10 sifat calon suami yang baik

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita. Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki. Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahu a’lam.

8 thoughts on “10 sifat calon suami yang baik

  1. no 7 tu.Kenalan. kawan-kawan di friendster dan facebooknya terlalu ramai. Masih dalam kategori pergaulan yang terbatas kah?

    • salam…
      pengertian bg no 7,
      7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
      adalah lelaki itu menjaga dirinya daripada melakukan maksiat wlaupun dia tahu dirinya mampu berbuat maksiat.ini juga bermaksud dia sentiasa menjaga batas pergaulannya..kwan2 di fs atau di fb hanyalah kawan di alam maya..

      dia masih termasuk dalam kategori pergaulan yang terbatas kalau dia jaga dirinya..
      wallahualam….

    • tak perlu mencari..tetapi biarkan diri kita yang dicari..

      pernahkah dengar kata bernas.??
      solehahkan dirimu nescaya akan datang soleh kepadamu..

      usaha ke arah menghharap redha Allah..

    • wallahualam..
      kalau ikatan perkahwinan,maka saya cadangkan agar anda berbicara dengan suami anda sebaiknya..saling tegur menegur itu kan baik di dalam kekeluargaan.
      tapi kalau di dalam aspek couple ni,jawapan saya,Wallahualm…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s