Mencari istiqamah, ganbatte!

Saya mengaku, saya orang yang malas. Maka bersaksilah, bagi seorang yang malas macam saya, usaha secara berterusan adalah perkara yang hampir mustahil.

Usaha berterusan untuk menjadi baik dalam hal agama.

Bagaimanakah yang dikatakan baik itu? Adakah kita mempunyai ‘pembaris’ untuk mengukur level ‘baik’ dalam hal ehwal yang berkaitan agama?

Adakah saya perlu memperolehi kelulusan Bachelor of Usulluddin daripada Al Azhar Universiti? Adakah saya perlu menghafaz sekurang-kurangnya 30 juzuk Al Quran?

Adakah saya perlu berjalan sambil memejamkan mata semata-mata untuk mengelakkan diri dari terpandang aurat perempuan yang ditayangkan secara percuma?

Adakah saya perlu sentiasa 24 jam duduk di atas sejadah, berzikir sambil membilang untaian tasbih?

Atau mungkin saya perlu berubah secara zahir? memakai jubah 24 jam, serban yang tak lekang dari kepala, bahkan dahi ini saya gosok-gosokkan di dinding untuk mendapat warna hitam di dahi?

Adakah itu yang diperlukan untuk menjadi baik?

Menurut Ustaz Azhar idrus, seseorang lelaki  yang dikatakan baik dalam hal agamanya ialah apabila menunaikan solat fardhu lima waktu berjemaah, sering ke masjid menghadiri kuliah-kuliah, dan menjaga agamanya.

Itu pendefinisian menurut ustaz Azhar Idrus. Bagaimana pula tafsirannya bagi anda?

USAHA SECARA BERTERUSAN : ISTIQAMAH

Usaha secara berterusan, atau sinonimnya istiqamah. Susah untuk istiqamah dalam perkara kebaikan. Terutamanya apabila ia bertentangan dengan kehendak nafsu kita.

Nafsu kita mahukan kita untuk relax-relax, tetapi Islam menegaskan kita tidak boleh relax-relax dalam hal kebaikan.

Apa perlu kita buat?

Lancarkan perang terhadap nafsu!

Saidina Ali k.r.w. pernah berkata, “Nafsu itu ibarat kuda liar. Jika pemiliknya pandai mengawalnya, nescaya kuda itu akan mengikut arahan. Begitulah sebaliknya.”

Belajar untuk kawal nafsu. Bagaimana? Limitkan diri untuk terus menerus berseronok di dalam kehidupan. Banyakkan mengingati mati adalah antara cara yang paling mudah.

Kenapa?

Kerana banyak mengingati mati akan mengingatkan kita tentang persiapan untuk menghadapi muka pengadilan.

Jadi, istiqamah dalam ibadah memang susah, tetapi cubalah untuk istiqamah. Allah suka hambaNya yang beribadah sedikit tetapi berterusan berbanding hambaNya yang beribadah banyak-banyak tetapi jarang-jarang.

Sekian. Salam sayang!

Teruskan menembak doa untuk saudara anda, Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad untuk sama-sama istiqamah dalam melaksanakan agama. Semoga Allah sayang kita semua!

### Note ###

Sebuah kajian daripada Barat menemukan,  sebab Islam kurang dihayati pada hari ini adalah kerana umat Islam itu sendiri tidak menghargai pengorbanan insan yang menyebarkan agama ini.

Siapa dia?

Dialah Muhammad, penghulu segala Nabi.

Semoga kita menerima shafaatnya di hari akhirat kelak. Amin!

2 thoughts on “Mencari istiqamah, ganbatte!

    • bagaimana terus istiqamah?

      1. di saat ingin melakukan kejahatan, ingat, bila-bila masa Allah akan ambil balik nyawa.
      2. setiap kali kita merasakan bahawa kita telah berjaya, ingat, segalanya takkan kekal lama.
      3. Sesungguhnya, Allah menyukai hambanya yang istiqamah dalam sesuatu perkara meskipun sedikit berbanding hambaNya yang beribadah sebulan sekali tetapi banyak.
      4. Lepaskan segalanya dan biarkan Allah uruskannya.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s