Pelaburan jangka masa panjang

“Kalau macam tu,nanti kamu bincang dengan naqibah ye.Pastikan mereka tahu flow usrah untuk malam ini kerana saya akan berangkat ke Kuala Lumpur petang nanti.Ustaz Afif pula sila pantau ye. Bantulah yang mana perlu. ” Kata Encik Musa, Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan kepada kami.

Aku memandang Ustaz Afif,merenung tepat ke matanya. Mata kami bertembung. Aku mula memikirkan tentang diri sendiri.Tugas yang diamanahkan kepada aku amat berat. Untuk menjadi seorang naqib kepada sekumpulan anak muda yang baru mendaftar sebagai pelajar di kolej ini. Senang cerita,aku akan jadi naqib kepada adik-adik junior.Aduhai…

Sudah wujud perasaan malas di dalam diri ini untuk meneruskan usaha dakwah di  kolej sedang aku sendiri terumbang ambing. Mahu saja dilafazkan, “kalau saya nak berhenti dari buat kerja-kerja ini boleh?”

“Kenapa?” Getus hati kecilku.

“Aku tak sempurna. Saat ini aku mengajak mereka beramal,saat aku terleka maka aku akan terus di tampal setem munafik yakni cakap tak serupa bikin.”

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 3.  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 2-3

 

Aku?Layakkah aku untuk menjadi teladan kepada orang lain sedang diri sendiri pun masih tidak mempunyai arah? Silap hari bulan,aku mungkin seperti kata pepatah, bagaikan ketam mengajar anak berjalan.Wah! Besar tanggungjawab ni!!

isyak itu,seusai sesi usrah kali pertama,Ustaz Afif pun berkata kepadaku,

“Nanti ada Ketua Jabatan baru akan datang,dia tu ustaz juga.InsyaAllah,kekuatan kita akan tambah kuat.Nanti kita boleh plan segala program kerohanian.”

Aku menghulurkan senyuman ringkas.  Teringat aku kepada firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 104..

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.

Aku menghitung diri. Aku telah dipilih oleh Allah untuk melaksanakan agama di dalam ummah di saat islam dipandang sebagai sesuatu yang tidak penting. Di saat maksiat dianggap sebagai rutin, hinggakan manusia tanpa segan silu melakukannya.  Di saat Nabi pastinya akan menangisi keadaan umat islam kini jika Baginda melihat umatnya.

“Di akhirat nanti,kalau Allah tanya Apa yang kamu buat untuk agamamu..?Apa kita nak jawab..?” Seorang membuka persoalan.

Kami terdiam,masing-masing tunduk. Aku menjeling insan yang bertanya,menanti jawapan seterusnya.

“Jika ditanya,maka inilah jawapan kita.Tugas sebagai daie inilah yang akan membantu membela diri kita.”

Da’ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA….. Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah..teringat aku kepada sebuah ungkapan yang dizahirkan di sebuah laman Ibnu Muslim.

Saat itu,kata-kata Ustaz Zaharuddin bermain di fikiran.

“Inilah pelaburan jangka masa panjang di akhirat kelak..

Kita tanya diri sendiri.Apakah jasa kita kepada agama kita? Apakah kita hanya melihat betapa kejatuhan akhlak hingga azab Allah tidak lagi dipandang berat? Apakah kita hanya membiarkan sahaja apabila ibadah dirasa berat tidak tertahan? Di saat zikir dan bacaan Al Quran tidak lagi menghiasi rumah sebaliknya dipenuhi dengan lagu dan hiburan yang melalaikan?

Renungi diri sendiri kerana Allah sedang menanti aku untk tunduk sujud kepadaNya.Salam solat subuh …:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s