Solehkan dirimu Syafiq;Ustaz Halim

keluarga bahagia Ustaz Halim

‘Jadilah lelaki yang soleh, insyaAllah akan muncul seorang yang solehah sebagai pasangan hidupmu’

Wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, walau jahat sekalipun tetap mendambakan pasangan yang soleh buatnya.

Betapa sukarnya mencari wanita yang solehah. Tak perlu nak highlight kan lagi ciri-ciri nya, yang penting pastikan bukan luar saja yang cantik tapi sifat dalaman sekali.

Tapi menilai pada luaran belum tentu lagi isi dalamnya juga baik. Susah nak mengukur dan meneropong iman dan taqwa orang lain.dalam buku ni saya ketemu cara yang mudah iaitu jadikan diri anda soleh dahulu maka akan hadirlah yang solehah yang diidamkan. Persoalannya, apakah kita telah menjadi seorang yang soleh atau sedang berusaha menjadi soleh? Padankah sifat-sifat yang soleh dengan diri sendiri?

Kaedah yang paling tepat untuk mendapat kan yang soleh/solehah kuncinya terletak pada diri kita sendiri. Malulah dengan Allah kalau kita ni sering berharap agar diketemu dengan jodoh yang baik tapi diri kita tidak baik.

Jadi, untuk menamatkan penantian akan kedatangan wanita/lelaki soleh itu dengan cara pembinaan ciri-ciri seorang yang soleh pada diri, insyaAllah akan tiba jua nanti.jika kita menjadi soleh, maka solehah akan muncul dengan sendirinya. Jadilah soleh bukan carilah solehah!.

Ubahlah diri untuk merubah orang lain.
“..dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik…”(An-Nur:26)

Namun kalau belum ketemu, bisikkanlah ke dalam hati..
“Aku belum lagi menjadi soleh, sebab itu Allah belum kurniakan aku seorang wanita yang solehah sebagai isteri”

Tips mendapat isteri solehah solehah :

  • Jadikan diri calon suami yang soleh
  • Bina sahsiah lahiriah seorang lelaki soleh, muhasabah soal hati-ukur iman dan takwa
  • Jaminan Allah-lelaki mukmin untuk wanita mukminat
  • Letakkan piawaian yang tinggi buat diri sendiri
  • Permudah dan rendahkan sedikit penilaian terhadap calon isteri kerana dia boleh dibentuk dengan pimpinan suami setelah berkahwin.

tips untuk mendapat suami yang soleh juga..:)
ringkasan daripada buku satu hati dua rasa

7 thoughts on “Solehkan dirimu Syafiq;Ustaz Halim

  1. Salam

    Syafiq, bagus perkongsian ini. Ana mohon copy ye,
    sumber penyampaian ini kepada sahabat seagama yang lain.

  2. Pingback: Kita mencari… « Pemikiran seorang remaja

  3. asslamualaikum,ustaz…ana ada soalan…harap ustz pt bri rspon….ana ada myimpan cita-cita utk mnjadi seorang ustzh…ttapi ana tidak brpndidikan di skolah agama…ana skarang seorg plajar form 2 dri skolah biasa dan blajr agama basic je….soalan ana:

    bleh kah ana trus mgejar cita-cita ana itu??krana smua ustz dan ustzh dtg dri skolah agama..sdangkan ana blajar di skolah biasa sja…

    bleh kah cita2 ana trcapai???

    mohon mklum bls….
    assalamualaikum…

    • assalam alaik..
      untuk menjadi seorang ustzah,ant tak perlu berasal dari sekolah agama..sekolah hanyalah platform utk ant ke peringkat seterusnya..
      utk pengetahuan ant,ana bukan dari sekolah agama dan pada ana,itu bukan alasan untuk ana mentarbiyyah diri ana dan juga org lain..
      doa ana,semoga cita2 ant tercapai dan boleh ana tahu di mana ant tinggal..?
      ana akan anjurkan sebuah kem..
      harap benar ant akan join kem ini..

      • assalamualaikum…
        syukran ats mklum bls yg ant brikan…ana tggal di kedah…insyaAllah ana bleh join…klau bleh ana tahu,adakah ant seorang ustz??ana hrap ant dpt mmbntu ana…

        assalamualaikum…

    • alhamdullilah..
      thanx atas soalan tu..
      ana bukan ustaz..dan untuk mejadi seorang ustaz bukanlah cita-cita ana..
      cita-cita ana ialah walau apa pun pekerjaan ana nanti,biarlah ana bekerja dengan jiwa seorang mukmin..
      dan ana masih muda ya..baru 20 tahun..hehehe
      ALhamdullillah..
      ana juga tinggal di kedah..
      InsyaAllah,ana akan adakan kem tersebut di johor darul takzim..rasanya agak susah untuk anti datang ke sini.InsyaAllah,kalau ada kelapangan,ana akn anjurkan kem tersbut di KEdah pula.

      • assalamualaikum….

        trima kasih ats mklum bls trsebut…ana doakn anta yg trbaik….
        syg rsanya x dpt myrtai kem trsebut…apa-apapun ana hrp kem trsebut brjln dgn lncar…ameen…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s