Minggu BAHasa IPMa.

bsimillah

alhamdullillah..Aku masih diberi peluang untuk aku melakukan sedikit senaman regangan badan.Lama juga aku tak menulis sendiri di laman ini.Rasanya agak lama juga dan sedikit terkilan kerana tak dapat meluangkan masa bersama pembaca.Walau apa pun,terima kasih kerana sudi menyokong aku.Terima kasih..!

Aktiviti petang ni dimulakan sekitar jam 5 petang.Senaman dimulakan dengan regangan anggota jari dan jemariku dilenggokkan sedikit demi sedikit agar mudah untuk menaip.Assignment yang asyik tertangguh mula merintih minta disiapkan tapi jiwa kecilku sering mengatakan bahawa aku ini memang malas.!!Itulah realitinya!

Minggu ini,begitu banyak idea yang bersarang di fikiran.Semuanya idea-idea gila dan juga ideologi falsafah yang akan disebarkan.InsyaAllah.Panjangnye mukadimah..!

Baru-baru ini,kolej tempat aku menetap telah bertindak selaku tuan rumah sempena Minggu Bahasa peringkat IPMa 2010.Kiranya peringkat kebangsaan juga sebab semua Kolej Poly Tech MARA, Kolej Profesional MARA, dan KOlej MARA seluruh MAlaysia datang bertandang ke KOlej Profesional  MARA Bandar Penawar.

Pelbagai acara yang dipertandingkan.Antaranya pertandingan berpantun,pertandingan Pidato bahasa melayu dan pertandingan deklamasi puisi.Penulis juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara yang dipertandingkna.Alhamdullillah.Penulis berjaya menggondol tempat ketiga bagi acara pertandingan berpidato dengan modul bicara Pantun : Pancaran Akal budi Bahasa.

alhamdullillah.semoga Allah memberkati seluruh kehidupan kita.

Pelbagai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s