Sebuah kehilangan

Lampu dah pun dipadamkan.Sahid pun dah berangkat tidur.Mata masih tak lelap,tak mengantuk.Sedangkan sepatutnya diriku ini perlu rehat yang secukupnya.Sudah tiga hari tubuh yang dipinjam ini tak mendapat rehat yang diinginkan.

Jemariku masih lagi menari mencari idea.Mengharap diilhamkan sebuah buah fikiran oleh Rabb kepada hambaNYa yang hina.menanti sebuah jawaban.

Ampunkan aku Tuhan……….

Saat demi saat,minit demi minit,jam yang berlalu,setiap hari yang hilang semakin terasa ruginya.Bahkan,kadang-kadang terasa sebuah kerugian,kerana seumur hidupku ini tak banyak dihabiskan bersamaMu demi meraih syurga.Pelayaran ini yang tidak tahu bilakah labuhnya sauh ini mengharapkan agar lemas pada lautan cintaNya.

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

tapi,bisakah masa yang telah lalu dapat diputarkan kembali..??Adakah penyesalan yang telah terjadi dapat dipulihkan..??

Segalanya tak mungkin melainkan dengan kuasa Allah semata-mata.Kerana itu kita sering terdengar pujangga berbicara,”Kamu gagal merancang maka kamu merancang untuk gagal.”

Bahkan,kita sebagai umat Islam yang beriman juga semsetinya percaya bahawa kita sebagai manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya..

JAdi,janganlah kita menyesal di kemudian hari.Jangan biarkan kita terus kehilangan masa dengan penyesalan yang sudah tidak berguna lagi..

Banyakkan amal,tingkatkan level kita di sisi Allah..

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.

Wallahualam…

One thought on “Sebuah kehilangan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s