4 gesaan untuk merawat gejala pembuangan bayi

  • Benarkan polis periksa telefon bimbit remaja elak simpan bahan lucah
  • Kuat kuasa peraturan halang remaja bawah 18 tahun keluar rumah selepas 12 malam
  • Sekat laman web lucah, kawal kafe siber dan penjualan perisian tidak bermoral
  • Percepat pelaksanaan pendidikan seks di sekolah.
  • .

    Tengah hari tadi,sebelum berangkat ke Kota tinggi atas alasan mahu menunaikan cek di tangan.Aku singgah sebentar di kedai runcit.Sengaja menjenguk,mana tahu ada buku komik terbaru yang keluar di pasaran.mata aku terpaku pada empat gesaan yang dicadangkan oleh NGO demi membanteras gejala pembuangan bayi luar nikah yang kian berleluasa.Seperti yang dibold di atas ya..

    sindiran penulis:sudah lama berdarah akibat terhantuk,baru nak terngadah..

    Lantas,kepala aku pun memutar kembali..Putar punya putar.baru aku teringat,gesaan yang pertama telah pun dibincangkan semasa aku mengikuti kursus di Kolej MARA Seremban(25-27 Jun 2010).Maka apakah keserasian yang ingin dibincangkan.Mula,aku ingin memohon maaf jika bahasa yang aku lontarkan sedikit berat.Inilah saatnya kita mula berfikiran dengan gaya bahasa matang.InsyaAllah,aku huraikan sedikit demi sedikit ya.Kalau ada kekhilafan,mohon betulkan..

    1.benarkan polis periksa telefon bimbit remaja elak simpan bahan lucah.

    Ya,Cadangan yang bernas.tetapi sejauh mana pelaksanaannya diyakini berkesan.?Adakah kita sekadar mahu mengubah 20 peratus?30 peratus?50 peratus.?Yakinkah kita setiap anggota polis akan periksa telefon bimbit kita?Apakah remaja sekarang bodoh?Tidak.Aku yakin.Wujudnya software yang mampu menyembunyikan file-file lucah daripada diakses oleh pegawai polis nanti.Bahkan,aku yakin sekali bahawa pegawai polis tidak akan memeriksa telefon bimbit remaja.Bahkan,berkemungkinan pegawai polsi juga memiliki bahan lucah.Bagaimana?mampukah kita membendungnya?Kalaulah gesaan ini diluluskan.Aku akan berjalan di hadapan pegawai polis sambil menayangkan Nokia N70.Jika mereka memeriksa telefon aku.ALhamdullillah..Misi berjaya.Jika tidak,ia hanya omong kosong yang dibanggakan.

    2.Kuat Kuasa peraturan remaja bawah 18 tahun dilarang keluar rumah selepas 12 malam.

    Persoalan yang ingin aku kemukakan.Kenapa 18 tahun dan ke bawah?Kenapa 12 malam?Rupanya,secara tak sengaja kita telah benarkan remaja atas 18 tahun keluar melebihi jam 12 malam.maknanya,aku sudah 19 tahun.Maka kerajaan telah memberi aku lesen untuk aku bersukaria di disko,kelab malam dan sebagainya.Terima kasih ya.Akan aku gunakan peluang ini sebaiknya.Apakah tidak ada pihak yang sedar bahawa jam 6 pagi,sudah ada yang bersiap siaga untuk melakukan maksiat.dahsyat!JAdi,apakah sekadar menghalang remaja keluar rumah akan dapat merawat masalah gejala sosial ini?Fikirkan.Tidak 24 jam polis bertugas meronda ya…

    3.Sekat laman web lucah, kawal kafe siber dan penjualan perisian tidak bermoral

    Sekatan ya?Sejauh mana kemuhasabahan idea ini?Pada aku,peratusan kejayaan adalah 40 peratus sahaja.kerana bahan-bahan lucah mudah didapati semudah goreng pisang yang dijual di tepi jalan.Jadi,andainya gesaan ini diluluskan.Aku cabar JAKIM agar melaksanakan operasi ini  besar-besaran.Bukan JAKIM sahaja,bahkan,aku menyeru PDRM,RELA dan semua badan kerajaan dan badan bukan kerajaan agar berganding bahu untuk mencapai objektif ini.Seruan bukan ditujukan kepada pihak tertentu,termasuk juga diri aku,keluarga aku dan seluruh anggota masyarakat.Jadi,kalau nak buat apa-apa pun,jangan buat sekerat jalan.

    4.Percepat pelaksanaan pendidikan seks di sekolah.

    Bab ni,aku seratus peratus tak setuju.Yela,sebab zaman aku sekolah mana ada subjek pendidikan seks.PEndidikan sivik pun aku tak sempat nak belajar.JAdi,aku memang tak tahu macam mana silibus pendidikan seks ni.Kalau tiga golongan ni kata setuju.Maka aku pun setuju.Tiga golongan yang dimaksudkan ialah ibu bapa,guru agama dan mufti.Alasan kenapa aku menentang gesaan yang keempat adalah kerana,kalau tak silap aku.Zaman aku belajar subjek sains semasa aku di tingkatan dua kot,ada chapter tentang reproductive systems.pun kawan-kawan aku dah tersengih-sengih.Jadi,korang pun faham la kan.Tambahan pulak kalau diajar pendidikan seks,mesti pakwe di belakang dah tersenyum,makwe di depan dah tersengih.Kerajaan Jepun dah lancarkan pendidikan seks,aku pun dah view silibus pendidikan seks versi jepun.So,aku memang tak setuju.Kawan aku yang study kat jepun(Chem eng) pun setuju bahawa silibus pendidikan seks hanya kan mencambahkan lagi maksiat..

    SOLUSINYA

    Pada aku,cara terbaik adalah dengan menekankan solat dahulu.Kalau iman dah mantap,sanggupkah kita buat maksiat?

    Cadangan dari aku.,

    1. Mewajibkan semua pelajar mengikuti kem ibadah solat dan pengamalannya selama 6 bulan dan tiada alasan untuk mengelaknya.Kalau kerajaan boleh mewajibkan PLKN,kenapa tidak diwajibkan kem pemantapan solat.yang penting,mantapkan iman.Bukan mantapkan badan.
    2. Tiada agama yang menyuruh pengganutnya bermaksiat.Ada agama yang menggalakkan pengganutnya bermaksiat?

    _
    _
    _

    maaf ya,sedikit tergantung entri ini.Aku sudah mengantuk.Selamat malam wahai pembaca yang dimuliakan Allah.

    7 thoughts on “4 gesaan untuk merawat gejala pembuangan bayi

    1. Salam duhai saudaraku tercinta.

      Salam perkenalan ukhwah Islamiah.

      Ternyata saya amat bersetuju dengan hujah yang diberikan.

      Sesuatu masalah tidak mungkin akan selesai sekiranya kita asyik fokus kepada masalah tersebut.

      Dan sebenarnya segala masalah yang kita alami sekarang adalah disebabkan sedar atau tidak rata2 antara umat Islam kita yang mengamalkan faham sekularisme.

      Mengasingkan agama dari dalam kehidupan. Dan inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang melupakanNya.

      Maka bala2 seperti inilah yang hadir kedalam kehidupan masyarakat kita.

      Umumnya, ramai di antara kita yang gagal untuk mengaplikasikan keindahan mukjizat Solat dalam kehidupan.

      Solat hanyalah urusan di akhirat dan bukan untuk urusan di dunia.

      Pokoknya, ramai di antara kita yang tidak NAMPAK kelebihan solat.

      Di sebabkan solat yang tidak sempurna, atau tidak bersolat lantas datanglah masalah2 lain yang seumpamanya seperti pembuangan bayi.

      Akhlak Rasulullullah turut di lupakan.

      Pada saya, cara yang paling berkesan untuk memastikan segala jenis gejala sosial berlaku lagi ialah:

      1. Mengasingkan pendidikan dari Politik. Pendidikan seharusnya menjadi entiti yang asing supaya tidak dipengaruhi oleh mana2 badan politik.

      2. Mengislamkan pendidikan. Islamization of knowledge. Agar al-Quran dapat dipertekankan sebagai kitab ilmu dalam sistem pendidikan. Sunnah Rasulullulah di aplikasikan dalam kehidupan dan bukan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan Agama Islam.

      3. Menjadikan tenaga pengajar itu sendiri beretika, berakhlak dan mempunyai perinsip-prinsip Islam seperti orang Cina. Yang meletakkan wang di belakang dan bekerja bersungguh2 (Ihsan) dan secara profesional (itqan). Ramai tenaga pengajar kita yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan. Lantas melahirkan generasi yang sama. Generasi robot yang tidak tahu untuk berfikir tetapi mengikut pemikiran dan fahaman ORANG lain.

      Masalah mental yang dapat dibedung sekiranya sistem pendidikan sekularisme kita ini di ubah.

      Walaupun negara kita ini multi-racial, tetapi sejarah menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang indah yang mampu untuk di ikuti oleh semua Umat Manusia.

      Tidak semestinya pembelajaran perlu dimulakan dengan bismillah dan sebagainya. Maksud saya di sini adalah SISTEM. Bukan BAHASA.

      Kota Baghdad, Scandavia, Spanyol. Menyaksikan banjiran penuntut2 dari Barat yang bertandang untuk belajar dari ULAMA2 Islam tersohor semasa zaman kegemilangan Islam. Apa ertinya itu? Dan apabila mereka pulang ke tanah air, mereka banyak berucap terima kasih.

      Dan kini, mereka mengaplikasikan SISTEM PENDIDIKAN ISLAM walaupun bukan 100% dalam sistem pendidikan mereka.

      Dan kini, ISLAM DIJAJAH oleh MEREKA.

      Segala masalah ada akarnya. Dan gejala2 sosial seperti pembuangan bayi ini

      BERMULANYA DI SEBABKAN MASALAH MENTAL!

      Ubatnya, ialah ISLAM! IMAN! IHSAN! dan ITQAN!

      Al-Quran dilupai, Sunnah di caci, inilah balasan seperti yang dijanjikanNya

    2. salam, tidak setuju dengan langkah pendidikan seks di sekolah..

      apa signifikan pendidikan seks di sekolah?

      hanya sebagai penggalak kepada keghairahan naluri seks remaja sahaja, lebih menjerumus remaja untuk mengetahui hal ehwal seks dengan lebih cepat.

      seharusnya nilai-nilai murni islam perlu diterapkan seperti yang saudara utarakan di atas.

    3. Pingback: Islam di hatiku « Pemikiran seorang remaja

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s