saya menilai buku melalui kulitnya…!!!!!

Artikel ini dipetik dari laman sesawang iluvislam.com

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”

Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
SAYA TERBACA PETIKAN INI DI LAMAN WEB….. BERDASARKAN PETIKAN DI ATAS,ALLAH S.W.T. TIDAK MENGANGGAP HATI SESEORANG ITU SUCI JIKA MELANGGAR PERINTAHNYA.NAMUN,BAGAIMANA PULA JIKALAU ORANG YANG CNTK ZAHIRNYA TP HITAM BATINNYA??SBGI CNTH,PRMPN YG MEMAKAI TUDUNG LABOH TP TTP MELAKUKAN MAKSIAT. ADAKAH ALLAH S.W.T. AKAN MENERIMA SEPARUH AMALANNYA SHJA ATAU LNSG TIDAK?? KESIAN PULAK KT ORG YG TIDAK PAKE TUDUNG TP HATINYA INGAT ALLAH,CUME MUNGKIN DIA BELUM DPT HIDAYAH UTK MEMAKAI TUDUNG…SAYA HARAP KEMUSYKILAN SAYA INI TIDAK MENGUNDANG APE2 KESULITAN..SAYA MOHON MAAF JIKA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SPNJG PNLSN SAYA INI..ASSALAMUALAIKUM…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s