Tika aku teringat

“Along pergi beli telur kemudian campurkan dengan rencah ni.Baru buat roti john.” Pesan ummi.

“Baik ummi.Duit..?”Aku tersengih.Tangan dihulurkan.Memang masa tu aku tengah kering kot. Bukan paw my mother okey..?

“Pergi ambil duit,ummi letak  kat sebelah tv.”

Lalu,aku memandu motor Honda berwarna biru muda itu menuju ke kedai.Motor yang sudah kerosakan lampu itu,aku pandu dengan berhati-hati.Keadaan sekitar Kampung Sanglang saat jam 8.00 itu agak sunyi.Sesekali kelihatan kelibat lampu kereta yang melalui jalan itu.

term sesuai untuk motor  apa..?menunggang atau memandu..?

Lima belas minit selepas aku selesai membeli telur,maka semestinya aku harus pulang ke rumah.Yelah,takkan nak buang masa kot.Kalau buang masa,berlaku pembaziran masa di situ.Lalu,bagaimana kita hendak berhadapan dengan Allah jika ditanya tentang pengurusan masa kita?Hish,maaf sudah tersasar dari landasan entri kali ini.

Saat aku sedang menunggang motor Honda keluaran syarikat dari Jepun itu,aku melihat kelibat seseorang sedang mengayuh basikalnya dari jauh. Kelihatan di belakang pemuda yang mengayuh itu adalah seorang wanita tua. Dari gayanya,aku dapat mengenal pasti siapakah wanita tua itu.Dia adalah seseorang yang aku panggil mak cik (sebab tak tahu namanya,maaf).tapi yang aku pasti bukannya mak Encik.

Ingatanku kembali mengimbau saat dahulu.fikiranku berputar,cuba mengorek sejarah silam hingga akhirnya membawa aku ke zaman kanak-kanak aku.Zaman aku masih berhingus,zaman aku masih menagih pengalaman,zaman aku di sekolah rendah.Zaman aku di sekolah Kebangsaan Sanglang.

Dia seorang ibu tunggal. Sejak kematian suaminya,dia sendiri yang menyara dua orang anaknya,yakni seorang lelaki dan seorang perempuan yang masih kecil.Dengan sebuah basikal tua,dia sendiri mengayuh basikal itu sajauh 6 kilometer hanya untuk menghantar anaknya ke sekolah.Rumahnya yang terletak di Kuala Sanglang,amat jauh dari sekolah Kebangsaan Sanglang.tika itu,aku di tahun 6.Masih aku ingat suatu saat di mana tayar basikalnya pancit,lalu dia enggan membiarkan anaknya dalam kesusahan.Perempuan tua itu lalu menolak basikal itu sejauh 6 kilometer!

Alhamdullillah,kini anaknya telah besar dan anaknya pula yang menjaga ibunya.jazakallah..!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s