Risalah Tarbiyyah Islamiyah-nota buat adik yang kusayangi

Risalah Islamiyah-nota buat junior anda yang baru menjejakkan kaki ke tempat anda belajar.InsyaAllah..SIla copy n Paste tanpa perlu minta izin..Sila edit di bahagian nama ya…๐Ÿ™‚

Assalamualaikum wbt..

Buat adik serta saudaraku seiman dan seaqidah yang dikasihi,

Alhamdulillah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat lagi menjalani kehidupan ini dalam keadaan menerima Islam dan juga Iman. inilah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya. Jadi adikku,sentiasalah berdoa agar Allah menjaga hati kitaย  agar terus berada pada jalan kehambaan. Sentiasalah berdoa agar Allah tidak palingkan hati kita dari jalan-Nya setelah Allah beri hidayah kepada kita.

 

Pertamanya,suka untuk saya ucapkan selamat datang ke Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Tahniah diucapkan kerana kalian adalah insan yang dipilih oleh Allah untuk menempatkan diri kalian di dalam suasana tarbiyyah islamiyah di kolej ini.InshaAllah.. J

 

Dewasa kini, ibadah dipandang sebagai sesuatu yang menyiksakan. Usaha pemuliharaan dan pemeliharaan iman kian dipandang sepi. Justeru,sudah menjadi tanggungjawab anda dan saya untuk sama memantapkan iman di dalam diri sendiri dalam usaha memperoleh redha Allah. InsyaAllah, bersamalah kita caj kembali iman kita dengan sentiasa melaksanakan segala perintahnya seperti solat, zikir, membaca Al Quran dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ayuh kita laksanakan amar maโ€™ruf nahi mungkar. Semoga Allah membimbing kita dengan cara yang paling diredhainya.

 

Semoga Allah mengukuhkan jalinan ukhuwah wa mahabbah di antara kita.. J

 

 

 

Sekian,yang mengharapkan doa kalian.

 

 

_______________________________

[ syafiq aizat Mahamad Fuad ]

02 Januari 2011

1443 pm

 

 

 

 

Sahabat dan sahibbah yang disayangi,

 

Pada hari ini, tenaga-tenaga muda kita ย sebagai generasi mukmin dan muslim menjadi ย semakin lemah dan lalai. Kita disogok-sogok dengan HARTA, WANITA dan TAKHTA. Inilah yang digambarkan oleh Rasul s.a.w. kepada kaum Ansar dalam hadisnya ketika mana Abu Ubaidah pulang membawa harta daripada Bahrain, sabda Rasul yang bermaksud:

 

“Bergembiralah kamu dan harapkanlah apa yang menyukakan hati kamu. Maka demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatiri ke atas kamu, tetapi apa yang aku khuatiri ialah dunia ini kelak akan dibentangkan seluas-luasnya di hadapan kamu sebagaimana dibentangkan kepada ummat terdahulu daripada kamu, maka kamu berlumba-lumba merebutnya sebagaimana yang mereka telah lakukan, kelak dunia akan membinasakan kamu sebagaimana ia telah membinasakan mereka itu.”

 

“Mukmin apabila melakukan dosa, ia menganggap dosa itu bagaikan gunung menghempap dirinya, tetapi munafik apabila melakukan dosa, dianggapnya dosa itu bagaikan lalat menghurung di hidungnya”
Saya petik kata-kata ini daripada seorang ulama’ Islam. Hari ini kemaksiatan berleluasa di sekeliling kita. Ke mana-mana pun kita pergi, ke penjuru manapun kita beralih pasti kita ternampak sistem hidup jahiliyah berleluasa dalam masyarakat. Kita risau jika kita adalah orang yang turut sama berada dalam penguasaan sistem ini. Kenapa kita risau, bimbang dan takut? ย Kerana sistem inilah yang bakal memusnahkan rasa takut kita kepada Allah, ย menghilangkan rasa takut untuk berbuatย  dosa hingga meruntuhkan keyakinan kita terhadap Rabb Maha Agung. Sistem inilah yang menyekat kelahiran generasi Islam yang memiliki kefahaman dan keyakinan yang benar terhadap sistem Allah s.w.t. Sistem inilah yang akhirnya mendidik manusia untuk berasa selesa melakukan dosa walaupun terjerumus ke dalam dosa besar.

Imam Malik, ketika sedang mengadakan kuliah dengan pelajarnya, tiba-tiba beliau berhenti seketika dan menangis kemudian menyambung kuliahnya semula. Pelajarnya berasa hairan dengan tindakan guru mereka itu lalu mereka bertanya pada beliau di akhir kuliah, “Mengapa engkau menangis sebentar tadi dan kemudian engkau kembali mengajar kami seperti biasa?” Apa yang dijawab oleh Imam Malik?
Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku terputus sebentar hubungan dengan Allah ketika sedang mengajar, kerana itulah aku menangis.”
Lihatlah Imam Malik, hanya kerana terputus sebentar hubungan dengan Allah telah membuatkanya menangis. Bagaimana pula dengan kita? Hari-hari dalam kehidupan kita dipenuhi dengan dosa dan maksiat. Tidak pernah pula sekali pun kita menangis kerana dosa kita. Kita bimbang hati kita dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Lantaran itulah yang membuatkan kita rasa senang, selesa meskipun telah melakukan banyak dosa.

Mari kita lihat dan mencontohi peribadi Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sememangnya dari azali lagi adalah seorang yang maksum yakni diampunkan dosanya yang lepas, sekarang dan akan datang. Tapi lihatlah pengorbanan dan susah payah yang ditempuhi oleh Nabi. Baginda solat malam sepanjang malam hingga bengkak kakinya. Bila ditanya Aishah maka dijawabnya, ” Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur.” Rasulullah yang sememangnya sudah bersih suci daripada dosa masih tunduk dan taat kepada Allah, apa pula hak kita untuk mengingkari perintah dan larangan Allah?

Pintu keampunan Allah itu sentiasa terbuka luas bagi orang-orang yang menginginkan keampunan-Nya. Allah menyebut dalam surah An-Nisa’ ayat 31 yang bermaksud:

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).”
Rahmat dan keampunan Allah sangat luas. Tetapi itu semua terpulang kepada kita. Jika kita berkehendakkan kehidupan yang bahagia di akhirat sana, maka bersegeralah kepada keampunan Allah. Janganlah pernah biarkan kehidupan kita dicalari dan dicemari dosa yang tidak terampun. Ingatlah, seksa Allah itu amat pedih bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya. Nauzubillah. Pohonlah keampunan kepada Allah selagi mana kita masih dianugerahkan nafas dan nyawa. Anda patut mengetahui bahawa Allah itu lebih dekat dari urat nadi anda. Justeru, keluarlah dari berada dalam keselesaan bersama dosa dan kemaksiatan.
Kita pasti akan bertemu dengan kebahagiaan hidup yang sebenarnya.

HINANYA MANUSIA BILA MENINGGALKAN ALLAH DI BELAKANG
Lihatlah kezaliman dan maksiat yang berleluasa di sana sini.
Pemimpin dengan kerakusan, kezaliman dan penindasan yang tidak pernah berhenti. Tidak jujur dan mengabaikan rakyat.
Rakyat pula terjebak dengan maksiat dan kemungkaran.

Kenapa boleh terjadi begini?
Inilah akibat meninggalkan Allah SWT.
Mereka tinggalkan Allah SWT, dan mengambil lain daripada apa yang telah Allah tetapkan.
Mereka lupa dan lalai kepada tanggungjawab mereka kepada Allah.
Mereka tahu Allah SWT itu Rabb Alam ini, tetapi mereka tahan dan tutup hati mereka. Sebab itu mereka tidak pernah faham dan sedar.

Inilah contoh manusia HINA.
Lebih hina daripada lembu, kambing dan segala apa jenis binatang.
Bagi mereka balasan yang setimpal hanyalah neraka.
Kerana terlalu banyak dosa dan kelalaian yang mereka lakukan.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud:

“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Itulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk manusia yang meninggalkan-Nya.
Sama seperti binatang ternakan, bahkan lebih teruk lagi daripada itu.
Binatang pun sayang kepada anak, tetapi manusia hari ini buang anak di mana-mana sahaja bahkan di dalam jamban sekalipun.
Huh, kesian makhluk tidak berdosa itu!
Binatang pun tidak tamak dalam mencari makanannya. Lihatlah semut, berkongsi dengan saudaranya. Tetapi manusia, ketamakan dan kerakusannya melampau-lampau.
PENUTUP : KITA PERLU KEMBALI KEPADA TUJUAN ASAL

Allah SWT telah sebutkan dalam surah Al-Mukminun yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Sahabat dan sahibbah,

 

Kita hidup, ada tujuannya.
Kita tidak hidup sekadar untuk memuaskan nafsu ini.
Hidup di atas nafsu inilah yang menyebabkan manusia berpecahan dan bergaduh sesama sendiri.
Kita perlu SEDAR dan KEMBALI…!

IMAN yang akan memuliakan kita. Lihatlah kesan IMAN terhadap generasi Rasul s.a.w. dan para sahabat.
Mereka juga manusia seperti kita, tetapi mengapa mereka mampu menjadi hebat sedemikian?

Mereka tidak pernah meninggalkan Allah dalam kehidupan mereka.
Mereka menjaga hak-hak Allah, maka Allah menjaga dan memuliakan mereka.

Manusia, makhluk yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, maka baginya juga sebaik-baik deen (cara hidup) di sisi Allah, iaitu ISLAM.
Sekiranya dia memilih jalan yang lain, maka sesat dan rosaklah dirinya.

Ayuh renungi diri

Bila diperhatikan langit teguh berdiri tanpa tiang, rasa diri ini terlalu kerdil.
Bila matahari terbit memancarkan sinarnya, terasa diri ini tidak ada apa.
Bila bulan menerjah di malam hari menampakkan keindahannya, terasa diri ini terlalu kecil.

Kita tidak seteguh langit itu, berdiri tanpa tiang.
Kita juga tidak seterang matahari, mampu memanfaatkan alam ini dengan sinarnya.
Kita juga tidak seindah bulan, menyejukkan mata yang memandang.

Ya…Kita memang tidak sehebat itu.
Tapi kita boleh menjadi LEBIH HEBAT daripada itu….
Kita ada Allah…

Siapakah yang menciptakan langit yang teguh itu?
Allah Maha Agung…
Siapa pula yang mencipta matahari yang bersinar-sinar itu?
Allah Maha Kuasa…
Dan siapa pula pencipta bulan yang indah itu?
Allah Maha Kaya…

Ya…Allah Al-Khalik. Dia adalah Pencipta dan Pemilik segala-galanya.
Allah telah sebutkan dalam surah Al-Mukminun yang bermaksud:

“…Maha Suci Allah, Dia adalah sebaik-baik Pencipta.”

Ya…Di situ rahsia KEKUATAN hidup ini. ALLAH S.W.T.
Langit tidak mungkin seteguh itu tanpa izin Allah, Matahari yang terang itupun tidak mampu terbit tanpa izin Allah, bahkan bulan yang indah itupun akan menjadi hodoh jika Allah membiarkannya.
Lantas, di situlah rahsia kekuatan makhluk.

Manusia…
Ia juga adalah makhluk, bukan? Lalu, bukankah Allah juga adalah rahsia kekuatan bagi manusia itu?
Ya…sudah tentu.Allah s.w.t. yang menciptakan manusia, lalu Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Dia yang memberi manfaat dan mudharat kepada manusia.
Dia jugalah yang mengawal takdir manusia, menentukan manusia mana yang layak bersama golongan yang Ia redhai di akhirat nanti dan golongan mana yang dimurkai.

Sebagaimana langit itu mampu menjadi atap dunia tanpa tiang, maka Dia mampu menjadikan kita seteguh itu juga dengan syarat, jagalah hubungan dengan-Nya.
Dia mampu menjadikan kita bersinar seterang cahaya Matahari itu, namun jagalah hubungan dengan-Nya.
Dia mampu menjadikan kita seindah bulan purnama, dengan syarat, jagalah hubungan dengan-Nya.

 

Ia…di situ KUNCINYA
Jagalah hubungan dengan Allah.
Tapi, bagaimana nak jaga hubungan dengan Allah?
Sebagaimana seorang pekerja yang berharap agar majikan suka dan sayang padanya serta beri bonus lebih kepadanya, sudah tentulah dia akan buat apa yang disukai oleh majikannya sahaja serta meninggalkan apa yang tidak disukai majikannya,maka begitulah umpamanya.
Kita berharap Allah sayang dan jaga serta beri apa yang kita hajatkan, maka kita perlu laksanakan apa yang disuruh oleh Allah, meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Kita buat apa yang Allah suka, dan kita tinggal apa yang Allah bencikan.

Allah suruh kita ambil Islam sebagai cara hidup kita, maka dalam hidup kita, kita menolak Illah (sembahan) selain Allah.
Allah suruh kita berakhlak dengan akhlak mulia, maka kita memelihara akhlak kita.
Allah suruh kita tinggalkan kata-kata kesat dan tidak elok, maka kita tinggalkan.

Pendek kata, bila mana kita menjaga apa yang Allah minta dan apa yang Allah suka, sudah pasti Dia akan beri ‘bonus’ pada kita, tak? Tapi ‘bonus‘ tu dalam bentuk macam mana, ye?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah,5 yang bermaksud:

“Mereka itu berada di atas petunjuk daripada Rabb mereka dan mereka itu tergolong dalam orang-orang yang berjaya.”

Allah telah janjikan orang-orang yang menjaga hubungannya dengan Allah, mereka sentiasa ditunjukkan Allah ke jalan yang benar, malahan tergolong dalam golongan yang berjaya, bukan sahaja di dunia, bahkan akhirat.

Tidak mahukah kita?
Orang yang sentiasa dipandu dan dibimbing oleh Allah, maka kehidupannya adalah kehidupan yang bahagia.
Ia tidak risau diuji dengan musibah, dia tidak gopoh menerima ujian kesenangan. Dalam kedua-duanya, dia adalah orang yang sabar dan bersyukur.
Maka, lantaran itu, Allah menjadikan dia sentiasa KUAT untuk terus taat dan patuh kepada Allah.
Kuat fizikalkah,atau kuat mental?
Oh, tidak…
Allah beri kekuatan pada jiwanya, pada imannya menyebabkan kekuatan itu terjelma ke jasmani dan aqlinya.

 
Lantaran itu, bila berdiri, dia adalah seteguh langit, tidak mudah goyah diuji badai dan ujian.
Dia juga laksana matahari, kehadirannya memberi manfaat dan kebaikan pada orang di sekitarnya.
Dia juga umpama bulan, hadir merawat luka-luka hati dan membuat orang rasa senang dan tersenyum dengan kehadirannya.

InshaAllah,semoga Allah memelihara iman kita dan menempatkan kita di kalangan manusia yang beramal soleh di Akhirat kelak..

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s