Tentang Najib Razak dan Bulan Hijau

Assalamualaikum. Ini entri pertama saya yang mengupas berkenaan isu politik Malaysia. Walaupun, tidak memfokuskan tentang politik sepenuhnya, namun ia sedikit sebanyak berkaitan dengan isu politik.

Anda masih ingat baucar buku RM200 yang dihadiahkan oleh kerajaan Malaysia atas nama Satu Malaysia?

Ya, baucar RM200 tu. Saya takkan mention Najib (sepatutnya Datuk Seri) yang beri baucar ini. Ianya bukan pemberian Najib. Ianya inisiatif Najib untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada para siswa. Lebih tepat, Allah yang mengilhamkan idea itu kepada Najib.

Mungkin, entri ini akan menyebabkan para mahasiswa yang pro kerajaan akan memulaukan blog saya hanya kerana saya dituduh tidak mengenang budi Najib.

Kenapa saya dituduh tidak mengenang budi Najib?

Adakah kerana saya antara ribuan penerima Baucar Buku 1 Malaysia, dan saya tidak menyokong kerajaan, maka saya diiktiraf sebagai tidak mengenang budi?

Persoalannya, bagaimana saya boleh terhutang budi dengan saudara Najib?

Persoalannya, adakah Najib mengeluarkan duit poketnya atau memotong elaun Perdana Menteri beliau lalu dihulurkan RM200 kepada saya?

Beliau hanya mencadangkan Baucar Buku 1 Malaysia, lalu beliau sebagai menteri kewangan hanya meluluskan peruntukan itu daripada kewangan kerajaan Malaysia, bukan dari poketnya sendiri!

Itu perumpamaan yang paling mudah. Adakah sama orang yang cacat akal dengan orang yang tahu berfikir?

HUBUNGAN AYAH DAN ANAK

 

Apakah tanggungjawab seorang ayah?

Memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Memastikan anak-anak mendapat didikan agama. Memastikan terjamin keselamatan anak-anak.

Begitulah juga tanggungjawab seseorang yang bergelar pemimpin, tidak kira dari parti A atau B , mereka wajib memberikan rakyat kemudahan dalam pelbagai aspek. Tidak kiralah dalam hal pendidikan, sosial dan lain-lain. Ianya adalah tanggungjawab mereka, maka tidak timbul soal ‘bagai kacang lupakan kulit’.

Adalah wajib bagi seorang anak mentaati ayahnya, begitu juga adalah wajib bagi seorang muslim mentaati pemimpinnya.

Nampak? Islam bahkan mengajar muslim untuk taat pada pemimpin.  Tetapi bagaimana jika seseorang pemimpin itu tidak mentaati Allah? Adakah wajib kita taati?

Tidak!

Berbangkit dalam aspek hubungan ayah dan anak. Jika ayah sering meninggalkan solat bahkan berani menentang hukum Allah. Apakah tindakan anak itu?

Menegur ayahnya.

Samalah juga dalam kes yang lain pula. Menegur pemimpin yang tidak mentaati Allah adalah wajib. Bagaimana cara menegur?

Memberikan teguran dengan berhikmah. Samada berjumpa dengannya berdua lalu menegurnya atau mengirimkan teguran di dalam bentuk surat.

Ada cara lain?

Ada, memberikan teguran dengan cara yang paling berhemah. Dengan harapan Allah menerbitkan rasa keinsafan kerana enggan melaksanakan hukum Allah dengan mengubah undi anda.

Adakah undi ‘dia’ lagi?

Tidak.

Undilah  pemimpin lain pula.

Beri peluang untuk ‘dia’ mengambil masa bermuhasabah.

Muhasabah untuk apa?

Untuk mesrakan hubungannya dengan Allah, pemilik sekalian alam.

One thought on “Tentang Najib Razak dan Bulan Hijau

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s