika itu. Ia juga alasan mereka untuk menghancurkan Jerman, yang secara terang-terangan menyatakan mereka adalah anti-Semitik atau anti-Yahudi. “

“Engkau , orang Islam memang dengki akan kami orang Yahudi, bangsa pilihan Tuhan!” Danniel membentak. Dia mengangkat kedua-dua dokumen itu, pantas berlalu dari situ.

Syafiq tersenyum. Padanlah beriya-iya mempertahankan Negara Israel kerana engkau sendiri adalah orang yahudi!

 

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana mereka yang akan menerima akibat buruknya), sedangkan mereka tidak menyedarinya. [Al An’am : 123]

One thought on “Al An’Am : 123

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s