KeSSo ’11 : sebuah jejak soleh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“(Dan) Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Al Khair (Islam), menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran 104)

Assalamualaikum wbt.

Pada entri kali ini,nak ceritakan tentang Kem Smart Soleh (KeSSo ’11) yang baharu sahaja berlangsung pada 23 -25 Jun 2011 di Masjid Al Abrar, Kg Sanglang, Kedah Darul Aman. Alhamdullillah.

Kem Smart Soleh yang julung kali diadakan ini menerima penyertaan sebanyak 39 orang peserta daripada kampung Sanglang, Kampung Kerpan dan kawasan sekitarnya. Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak atas sokongan samada dari aspek material atau idea. Semoga Allah memberkati kalian.

InsyaAllah, Kem Smart Soleh ( KeSSo ’11) ini dikendalikan oleh 9 orang fasilitator yang dipimpin oleh pengarah Program, Syafiq Aizat Mahamad Fuad. Kem ini disokong penuh oleh Pengerusi Masjid AL ABrar dan Ketua Kampung Sanglang.

Fasilitator

Sekalung penghargaan dan  terima kasih buat semua fasiltator yang telah memberikan komitmen yang cemerlang sepanjang KeSSo ’11 berlangsung. Semoga Allah memberkati kalian di dalam merencana hari-hari bahagia.

Teringat saat saya kekurangan tenaga kerja di dalam melancarkan KeSSo ‘ 11 ini, saya rasa gusar dan kadang-kadang rasa mahu sahaja dibatalkan KeSSo ’11 ini. Namun,dengan kuasa Allah, bantuan fasilitator datang pada saat akhir apabila dua orang fasilitator berjaya direkrut.

Hakimi – Seorang pelajar lepasan Kolej MARA Kulim yang mempunyai idea-idea segar kerana dia sudah biasa dengan program-program seperti ini. Justeru,kadang-kadang saya mahu berikan tanggungjawab kepadanya namun saya lihat kekurangan yang ada pada dirinya ialah dia seorang yang pendiam. Bagi mereka yang pertama kali kenal dengannya mungkin akan memberikan persepsi bahawa dia seorang yang sombong. Namun,saya katakan dia tidak sombong. InsyaAllah.🙂

Hasbullah – Seorang teman rapat yang dikenali sewaktu saya masih menuntut di tingkatan lima. Dia merupakan seorang yang mesra kanak-kanak, justeru dia mudah mengendali peserta tanpa sebarang masalah. Mungkin,kerana Hasbullah kekurangan pengalaman, maka itu menjadikan dia kadang-kadang tidak betah dengan suasana.

Rizwan – Masa mula diberitahu bahawa ada seorang yang berminat untuk menjadi fasilitator ini, saya tertanya-tanya siapakah gerangannya Khairul Rizwan ini. Namun,saat pertama kali bertemu. Saya sudah boleh meneka personalitinya bahawa dia seorang yang pendiam namun jika diberikan tugas,dapat melaksanakannya tanpa sebarang masalah. Cuma dia perlu diasah dan perlu giat menimba pengalaman.

Arief – Ini adik kepada pengarah program,jadi tidak ada masalah dengannya kerana sebelum ini,dia pernah mengikuti beberapa program motivasi.. Merupakan ketua di bahagian urusetia kerana punya kelebihan yang lain. Arief ini boleh diberikan tugasan namun dia terlalu teruja dengan para peserta hingga kadang-kadang perlu diingatkan tentang peranannya di bahagian urusetia.

Adiebah – Seorang yang pendiam namun komited dengan tugasan yang diberi. Berilah tugasan apa sekalipun,pasti siap dan sempurna. Dia seorang yang rajin namun kurang makan makanan yang pelik-pelik. hahahahahhaha😀

Ema – Fasilitator ini dikenali di Pasaraya Kawang,maka sering saya gelarkan dia sebagai gadis Kawang. Dia seorang yang berwajah garang lalu aku letakkan dia di bahagia Disiplin. Auranya terbukti berkesan apabila dia dikenali sebagai fasilitator yang garang. Ema berpotensi menjadi fasilitator yang baik, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki.  Dia juga perlu lebih banyak menimba pengalaman.

Rohaya – Dia diperkenalkan oleh Ema untuk menjadi fasilitator di KeSSo ’11 ini. Saat mula-mula bertemu, saya mengharapkan prestasi yang biasa-biasa kerana kelihatannya dia kurang berbicara. Namun,dia membuktikan apabila dia memberi sesuatu yang luar biasa dan meninggalkan fenomenanya yang tersendiri terhadap peserta KeSSo ’11 ini. Dia memang seorang yang penyayang. Namun,terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.InsyaAllah.

Anisah – Saya melihatnya sebagai seorang yang sangat berpotensi hinggakan kadang-kadang saya melantiknya sebagi ketua bagi fasilitator perempuan secara metaforanya. Dia seorang yang berfikiran matang dan dapat melaksanakan tugasan dengan baik walaupun kadang-kadang tidak dapat membuat keputusan dengan tepat. Dia masih perlu menimba pengalaman di dalam melatih dirinya menjadi fasilitator yang baik.

Yusnita – Seorang yang aktif dan terlebih riang. 8-)  Mungkin beliau kelihatan seperti seorang yang cerewet namun saya memuji hasil kerja beliau sepanjang menjadi fasilitator di KeSSo ‘ 11 ini. Perlukan lebih banyak pengalaman dan training of trainer.InsyaAllah.

Semoga Ukhuwah kita berkekalan

Berakhirnya Kem Smart Soleh ini tidak bermakna bahawa perhubungan kita telah berakhir. Namun,ianya adalah petanda bahawa kita telah berjaya menyebarkan risalah Allah di bumi ini. Ini juga bermakna, Allah telah memilih kita untuk berjuang di jalanNya, di dalam jemaah kita.

Oh,alangkah indahnya!!

Semoga kita terus istiqamah di dalam perjuangan ini.

Hadis riwayat dari Abu Zar r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadaku : “Wahai Abu Zar, apakah engkau mengira bahawa orang yang banyak hartanya itu adalah orang kaya?”

Saya berkata : “Benar wahai Rasulullah “

Baginda bersabda : “Apakah engkau juga menyangka bahawa orang yang sedikit hartanya itu adalah orang yang fakir.?”

Saya berkata : “Benar wahai Rasulullah.”

Baginda pun bersabda : “Bahawa sesungguhnya yang dinamakan kaya itu adalah kaya hati dan fakir itu adalah fakir hati. Oleh itu, sesiapa kaya (merasakan cukup) dalam hatinya maka tidak akan membahayakan dirinya apa yang sedikit dari harta dunia. Sesiapa fakir (merasa kurang) dalam hatinya maka harta dunia yang banyak tidak akan mencukupi baginya. Sesungguhnya yang merosak itu adalah sifat kikir yang ada pada dirinya.”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s