Tolong Sampaikan pada dia..

Besok  (14 April 2011) ada test Company Accounting,dan aku masih lagi dengan lappy aku. Sambil jemari menari-nari di atas papan kekunci. Aduhai,benar-benar malas!!!
Minggu lepas,aku sampaikan motivasi Diri bersama-sama adik-adik di Bandar Penawar. Aku terfikir,kenapa harus malas kerana aku harus menjadi insan yang akan menjadi teladan kepada mereka nanti.InsyaAllah.

Minggu depan merupakan minggu yang paling digeruni oleh insan yang bernama pelajar,iaitu Minggu Final Exam. Ketakutan menyelubungi setiap perasaan hingga kadang-kadang rasa macam nak “down”.

dalam artikel kali ini,aku ingin bicara tentang pentingnya kita melalui proses belajar.

Dalam hidup ini,saya berani mengatakan bahawa semua orang termasuk saya dan anda bahkan semua yang hidup di bumi PERLU melalui proses belajar. Bagaimana..?
belajar ilmu agama juga belajar. Belajar ilmu Hitung juga belajar. Belajar ilmu mengorat juga belajar NAMUN belajar ilmu mengumpat itu bukan belajar,itu mengajar membuat dosa.
Jadi,marilah kita belajar. Tak perlulah merasa diri sudah dipenuhi ilmu di dada .  Sebab kalaulah ada manusia yang tahu semua,nescaya dia akan menjadi raja di bumi ini. Tapi,sebenarnya tiada orang yang tahu segala-galanya.
Hanya Allah yang tahu segala-galanya dan kerana itulah Allah adalah Tuhan yang Wajib disembah dan aku mengakui,tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

hahaha..Sebenarnya,apa yang aku nak share dengan anda semua ialah sebuah puisi yang agak menarik,dan aku copy and paste dari laman seorang hamba Allah di FB.Selamat membaca ya..

 

Tolong Sampaikan pada dia.

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

One thought on “Tolong Sampaikan pada dia..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s