Budak sekolah biasa, budak sekolah agama

Penulis bersama rakan fasilitator dari KUIN, Maahad Mahmud.


“Patutlah pun, dia tu budak sekolah agama.”

“Ye ke?” Celah yang lain.

“Ye, aku pasti. Dia budak sekolah agama di utara.”

“Tak hairanlah kalau dia tu memang terer mengaji, pandai bagi kuliah.” Ulas yang lain pula.

PERSEPSI KITA,

Hanya mereka yang belajar di sekolah agama saja yang alim.

Hanya mereka yang ‘anak ustaz’ saja boleh jadi imam.

Dan hanya golongan ini yang akan memainkan peranan mereka di dalam melaksanakan agama.

Dan kita yang belajar di sekolah biasa, dibesarkan dalam keluarga yang biasa-biasa, akan membesar menjadi orang biasa. Tiada peranan kita di dalam melaksanakan agama dan hidup beragama.

Kita tak payah nak tunjuk alim ulama depan orang ramai. Ceh!

PERUMPAMAAN MUDAH

Bayangkan, anda adalah anak kepada pasangan suami isteri yang bekerja sebagai doktor pakar di sebuah hospital swasta terkemuka.

Hamper setiap hari, ayah dan ibu sering memotivasikan anda untuk mengikuti jejak langkah mereka, dengan menjadikan doktor sebagai kerjaya pilihan.

Mereka sering membawa anda ke hospital, mengajarkan cara mengenalpasti penyakit yang ada dalam tubuh manusia. Bahkan menawarkan kepada anda peluang untuk melihat proses pembedahan secara live.

Tetapi, apa yang anda inginkan langsung tidak selari dengan kehendak ibu dan ayah. Anda mahu menjadi seorang guru.

Seorang guru yang mendidik anak bangsanya tanpa mengenal penat dan lelah.

Nah, sekarang saya mahu anda pilih.

Berdasarkan kemahuan anda, yang manakan adalah pilihan anda?

Doktor atau guru?

 

KEMAHUAN DIRI, bukan orang lain

Ianya bermula dengan kemahuan diri mahu melaksanakan dan hidup dalam suasana yang beragama. Agama itu agama Islam.

Ayah anda seorang nelayan, itu bukan halangan untuk anda mendalami ilmu agama.

Ayah anda seorang pengutip tin buruk sekalipun bukanlah halangan untuk anda belajar mengenal siapa Allah.

Ayah anda seorang pencuri sekalipun, itu bukanlah halangan untuk anda menjadi seorang ustaz.

Yang paling penting, ianya adalah diri anda sendiri. Samada anda mahu hidup beragama atau sekadar hidup tanpa melaksanakan agama.

PENUTUP

Sebelum kita menutup tirai pertemuan ini, jom bayangkan jika kita adalah seekor ikan.

Kita sebagai seekor ikan ini diberi pilihan untuk hidup dalam sebuah kolam yang bersih, air yang jernih dan bebas plastik  atau sebuah kolam yang tercemar dek sampah sarap dan bahan buangan toksik.
Jangan tanya nafsu, tetapi tanyalah iman.

Ayuh, buat pilihan!

One thought on “Budak sekolah biasa, budak sekolah agama

  1. Setuju dengan saudara Ibnu Fuad.

    Zaman sekarang, term usrah, tarbiyyah bukan lagi benda yang asing. Dah selalu dengar pun. banyak persatuan mcm IKRAM, ISMA, HALUAN, JIM yang menawarkan program usrah bagi sapa2 yang nakkan perubahan.
    Tinggal nak dengan tak nak ja.

    tepuk dada, tanya iman!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s