Taat kepada Allah, walau siapapun asalnya kita.

Siapakah itu Firaun yang diceritakan pada zaman Nabi Musa a.s.?

Masih ada di kalangan anda yang ingat akan pharaoh?

*** Err, siapa pharaoh? Makanan ke?

Takkan korang tak kenal pharaoh? Alah, lelaki yang pakai tudung, pastu lilit kepala ular dekat kepala. Zaman pharaoh ni terkenal dengan piramid.

*** Oh, itu firaun lah. Mestilah kenal. Nak cerita pasal firaun ke?  Kitorang dah hafal dah. Dulu, masa kitorang kecik-kecik, nenek selalu cerita sebelum tidur.

Eh, bukan-bukan. Nak cerita pasal tukang sihir firaun tu.

*** Nak buat mende. Kitorang tak minat. Ceh!

Okey-okey. Kita tukar topik. Cari isu yang lebih hebat. Nak dengar kisah ‘di waktu pagi kufur, di waktu petangnya beriman, dan kemudian syahid’ ?

*** Boleh jugak. Macam best je.

Okey, sila bukak terjemahan Quran anda. Cari surah ke 26, dan baca terjemahan ayat ke 18 sehingga 51. Oh, baca dan fikirkan.

SINOPSIS :

Sekadar huraian kenapa saya memerlukan anda untuk merujuk surah ke 26 dan ayat ke 18 hingga 51. Terjemahan surah itu mengisahkan bagaimana firaun yang menuduh Musa a.s. sebagai ahli sihir, telah mengumpulkan seluruh ahli sihir di segenap negeri mesir.

Lalu, kumpulan tukang sihir ini dijanjikan dengan imbalan sekiranya mereka berjaya memalukan nabi Musa a.s.. Namun, kuasa Allah yang maha besar telah menunjukkan kepada kumpulan ahli sihir ini bahawa Nabi Musa a.s. bukan seorang tukang sihir, melainkan baginda adalah seorang Rasul yang diutuskan untuk mengajak menyembah Allah, tuhan sekalian alam.

Kumpulan ahli sihir ini lalu beriman kepada Allah dan Musa a.s sebagai rasulNya.

KONKLUSI
kisah tukang sihir firaun ini memotivasikan manusia untuk taat kepada Allah, walau siapapun asalnya kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s