Mati itu impian dan cita-cita

Sumber : google

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri kursus fasilitator Kem Bina Insan yang dianjurkan oleh Biro Pembangunan Insan bertempat di Paya Pahlawan Resort.

“Apa cita-cita anda?” Ustaz Azmuddin bertanya.

Seluruh dewan diam. Masing-masing mulai berfikir, untuk memberikan jawapan yang paling tepat. Aku juga tidak terkecuali.

“Cita-cita kita adalah mati.”Ustaz Azmuddin tersenyum.

Semua diam lalu menggangguk tanda faham. Aku juga senyum.

Fikiran aku langsung terarah semasa aku mengikuti program tabligh di Pulau Langkawi. Seorang lelaki yang kupanggil abang Chik sedang menyampaikan sesuatu usai solat maghrib hari itu.

“Orang zaman sekarang selalu bercita-cita nak jadi tentera, nak jadi polis, nak jadi cikgu bahkan ada yang nak jadi menteri tetapi selalu lupa bahawa cita-cita sebenarnya adalah MATI.” Dia memulakan persoalan.

Hadirin langsung diam, memberi perhatian terhadap ucapannya.

Aku terkejut, ape ke halnya orang tua ni cakap cita-cita manusia sepatutnya adalah mati? Getus hatiku sendiri.

“Kita memang confirm akan mati. Jadi, sepatutnya cita-cita kita adalah mati.”

Hadirin di dalam masjid langsung diam.  Diam menanti hujah seterusnya.

“Tetapi, apabila kita dah tahu bahawa kita akan mati, maka apakah persediaan kita untuk menghadapi mati?”

Abang Chik diam seketika.

“Kita perlu siapkan bekal ibadah untuk berhadapan dengan Allah. Perumpamaannya kita nak pergi ke pasaraya. Takkan kita tak bawak duit?”

“Kita mesti akan bawak duit untuk beli barang kat pasaraya. Sebab apa kita mesti bawak duit? Sebab kita nakkan sesuatu. Sebab kita nak beli barang.”

Hadirin mulai mengangguk faham.“ Sama juga kalau kita mati nanti, apa persediaan kita? Berapa banyak ‘duit’ yang kita nak bawak?”

sumber : facebook

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s