Alkisah nilai sekeping Lesen Agung

salam alaik..

apa khabar pembaca semua?Semoga sihat hendaknya.hari ini,syafiq nak cerita tentang kisah paling romantik abad ini.bukan kisah Titanic,bukan jua kisah yusuf dan Zulaikha,tetapi kisah roman picisan yang dipopularkan oleh seniman Agung negara,Alburqueque de Al Syafiq.

Mahu tahu ceritanya apa?Mari,duduk sebelah Syafiq,kita bicara sedikit demi sedkit,kita bongkarkan rahsia agung.

Pejamkan mata,bayangkan…..

Alkisah di sebuah negeri yang diberi nama Qedahi,ada seorang pemuda dan pemudi yang hangat dilamun asmara.Keduanya dibayangi lafza dan bait-bait cinta yang tiada taranya.heboh sekampung mereka sedang berpasangan.mereka ini bagaikan belangkas.Asyik berkepit ja.mengalahkan Pak mail dan Mak temah yang dah 20 tahun kahwin…..Kedua mempelai ini memang manis digandingkan bersama.Almaklumlah,mereka kan pasangan bahagia.Kita doakanlah mereka sihat sejahtera dan berbahagia hingga ke anak cucu ya.

Suatu hari,berkata sang pemudi kepada pemdanya.

“Abang,bila abang nak ambil lesen?Sudah sedekad kita bersama,tak pernahkah terlintas di fikiran abanag untuk mengambil lesen ?”

“Abang bukan tak mahu ambil lesen,tetapi,fulusnya belum cukup.Lesen sekarang semuanya mahal-mahal.”Jawab sang pemuda.

“Kan hari tu ayang sudah beri abang fulusnya.Ke mana digunakan wang itu?’

“Wang itu abang buat modal berniaga.nanti untung,abang ambil lesen ya.Bukan satu,abang ambil empat lesen,boleh ya?”

“Abang ni,jangan la!!”balas sang pemudi sambil menampar manja sang pemuda.

Alahai,manjanya..

Sahabat,para pembaca yang dirahmati Allah..

Begitulah sikap kita yang sentiasa bertangguh.Apakah lesen  itu?

lesen yang dimaksudkan adalah lesen K,yakni lesen kahwin.Jadi,kepada sesiapa yang sudah mampu untuk berkahwin,tnggu apa lagi.

tunaikanlah segera lesen anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s