Remaja kita : persoalan yang belum terungkai

http://frenzyy.deviantart.com

Alhamdullillah, hari ini telah dipermudahkan segala urusanku dalam banyak hal. Segala puji bagi Allah yang menghulurkan bantuan.

Aku segera bergegas ke Pustaka Darul Salam. Teman sekerjaku, Ustaz Lutfi yang memberi cadangan supaya aku singgah ke kedai ini, katanya banyak karya-karya yang dikarang oleh ulama terkenal boleh didapati di sini.

Dalam masa setengah jam , aku cuba mencari pelbagai bahan rujukan yang dapat dijadikan koleksi peribadi. Aku berhasil menemukan buku ‘Tentang Cinta’ karangan Pahrol Juoi dan Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi tetapi diringkaskan oleh Sheikh Yusof Al Nabhani. Semuanya berjumlah RM75.

Biarlah berhabis duit sekalipun. Asalkan berbaloi memilikinya.

Puas.

Di satu sudut berhampiran bangunan itu, sekumpulan remaja lelaki sedang melepak. Mungkin, inilkah rutin bagi mereka yang tinggal di bandar?

Diam. Hati membisu.

Itu bukan urusanku. Biarlah.

Baru sahaja hendak menghidupkan enjin kereta merah itu, kelihatan seorang remaja lelaki memanggil seorang kanak-kanak kecil yang membawa bungkusan gula-gula. Wajah kanak-kanak itu agak kecewa, apabila hasil beliannya di’pow’ secara kehormat oleh kumpulan remaja itu.

Aku hanya memerhati dari jauh. Kemudian, segera kupandu kereta menghampiri kumpulan remaja itu.

“Budak kecik tadi tu adik hang ke?” Pantas aku ajukan soalan.

“Budak tadi kawan saya, abang.” Dia menjawab hormat.

“Tadi hang pow apa?”

“Saya minta gula-gula je bang.”

Aku pantas keluar dari kereta lalu membuka but belakang. Kucapai kayu pemukul hoki, lalu ku katakan tegas.

“Sebenarnya, aku cukup pantang dengan kaki-kaki ‘pow’ ni. Aku memang tak suka.” Kataku lantang. Kayu hoki itu aku ajukan ke dada lelaki tersebut.

Lagakku marah seolah-olah mereka membuat kacau di dalam kawasanku.

Persis samseng jalanan.

Diam. Mereka diam.

Mungkin takut kerana melihat kayu hoki di tanganku.

Mungkin takut kerana tiba-tiba disergah lelaki berbadan besar dan berwajah tua seperti aku.

“Hang tingkatan berapa? Ponteng sekolah ke?”

“Saya kena buang sekolah.”

Terkesima. Kemarahan aku mulai reda.

“Dah buat rayuan?”

“Dah buat rayuan, tetapi pihak sekolah masih tak beri jawapan.” Balasnya ringkas. Pandangannya ditundukkan. Tidak berani menatap renungan mata tajamku.

Aku sampaikan tazkirah ringkas. Lima minit kemudian, aku berlalu.

Entah, aku sendiri terkesima.

Memikirkan apakah hukuman buang sekolah adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah pelajar yang bermasalah ini.

 

Jika aku adalah pihak sekolah

Pastinya aku akan ambil tindakan buang sekolah saja.

Mereka ini pelajar nakal yang sudah tidak boleh diberi peluang lagi. Mereka telah diberi amaran berkali-kali. Mereka telah diberi nasihat berkali-kali.

Bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Adakah mereka adalah daun keladi?

Kalau dibiarkan mereka terus mencetuskan masalah di sekolah, mereka akan mempengaruhi pelajar yang lain. Mereka umpama kaca di kalangan intan permata. Kaca harus disingkirkan dan harus dibuang. Apakah ada manusia yang menjadikan kaca yang pecah sebagai perhiasan di rumah?

Kaca tetap kaca. Berlian adalah selamanya berlian.

Itu falsafah ringkas. Sesiapa pun tahu tentang ini.

Tidak ada kaca yang jika digilap akan menjadi berlian. Ringkas, kaca harus disingkirkan.

Kaca harus dibuang.

Pelajar yang bermasalah ini harus dibuang. Buang sekolah, itulah solusi terbaik.

Jika aku adalah pelajar itu sendiri.

Kenapa harus aku dibuang?

Pelbagai soalan menerjah. Memang benar, aku adalah kalangan pelajar nakal. Memang benar, aku adalah kalangan pelajar bermasalah.

Aku hanya kantoi merokok di dalam kawasan sekolah. Aku hanya kantoi ditangkap ponteng kelas.

Aku hanya kantoi berbuat kesalahan dalam kawasan sekolah.

Ya, aku punya masalah kerana aku adalah pelajar yang bermasalah.

Tapi, pernahkah mereka cuba siasat apa sebenarnya masalah yang ada pada diriku? Mereka hanya menghantarku ke program pemulihan akhlak, program kaunseling dan sebagainya.

Tindakan merekalah yang mencurahkan air ke daun keladi. Aku bukan daun keladi. Aku adalah daun yang belum matang, perlukan seseorang untuk membentuk acuannya!

Hey, apa yang engkau mahukan, wahai pelajar bermasalah?

Aku mahu perhatian kalian!

Mahu perhatian?

Bukankah engkau mendapat perhatian yang secukupnya. Engkau terkenal seluruh sekolah kerana suka ponteng kelas. Engkau terkenal kerana kenakalanmu sendiri. Engkau terkenal kerana engkau memang mahukan populariti.

Aku hanya mahukan kalian jadi temanku!

Sekadar perbualan yang ringkas ini telah mematikan segala idea untuk aku terus menulis. Anda terus muhasabah!

2 thoughts on “Remaja kita : persoalan yang belum terungkai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s