Cara-cara nak update Anti Virus

Bismillah hi wal hamdulillah….

Seusai solat subuh,aku mencapai handphone nokia n70 berwarna hitam itu,tiba langsung terpapar di skrin..

virus definition,
update it now..
?”

aku menekan kekunci “no”,
kerana baki kreditku belum cukup kukuh untuk meng’update’kannya.Lantas,hati kecilku berkata,kita selalu update anti virus agar gadjet kita seperti lapt0p,handphone,notebook dan sebagainya agar gadjet kesayangan kita ini selamat dan sentiasa di dalam kondisi yang baik.Maka begitulah jua halnya dengan sebuah gadjet berteknologi tinggi yang digelar iman.Kenapa kita tak update ‘iman’ kita?
Ia juga perlu sentiasa ditingkatkan bentengnya agar tidak mudah dihancurkan.Maka untuk meng’update’kan anti virus yang menghancurkan iman,dikemukakan beberapa method..

1.0  sentiasa istighfar
apabila kita merasakan diri alpa,maka kita hendaklah beristighfar yakni dengan mengucapkan lafaz ‘astaghfirullah hal azim,al lazi la ilah hailla,huwal hayyu qayyum wa atu bu ilaik.’setiap lafaz istighfar diyakini mampu menghapuskan setiap titik hitam dalam seketul darah yang bernama hati.

2.0 sentiasa mujahadah an nafs
sentiasa bermujahadah atau lebih ringkasnya melawan/menentang nafsu yang bersembunyi di dalam diri.Nafsu seumpama api yang membakar dari dalam.Kalau tidak dikawal,pastilah akan merebak dan akan memusnahkan segalanya,tapi kalau api ini dikawal,pastinya api ini akan memberi manfaat dan akhirnya boleh digunakan untuk BBQ.Begitu halnya dengan nafsu,kalau dikawal dengan akal yang bijaksana.Pastinya melahirkan kebaikan.Contohnya,kita akan menjadi lebih bernafsu untuk mengejar syurga yang dijanjikan Allah.InsyaALLAH..

3.0  muhasabah diri
urm,yang ni bahagian paling ‘mudah’.Cara pertama ialah,fikirkan apakah keburukan yang telah kita lakukan.Dan apakah efek negatif yang timbul.Fikir-fikirkan,apakah diri kita ini sudah layak untuk bertemu dengan Allah di syurga..?Atau kita ini dalam diamnya telah menempah tiket untuk diseksa bersama firaun,namrud di neraka?
Nauzubillah.Dan berwaspadalah dengan bisikan halus daripada laknatullah,
“maka apabila di dalam hati seseorang sudah ada perasaan sudah mencapai redha Allah,maka dia termasuk dalam kalangan orang yang takbur.”

4.0  sentiasa memperbanyakkan amal dan banyaklah mengingati mati.

Cara untuk melembutkan hati yang beku ialah dengan banyak mengingati mati dan menziarahi kubur kerana kawasan perkuburanlah yang mudah mengingatkan kita kepada kematian.

Sekianlah sudah cara-cara untuk meng’update’kan anti virus dalam diri.Ingatlah,syaitan tak pernah lalai untuk mengajak kita mengerjakan maksiat dan ber’hibur’ dengannya di neraka kelak.
Selamat mencuba!
Wallahualam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s