Travelog seorang rijal

Pengenalan:travelog seorang rijal

Ia tentang sebuah impian

Subuh itu,kelam masih lagi menghiasi lukisan malam.Fajar mula mengganti sang bulan,bertugas seperti arahan Pencipta.Persekitaran Kota Sarang Semut itu terasa damai.Angin lembut mengusap pipinya,membelai seorang hamba Allah yang bangun menunaikan solat subuh berjemaah di Surau Al Abrar.

Haji Muadz menyeluk kunci motosikal Honda Cup miliknya yang setia.Motor itu sudah tua benar.Bahkan lebih tua darinya.Motor milik ayahnda Umar,yang diwarisi sejak 20 tahun dulu masih lagi sedia berbakti.Dia menghidupkan enjin,pantas membelah kepekatan malam,menuju ke warung Pak Cha.

“Isa,hang dah beli surat khabar hari ni?”

“Ada,cuba tengok kat atas meja tu.”kata Isa Zul Muhammad yang lebih dikenali dengan panggilan pak Cha,sambil menuding jari ke arah meja yang berwarna merah.Dia kelihatan sibuk melayan pelanggannya.

Haji Muadz mencapai surat khabar itu.Terpampang tajuk utama,Tanah Palestin dirampas lagi.

Matanya meliar menyelak halaman itu.Dia membaca dengan teliti.Dia melihat gambar sekumpulan anak muda melontar batu ke arah tentera Israel yang bersembunyi di sebalik kereta kebal.Ya,israel bangsa yang pengecut!

“Celaka Israel!!!”hatinya menjerit.

Dia mengetap bibirnya geram.Perasaan marahnya membuak-buak.kadang,tangannya digenggam erat membentuk buku lima yang benar-benar mantap.

“kalaulah aku ada anak lelaki,akan aku latih dia untuk syahid di jalan Allah.”hatinya berbicara.Dia benar-benar maksudkannya.Ya Allah,kurniakan aku seorang pemuda yang sanggup syahid di jalanmu.Dia berdoa.

Selesai membayar harga nasi lemak dan sedikit kuih-muih.Dia segera berangkat pulang ke rumahnya.Mahu menghantar tiga anak perempuannya ke sekolah.Itulah rutin hariannya.

Itulah tugasnya sebagai seorang khalifah,yang memimpin keluarganya,demi mengharap redha Allah.

Malam itu,Jannah,isteri Haji Muadz mendekati suaminya yang asyik membaca Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi.Haji Muadz begitu khusyuk membacanya,bahkan gemar membacanya sambil memegang sebatang pensel.Sudah menjadi tabiatnya,kerana sejak kecil lagi Haji Muadz sudah dilatih untuk membaca sambil menggariskan isi-isi penting.Jannah merenung suaminya,kacak suami aku ni.Puji Jannah di dalam hati.

“Abang,Jannah ada dua berita baik ni.”

Haji Muadz membetulkan cermin matanya.Dia melihat wajah tenang isterinya yang tersenyum.Dia membalas senyuman manis isterinya,ikhlas.

“Berita apa sayang?”tanya Haji Muadz lembut.Dia sentiasa memanggil isterinya dengan panggilan yang manja dan Jannah benar menyukainya.Bukankah romantis di antara suami dan isteri itu sunnah rasul?

“Yang pertamanya,kesemua anak-anak kita mendapat tempat pertama di dalam kelas.”

Alhamdullillah.Haji Muadz mengucap syukur.

“yang keduanya Ummu Alia?”

“Yang keduanya,Jannah mengandung lagi ya habibi.”

“Alhamdullillah,Syukur kepada Allah”kata haji Muadz.Hatinya diselubungi awan kegembiraan.Terima Kasih Ya Allah!!

Dia segera menghadap kiblat,lalu bersujud syukur.

“Ya Allah,syukur kepadaMu,Pemilik Seluruh Alam.Dengan izinMu,semoga yang lahir nantinya adalah pemuda,akan aku siapsiagakan dia untuk syahid di jalanmu.”

Haji Muadz memimpin isterinya,Jannah ke ruang tidur.Dia membelai lembut ubun-ubun isterinya.Dia mencium dahi isterinya.Hatinya berkata,kamu sedang mengandungkan tentera Allah ya Ummu Alia.

Dia tersenyum.Senyuman yang membawa seribu makna.Senyuman penuh keyakinan,anaknya akan mewarisi impiannya.Syahid sebagai tentera Allah.

Sebelum tidur,dia membaca surah Muhammad.Dia yakin,seketul daging di dalam rahim isterinya pasti mendengar surah yang dibacanya.Semoga kamu mencontohi nabi Muhammad S.A.W..

Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. (Surah Muhammad,47:4)

Seusai membaca Al Quran,Haji Muadz merebahkan badannya di atas katil.Dia agak letih,seharian bekerja sebagai tenaga pengajar di Sekolah Rendah Sanglang sebagai guru agama.Tambahan pula,pihak sekolah sibuk menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran peringkat daerah.

Dia melelapkan matanya.Dia mahu lelap semahunya..Lelap demi berjumpa dengan Pencipta.

“Abang,bangun untuk solat subuh.”Jannah lembut bersuara.Dia menyentuh bahu suaminya,perlahan.

Dilihat suaminya masih lagi diam.Diam membatu,Jannah memanggil lagi.

“Ya habibi,bangun untuk mengerjakan solat subuh.”

Jannah menggoncangkan bahu suaminya.Haji Muadz masih lagi membatu.

Hairan,fikir hatinya.haji Muadz seorang yang amat sensitif.Kebiasaannya,suaminya akan bangun dengan panggilan yang pertama.Dia menekapkan telinga di dada suaminya.Tapak suaminya digenggam erat.Sejuk.Tiba tiba,hatinya hiba.

Air matanya mulai menitis.Dia mencapai telefon bimbit.

“Abdullah,abang Muadz sudah kembali…”

Air matanya mengalir laju.

Ya Allah,tabahkanlah hatiku.Bantulah aku Ya Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s