Wanita Cantik

Kecuali jika seseorang itu mengalami masalah mental, atau mempunyai obsesi yang pelik-pelik, tiada manusia di dunia ini yang tidak menyukai kecantikan.

Saya suka kepada kecantikan. Anda pun tentu suka. Malah kita pun disunnahkan menjaga kecantikan, asalkan jangan sampai melampaui batas.

Tapi kadang-kadang saya keliru. Ada orang yang melihat kecantikan sebagai segala-galanya. Mahu cantik, mahu bergaya, mahu nampak menyerlah, biarlah banyak berbelanja, biarlah agama digadai.

Bukanlah kecantikan fizikal yang diutamakan, tapi kecantikan rohani. Apalah gunanya wanita yang cantik, yang rupawan, tapi mendedahkan aurat. Bentuk badannya diketahui ramai, rambutnya pula digayakan dengan fesyen yang berbagai. Ditambah pula dengan gaya yang manja dan mesra yang melampau, dia menayangkan ‘keindahan’ ini kepada lelaki yang haram untuk melihatnya. Sesiapa yang memandang dengan sengaja akan mengundang dosa. Kita khuatir si penayang auratlah yang akan paling banyak menanggung dosa akibat perbuatan tersebut.

Semoga Allah memberikan hidayah dan keampunan kepadanya dan kita semua!

Sedangkan di sisi yang lain, mungkin ada wanita yang tidaklah cantik pun. Tapi agamanya dipelihara seteguh-teguhnya. Quran dan Sunnah dijunjung tinggi. Inilah wanita yang cantik sebenarnya. Sebagai seorang muslim, saya tentu mahukan wanita seperti ini sebagai isteri. Begitu juga lelaki muslim lain, harus berfikiran serupa, sebab inilah yang dituntut agama kita dalam soal mencari bakal isteri. Inilah kecantikan yang ditekankan Islam, malah ini adalah sejenis kecantikan yang boleh dibina dan dibaiki. Sesiapa saja boleh memilikinya, dengan izin Allah, soalnya nak atau tak nak sahaja. Ingat betul-betul sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika datang kepada kalian orang yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Sebab, jika kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di atas bumi dan kerosakan yang luas” (At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya, disetujui oleh Az-Zhahabi. Lihat Sahihul-Jami’)

Pada masa yang sama, janganlah lupa, jika inginkan suami atau isteri yang baik, diri sendiri harus diperbaiki terlebih dahulu. Jangan sesekali berubah kerana berniat ingin mencari pasangan, tapi mestilah ikhlas kerana Allah. Bila anda berubah kerana Allah, barulah anda bakal ditemukan oleh Allah dengan jodoh yang baik-baik. InsyaAllah.

Jika anda mahu sangat isteri yang cantik, sedarlah bahawa kecantikannya itu pasti akan hilang. Jika anda meletakkan kebahagiaan kepada kecantikan fizikal semata-mata, tentu anda akan semakin kurang bahagia apabila isteri anda semakin menua. Tapi jika anda meletakkan kebahagiaan anda kepada keimanan dan ketaqwaan si isteri tersebut kepada Allah, anda akan bahagia selama-lamanya. InsyaAllah.

Bukannya saya kata tidak boleh mencari isteri yang cantik. Maksud saya di sini ialah kecantikan rohani jauh lebih utama berbanding kecantikan jasmani.

Sedihnya, pada zaman ini, konsep Islami yang unggul tentang kecantikan ini telah semakin pupus. Idea dan konsep tentang kecantikan banyak dipengaruhi falsafah barat. Mereka perjuangkan kecantikan fizikal dan materialistik. Wanita dilihat sebagai objek. Pada masa yang sama, pemikiran kaum wanita diperdaya dengan konsep bahawa penyerlahan tubuh badan wanita itu sebagai satu hak asasi dan simbol kemuliaan wanita. Padahal ini konsep yang keliru dan karut.

Menurut Islam, wanita adalah kaum yang mulia, harus dilindungi dan dipelihara baik-baik. Keindahan fizikal yang ada pada mereka bukanlah untuk tayangan umum, tapi untuk suami-suami mereka. Sedangkan suami berperanan menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan isterinya dengan sebaik-baiknya. Peranan wanita bukanlah sebagai hamba kepada kecantikan duniawi, tapi sebagai khalifah Allah, selain peranan spesifiknya sebagai ibu yang mendidik generasi baru umat Islam.

Bak berlian yang cantik, mengapa mahu ditunjuk-tunjukkan? Adakah kita mahu ianya dicuri? Dirompak? Tentu tidak. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua.

SUmber

2 thoughts on “Wanita Cantik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s