Falsafah Couple

Bismillah..

Ya Allah,ampunilah dosaku..

Entri kali ini,pastinya menarik minat anak muda kini.itu sesuatu yang aku pasti.lihat sahaja di laman sesawang islami di seluruh dunia.Pastinya remaja gemar akan topik-topik sebegini.Topik Cinta(^^,)

Bismillah..aku mulakan kalamku dengan nama Allah.Moga dijauhi segala tipudaya syaitan.

Apakah itu couple?Couple?Pasangan?zawjan?khu?

ya,definisi yang paling tepat menggambarkan couple ialah seorang lelaki dan perempuan yang bersama untuk tempoh masa tertentu dan tempat yang tertentu.

jangan salah faham!

Apa pula definisi bagi kahwin..?kahwin bermakna sepasang lelaki dan perempuan yang mengikat janji untuk bersama dalam satu tempoh masa yang mungkin sekali pengakhirannya adalah mati ataupun cerai.

Jadi,kita kembali kepada topik asal,yakni falsafah couple.artikel ini tidak akan aku panjangkan.Kita treus kepada apa yang ingin aku sampaikan.

Secara peribadi,aku berpandangan terdapat lima jenis couple yang telah aku kenal pasti.kesemua couple ini didefinisikan di bawah takrifan haram,makruh dan haram dan yang terakhirnya,dibolehkan..

Couple 1.

-Pasangan lelaki dan wanita yang bercouple memang dengan tujuan untuk berbuat maksiat.memang ada ye jenis ni .Pada mulanya,aku pun terkejut juga bila wujudnya couple jenis ini.Mereka bercouple dengan tujuan untuk bermaksiat di atas muka bumi Allah.Jika ditanya,confirm tak mengaku punye nak buat maksiat.Tapi,secara faktanya,memang wujud golongan yang seperti ini.

Ada juga orang yang hidup berlandaskan nafsu semata.Aku ingatkan geng Yahudi ja.

Couple 2

-pasangan yang bercouple tetapi secara ‘tak sengaja'(kononnya)ย  terjebak ke dalam maksiat.Aku dapati situasi ini sering terjadi apabila bermulanya aktiviti menyebarkan ciuman menerusi sms.Kemudian,daripada aksi ciuman menerusi sms,mereka terjebak ke aksi ringan-ringan berpegangan tangan,perabaan dan seterusnya ke babak jijik lagi kotor kerana mereka melakukannya tanpa tiket perkahwinan.kalau gamak tak tertahan lagi,berkahwin lah..kan senang….Jadi,berkahwin bila mana kamu mampu..Jatuh hukum haram!!

apabila sistem komunikasi disalahgunakan.

Couple 3

haa…ini paling popular di kalangan pendakwah muda.Detik manis bermula dengan alasan atas urusan dakwah.Bermula dengan menghantar ayat-ayat Al Quran,petikan hadis dan kata-kata hikmah dari para ulama.kemudian saling bertanya khabar,dan seterusnya ke peringkat seterusnya.yakni sesuatu yang dinamakan ‘couple islami’.Bab ni dahsyat juga.daripada title saya dan awak,dapat pangkat percuma seperti walid dan ummi.Senang kan?tak payah kerja tapi dapat pangkat percuma.Tapi,awas,berhati-hati semasa anda berpegang dengan couple ini ya.Elakkan maksiat!!Hukumnya?Lu fikirlah sendiri…

Perasaan cinta itu fitrah kepada manusia..


Couple 4

Simple je jenis ni.Ia merupakan perjanjian antara seorang lelaki dan perempuan yang mahu melaksanakan sunnah rasul(Mencelah kejap,sunnah yang lain dah buat?).Couple jenis ini umumnya terjadi di kalangan TL dan Daie muda.Mereka secara umumnya sudah mengenali bakal pasangan mereka dan sering saling ingat mengingatkan.Alhamdullillah,semoga cita-cita mereka tercapai jua.Tetapi,awas,berhati-hati apabila anda berpegang dengan couple jenis ini.Syaitan anda ada dimana-mana!!Awas!!

Berdosakah menyimpan rasa?


Couple 5.

Paling simple dan teknik couple yang TerBAIK!!Seseorang wanita itu diikat dengan janji oleh seorang pemuda yang tidak dikenalinya melalui janji untuk menikahinya dalam tempoh beberapa tahun lagi.Dalam bahasa mudahnya,seseorang perempuan itu di “chop” oleh seorang lelaki walhal,perempuan itu langsung tidak mengenali lelaki itu.

Ada orang kata,ini pertunangan secara lisan yakni janji

-Jadi,couple jenis manakah pilihan anda?Anda buat pilihan..

bagi tahu lah ye….jangan lupa tinggalkan komen ya..

haa…sebelum saya menghabiskan kalam ini.Kita akan bersama menghujah demi sebuah solusi.Kita diskusi yuk.!!.

Umum,seringkali kita mengatakan bahawa couple itu haram.Lantas,ada yang akan mengambil tindakan drastik dengan memutuskan hubungan couple itu tanpa memikirkan apakah pasangan kita bersedia untuk menerima tindakan drastik ini.

Buat sahabat mahupun sahibbah yang menjadi pemandu di dalam sebuah perhubungan.relax,kool down..

Bila kita nampak papan tanda yang mengatakan bahawa couple itu haram itu di dalam sebuah perjalanan.Jangan tekan brek dengan mengejut.Sebaliknya,kita kawal stereng dan pastikan kita membelok dengan betul mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.Kawal kelajuan anda dan berhentilah di tempat yang disediakan.jangan sesekali parking di tempat yang tidak sesuai atau masa yang tidak tepat.!Bukan apa,kerana jika anda terus tekan brek mengejut,tak pasal-pasal kena masuk hospital sakit hati.Kita tidak mahu tindakan yang berniat baik diakhiri dengan insiden yang tidak diingini.Apakah insiden itu?Ayuh,kenal pasti bersama saya..

  1. pasangan beralih arah atau u turn ke hubungan yang dimurkai Allah,yakni melibatkan diri di dalam perilaku hubungan lesbian,gay dan sebagainya.
  2. pernah terjadi,apabila seseorang itu ditinggalkan begitu saja,dia bertindak dengan mempermainkan perasaan perempuan lain.malah,ada yang berazam mahu menebuk buah yang masih dara sebanyak mungkin!ini realiti ya!!
  3. Insiden kemuncak,gejala menunggang motosikal dengan kelajuan yang maksimum untuk melanggar pokok dengan sengaja yakni membunuh diri!

Fikirkanlah ya pemuda dan pemudi yang dimuliakan Allah.

Kita sentiasa berusaha untuk mencegah atau menghapuskan terus istilah couple ini sedangkan,bukankah perasaan cinta itu sesuatu yang logik?Apakah perempuan yang berjilbab itu tidak layak untuk memiliki perasaan sayang dan disayangi.Apakah pemuda yang berserban tidak layak untuk mencintai?Semuanya layak kerana perasaan cinta itu fitrah manusia!

Cuma,kita hendaklah merawat sebelum kuman couple ini hilang terus..Seumpamanya,kita terkena penyakit kanser,kita berterusan merawatnya sehinggalah kuman kanser itu lenyap terus dari kita.

jadi,bersamalah kita merawat isu couple ini dengan istiqamah yakni secara berterusan.Pandulah dengan berhemah,jadilah perfect driver ya!

UMUM!!

Ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan ‘kajian’ yang dibuat.kritikan dialu2kan…

26 thoughts on “Falsafah Couple

  1. penulis mengatakan couple ialah seorang lelaki dan perempuan yang bersama untuk tempoh masa tertentu dan tempat yang tertentu…adakah jenis kelima boley dikategorikan sebagai cOuple walhal mereka x bersama pun…agak keliru di situ!!

    • Islam tidak mengharamkan percintaan,namun Islam meletakkan batas dalam bercinta..
      InsyaAllah..
      dalam masa terdekat..
      Saya akan publish artikel mengenainya..

  2. couple no 4?
    adkah ianya seperti pra-tunang yg popular dikalangan pelajar2 ipt di malaysia skrg ni?
    maalish,ana student medik dari mesir..ingin penjelasan lebih lanjut ttg couple jenis no 4
    shukron

    • Couple no 4..?
      Bagaimana ya pra tunang yg popular di kalangan pelajar ipt di malaysia..?
      Saya kurang jelas mengenainya..
      adakah lafaz “aku nak kahwin dengan kau..” secara lisan tanpa ada sebarang protokol sepeti adat melayu..?
      Kalau itu yang dikatakan pra tunang,bagaimana pelaksanaan pra tunang itu..?
      sila jelaskan kepada saya kerana saya kurang jelas mengenainya..
      Alhamdullillah..
      anti student medic ya..?
      semoga dirahmati Allah..

      • pra tunang ini seperti couple no 4, bjanji utk melaksanakan sunnah Nabiyulloh (kahwin) bila tiba masanya krn masa skrg mereka dlm fitrah pengajian..kira mereka mngikat janji tanpa pengetahuan wali si perempuan.
        dan satu lg,adakah couple jenis2 yg enta nyatakan ini,mereka bcouple di dalam pengetahuan ibu bapa @ tak? ada sedikit kemusykilan

    • pada pendapat saya..terpulang samada ibu bapa tahu tentang itu atau tidak…
      insyaallah..
      namun,adalah lebih baik ibu bapa tahu mengenainya..

  3. adkah slah jka kita mncintai ssorg dan kita serius dgn hbangan kita dgn dya ?
    slah jga ka jka kita kple tpi msih mnjga adab dan pntang larang islam ?
    keliru. .

  4. ble ade prstujuan 2 pihak, itu pown dh dikira tunang..haram dipinang oleh org len,jika org tu mgetahui..kalau xtahu,xjd mslh..
    kalau nk ikutkn ‘mindset’, xkn ade prubahan..tmbh2 lg kalu mindset itu slh..knape msti org kluar dating2,mcm tu sume..
    n utk glongan pljr tuh plak, bg sy lau mampu, cntohnye dpt support dr fmly, juz carry on..
    aslkn jgn lpe utk cinta Allah dlm hati..
    kahwin mmg dpt phala, n brtunang pown leh jd ibadat jgak..

  5. knapa nabi mnyuruh berkenal-kenalan bkl psgn, brtunang..
    x ke itu pown blh mndekatkn ngn zina?

    mksud sy yg support dr fmly tuh ialah utk beri kprluan kpd anak, kalu dh khwin..
    senior sy yg tgh blaja pown ade yg kawen..parents die xabaikan plajaran anak, sbb itu msih dlm tanggungjawab ibu bapa..

    • maaf..
      saya telah sampaikan fakta yang salah.
      maaf..
      Maaf..

      InsyaAllah,saya akan nukilkan artikel berkenaan tunang di entri terbaru..
      perbualan saya dengan ust sy.๐Ÿ˜€

  6. xpe2..
    kite cume nak cari ilmu..
    maaf la..
    sy pown mgkin ade slh jgak..
    cuma sy agak keliru la sket ngn pndgn org tntg kapel,knape ia disebut kapel..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s