Kisah II

Kisah II

Hati yang sudah kosong,kerana menyerahkan hati bukan lagi untuk dilukai…..

“Alia bukan tak mahu kahwin,mama tapi..”

“Tapi apa?”Soal mama pantas.

“Alia belum ada yang berkenan di hati.”

“Kamu tu dah terlalu tua,Alia.Dah masuk 25 tahun pun anak mama ni.Zaman mama kecil dulu,umur 25 kalau tak kahwin lagi memang tak laku tau.Dah jadi andartu pun.”

Teringat perbualan mama dengan Alia pagi tadi.Sedang enak menyuap roti telur kegemaran Alia.Tiba-tiba,mama tanya soalan cepu mas.Tersedak Alia,bukan main susah lagi dia nak cover depan anak saudaranya.Lalu,demi mengelak disoal dengan soalan-soalan yang menyeramkan tu,Alia meminta izin untuk segera ke pejabat.Alasannya,takut trafik jammed.

Dia bukan mahu menghampakan mama,tapi dia sudah serik dikecewakan,meski buat julung kalinya hati dipatahkan semasa di tahun lima!Pengalamannya itu telah membentuk idealisme baru bahkan menzahirkan cita-cita yang tak pernah diimpikan sesiapa,iaitu menjadi bujang seumur hidup!

Hari-hari selepasnya,dia tetap Alia Aisyah binti Habibullah,Siti Norbaya abad millennium.Dia membesar sebagai anak gadis yang mewarisi darah cina,arab dan melayu itu membuatkan dirinya tetap istimewa meskipun setitik cuma.Keistimewaannya itu secara tak langsung telah membuatkan dia dikenali semasa di alam sekolah menengah.Siapa yang tak kenal Alia Aisyah binti Habibullah.Dia pelajar paling popular(perasannya Alia ni).Setiap hari,ada sahaja surat yang diterimanya.Setiap hari ada saja coklat dihulur padanya.Bahkan,ada yang menghadiahinya bunga mawar lagi.Romantis kan?

Tapi,semua pemberian peminat rahsia dan terang-terangan semuanya dilayan sama rata,tempatnya tetap di tong sampah.Apabila kawan Alia menyedari hal itu,mereka akan memarahi Alia kerana tidak menghargai.Lalu,Alia akan bertanya,siapakah yang tak menghargai?

Kawan-kawan Alia pun geleng kepala,bingung dengan sikap Alia yang memang istimewa ni.Alkisahnya yang paling kemuncak ialah apabila Safuan juga cuba pertaruh hati.Safuan,Ketua Pengawas Sekolah yang paling disegani juga ditolaknya mentah-mentah.Alia memang berhati batu!Degil! kata mana.

Alia tersenyum sendiri.Dia menyelak buku kecil di atas mejanya.Dia mengatur rencana hidupnya dengan teliti.Aduhai,selepas ini ada mesyuarat dengan Mr Tong pulak!keluh Alia sendiri.Menyampah betul Alia dengan Mr Tong.Setiap kali mesyuarat,cina tua yang berperut buncit itu selalu menjelingnya sambil melemparkan senyuman.Kalau senyuman ikhlas tidak mengapa,tetapi senyuman gatal!Dia ingat aku ni perempuan murahan kot,perempuan yang mudah mengalah bila ditawarkan pangkat dan duit berjuta.gumam Alia,geram.

Bit!! Bit!!

Alia tersentak,terkejut.Dia menekan butang berwarna merah itu.

“Cik Alia,Encik Hanif dari Kulim Hitech nak jumpa.”

“Suruh dia tunggu saya di bilik mesyuarat ya.”

“tak,bos suruh jumpa En Hanif di bilik bos.”

Bos?aduhai,takkanlah En Hanif tu nak kompelin lagi.jerit hati Alia.

Alia pantas melangkah .Dia tidak mahu lambat kerana nanti tidak ada lagi suara sumbang yang mengata Alia lagi.Pada pandangan En. Hanif,apa yang dibuat Alia semunya serba tak kena.Alia rasa sedikit gementar,rasa yang pertama kali dirasanya.seolah,sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Alia akur,meski dia rasa dia dipaksa.Tadi,bos telah beri kata dua,lalu membuatkan Alia bagai kanak-kanak kecil.harus berkata ya sahaja.Ditukarkan ke Kulim Hitech atau diberhentikan kerja.Aduhai..

“Prestasi kerja kamu amat bagus,namun khidmat kamu lebih diperlukan di sana Alia.Walaubagaimanapun,saya doakan kamu lebih berjaya di Kulim Hitech kerana saya lihat kamu begitu berpotensi”

Alia telah melihat masa depan,dia akan berada di negeri  Jelapang Padi.Dia akan berjauhan dengan mamanya.Dia akan berada di negeri yang kaya dengan beras dan gah dengan lambing hijau kuningnya.Dia akan berada di kampung!Sebuah situasi yang dia sendiri tidak betah.mampukah dia bertatih?

Alia merenung sendiri.Malangnya nasib diri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s