Maaf pada semua : pembetulan KMK

 

Salam alaik.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah.Moga kalam ini menjadi yang lebih baik untuk ummah.

HALUAN : Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.

“anta ada tak mana-mana pak cik yang boleh bagi ceramah untuk maulidur rasul ini.Kolej ana nak buat sambutan Maulidur Rasul,so nak minta-minta pak cik-pak cik untuk ambil slot itu.

Masihku ingat mesej yang kuhantar kepada Abang Hafiz Zainal,yang kukenali saat berkampung di Ulu Tiram sempena Kem Identiti Muslim. Tujuanku saat itu mudah,nak memperkenalkan HALUAN di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Alhamdullillah,HALUAN sudah dikenali di kolej aku dengan tiga program kerjasama dengan pihak HALUAN,iaitu,:

  • Kem Kepimpinan Naqib/Naqibah di Nasuha Herbs Paradise.
  • Kem Identiti Muslim di Ulu Tiram Indah Village.
  • Ceramah Maulidur Rasul

 

Semalam,Timbalan Presiden I,Haluan Johor,En Mahmed Kardi datang ke kolej aku sempena Sambutan Maulidur Rasul.Seusai sebelum mereka berangkat pulang,salah seorang sahabat memberitahu bahawa artikel ini (Klik) ini telah ditemui oleh SURF. Artikel ini mencapai rating 79 bacaan dalam masa satu hari. Wow,hari ini dalam sejarah!  Tak pasti SURF tu singkatan apa,namun yang pasti ada term sekrektiat (betul tak ejaan?).Lalu,mereka takut-takut sama ada program yang ingin dilaksanakan ini akan membawa efek yang negatif.  Lalu,pastilah aku bahawa  risiko kemungkinan kem yang akan aku laksanakan berkemungkinan membawa efek yang negatif kerana aku membawa jenama KMK.Astaghfirullah.Ampunkan aku,

 

Pagi ini,saat sedang menyiapkan kerja Financial Accounting  4 yang terbengkalai semalam,telefonku berdering. Rupanya,sepupuku, Firdaus Hashim yang kukasihi memanggil. Dia yang lebih selesa ku panggil dengan panggilan abang (kerana pangkatnya yang lebih tua.) juga menegurku dengan perkara yang sama. Lalu,aku konklusikan,untuk mengelak pelbagai salah faham,rasanya aku akan kembali dengan jenama program ini, Kem Remaja Rabbani.

logo KRR. baru belajar guna specialized software

Maaf : atas salah faham

Lalu,di dalam entri ini.aku ingin memohon maaf. Maaf pada semua kerana telah menyusahkan kalian. Maaf sangat-sangat.insyaAllah,aku  tidak akan menggunakan jenama KMK. Maaf sangat-sangat.

Rasa bersalah di hati ini tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata dan kalam di laman ini.maaf sangat!

 

 

Penjenamaan Semula

Sebelum ini,aku pernah menjadi guru sementara (guru tuisyen) di bawah jenama sendiri,Jihad Network TC di samping menerbitkan beberapa makalah di bawah jenama ini semasa Palestine hangat diratah Israel.  Lalu,faham-fahamlah,susah untuk kita bergerak di bawah jenama “Jihad” ini kerana fahaman dan kuasa politik yang memaksa aku untuk mencari jenama baru bagi menggantikan Jihad Network TC. tambahan pula,persepsi non muslim terhadap islam sebagai agama teroris.

“Kami boleh buat program ini,tapi term jihad ini tukarlah ye. Awak pun kena faham,kuasa politik di Malaysia ni macam-macam.”

Aku mengangguk saja,mengerti  kerana walaupun minda muda aku ini dihalang dengan tembok besar cina sekalipun. Hatta segala maklumat pun aku tahu( tak semua ye).Adui!!

Saat ini,aku tambah bersemangat bila diterangkan oleh seorang pendidik tentang kebobrokan kepimpinan Malaysia ini. Azamku,jika aku menjadi Perdana Menteri Malaysia.Aku akan rangka sistem pemerintahan berteraskan islam. Berdasarkan apa yang Rasul Allah laksanakan. Sekarang pun tengah buat bacaan ilmiah tentang sistem  dan teknik pemerintahan Rasullullah..Doakan aku ya kalian.

 

Akhir kalam.

Maafkan aku kalian..

maaf sangat-sangat..   ;(

2 thoughts on “Maaf pada semua : pembetulan KMK

  1. Assalamulaikum akhi, apa khabar?salam ziarah..
    enta jangan salah faham. Pihak SURF, tiada buruk sangka terhadap enta. Malah, kami berasa terharu dan merasai beruntung kerana ada juga insan lain berhati murni seperti anda, turut berhajat mmbuat kerja2 islam🙂 .

    Tulisan2 enta di blog ini, mnyuntik smgt ana dan banyak mmbuatkan ana berfikir. Moga usaha enta berdakwah melalui penulisan dipermudahkan ALLAH, dan sentiasa mnyentuh hati2 insan lain yang dahagakan tarbiyah.

    Ana doakan Kem Remaja Robbani di bawah alfarabi konsultansi akan memberi impak maksima kepada remaja2 di luar sana.Kami dari Haluansiswa, sangat berbesar hati jika enta memerlukan bantuan kami yang juga baru belajar.

    Moga niat murni enta untuk berbakti kepada islam akan dibantu ALLAH.

    Salam Ukhwah dari ana, Hilmi Bin Abd Razak, HALUANsiswa UiTM Shah Alam.🙂

  2. Assalamu’alaikum. Terima kasih dan jazakallahu khairan kathiran atas bantuan sebagai faci semasa KMK2010 di Kangar ritu. Semoga Kem Remaja Rabbani mencapai objektifnya.

    Pc Ghazali
    Penasihat Kelab Remaja Haluan (KeARAH) Perlis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s