Sebuah Pertemuan ;Epilog

Kisah I :

Apakah rasa yang bertanya,tentang semalam yang singgah sebentar..

Permusafiran aku ke Kuala Lumpur begitu terasa jauhnya pada malam ini.Kebiasaannya,masa terluang sepanjang perjalanan ini aku isi dengan aktiviti rutin setiap penumpang iaitu tidur,namun segalanya berbeza pada malam ini.Semuanya serba tak kena.Hitam pekat memenuhi pandangan mata yang menjengah ke luar tingkap bas MaraLiner.Cuma,sesekali kelip-kelip lampu neon turut meng’indah’kan lagi pemandangan.

Pada malam ini juga,mungkin Allah telah takdirkan aku akan bertemu ‘dia’,sang indah yang pernah bertakhta di hati.Aku jadi tergamam tika mata kami bertembung,lidahku kaku,kelu seolah-olah mengunci seribu satu bicara yang cuba aku luahkan.Aku masih lagi ingat dia,raut wajahnya,caranya berbicara bahkan nada suaranya masih jelas dalam ingatanku.Ianya tak pernah terpadam,bahkan takkan bisa untuk dipadamkan.Dialah,yang kugelar sang Indah,yang pernah bertakhta.

*                  *                        *                      *                              *                             *

Aku pantas melangkah.Banyak tugas berat selaku ketua pengawas sesi petang di sekolahku yang harus aku selesaikan.Alhamdullillah,semua tugasan yang diserahkan kepada aku oleh Guru Disiplin sesi petang dapat aku selesaikan.Selepas peristiwa semalam,aku telah bertekad,bahawa aku takkan menyentuh hati mana-mana perempuan melainkan bakal isteriku sahaja.Aku bertekad,biarlah peristiwa semalam tenggelam dalam lipatan kenangan.

Loceng telah pun berbunyi menandakan waktu pulang bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam sesi petang.Pelajar berpusu-pusu pulang ke rumah sebelum matahari melabuhkan tirainya.

“Syafiq,ni ada orang kirim salam kat hang.’Kata Adam,salah seorang teman bilikku,Kediaman Damai.

“Hang ni,bagi la aku rehat dulu.macam ribut.Sapa la pulak awek yang hang pasang kat aku ni.”

“Kali ni,dia yang kirim salam kat hang.Bukan aku yang buat cerita.”

“Siapa..??”hati aku tertanya-tanya.

“Cuba hang teka.’

“Tak mau,dah maghrib,aku nak solat dulu.”Kata aku menutup bicara.

Seusai solat maghrib,aku mencapai Al Quran yang berada di dalam almari.Pusaka tinggalan Rasullullah itu aku tatapi,sayu hati apabila mengenangkan betapa peritnya Rasullullah s.a.w. sewaktu baginda menyampaikan dakwah islamiah yang kini telah menjadi agama yang dianuti oleh dua per tiga penduduk dunia.Betapa besarnya pengorbanan Rasullullah s.a.w..Aku berselawat..Hanyut dalam butir-butir cinta kepada ikhwanku,rasullullah s.a.w.Aku teringat pada sebuah sirah Rasullullah s.a.w.

“Aku rindu pada ikhwanku.”rasullullah memecah keheningan.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian Ya Rasul Alllah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku .” sahut Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda berkata:

“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

aku lantas memperbanyakkan selawat.

Ya Rasul Allah,aku rindu padamu.Berilah syafaatmu di akhirat kelak.Jangan biarkan aku sendiri.Ya Rasullullah,Ya Habibullah….

“Macam mana Syafiq?”Aku membisu,tidak mengendahkan karenah Adam.Aku terus membiarkan diri hanyut dengan ilmu.melihatkan keadaanku,Adam mengubah bicara.Kulihat dia mengeluarkan sesuatu dari kocek begnya lalu memberikan kepadaku.

“Nah,Hana bagi surat ni kat hang..baca la….”

Surat itu aku capai,aku selitkan di dalam buku teks Sejarah,salah satu subjek kegemaranku.

“Wei,baca la sekarang..”Adam mendesak.

“”Alah,nanti la.Kalut la hang ni.Kalahkan aku.La ni kan waktu prep,kita study dulu.Okey..??”

“Okeylah,”Adam mengalah,hampa mungkin.Aku tersenyum,aku tahu,Adam mahukan yang terbaik untukku,sebagaimana aku inginkan yang terbaik untuknya.

Selesai prep,aku bergegas ke bilik.Kebiasaannya,pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam akan ke dewan makan untuk menikmati sedikit jamuan ringan.Namun,aku tidak begitu berselera kali ini.Di bilik,aku membuka sampul berwarna merah jambu dengan cermat.Ringkas tulisannya namun tersusun kemas.

Assalamualaikum.

ke hadapan akh Syafiq,

Aku menulis surat ini dengan penuh cinta dan mahabbah.Cinta seumpama seorang penyembah kepada sembahannya.

Akh Syafiq,

Tinta ini menari demi menyampaikan hasratku kepadamu.Hasrat seorang perawan kepada teruna yang dipuja.Seorang insan yang kosong hatinya yang meminta agar kekosongan ini diisi.jadikanlah aku sebuah gedung yang penuh dengan kasih-sayangmu.

Aku memohon agar kembalilah kepadaku.Jadikanlah aku milikmu.biarkan aku menyelam ke lubuk hatimu yang paling dalam..

pernah dulu akh berkata,seandainya bumi terbelah dua,kita tetap akan bersama.kumohon,agar tunaikanlah janjimu.Apakah kata-katamu sekadar pemanis bicara saat bersama dahulu..??

sang pemuja cinta.

akulah pendamba cintamu…

salam cinta..

NurHana Humaira

Kertas berwarna putih pantas aku masukkan kembali ke dalam sampul surat itu.

Malam itu,aku menangis semahu-mahunya.Betapa lemahnya aku.Betapa hinanya aku kerana pernah terhanyut dengan cinta yang dibarisi oleh syaitan.Aku teringat saat indah kami bersama,saat kami berkenalan,kami memadu cinta dan segalanya masih jelas terbayang dalam ingatanku.tapi,aku harus tekad,jiwaku harus kental.inilah pengorbanan aku demi meraih cintaNya.Aku tahu,aku bukan sekufu dengannya kerana dia dari keturunan terpilih,keturunan para ulama.Sedang aku hanyalah anak seorang guru biasa,yang mengajar di sekolah biasa.Aku tetap biasa,dan aku bukan siapa-siapa.Aku tekad,dia tetap bukan milikku,tetapi aku milikNya.

*                            *                        *                              *                               *

“Syafiq,nak makan tak..?bas dah berhenti kat Gurun.”

Kata Sahid memecah khayalanku,teman yang turut sama berkembara ke selatan tanah air.

“Boleh jugak..Aku pun tengah lapar ni..”

“Jomlah,tapi kita solat dulu ya?”

“Itulah yang sebaiknya.”Sahutku sambil tersenyum.

14 thoughts on “Sebuah Pertemuan ;Epilog

    • terima kasih atas komen anda..
      ya..pada hemat saya ia agak tergantung..
      jadi,manakah yang perlu diubah..
      untuk jangka msa panjang,saya bercadang hendak menjadikannya sebagai epilog kpd novel..
      salam…

      salam ziarah..

  1. saya suka cerpen ini… mengenangkan diri ini terlalu hina kerana mengejar cinta selain cintaNya.. saya kagum kepada anda kerana besarnya pengorbanan anda untuk cintaNya.. saya berharap saya juga layak untuk meraih cintaNya walau diri ini terlalu hina untuk cinta itu…

    • salam alaik…
      terima kasih kerana sudi membacanya…
      ia bukanlah kisah hidup saya..cuma jalan ceritanya diolah sedikit mengikut jalan hidup saya..
      contohnya,pengawas sesi petang dan kehidupan di asrama..yang lain,ianya adalah salah satu usaha dakwah..
      untuk pengetahuan anda..cerpen ini merupakan sebuah pendahuluan kepada novel saya..
      insyaALlah..

  2. salam ‘alaik…
    ni la yang dikatakan draf ari tu ye???
    bagus arrr cerpen ni???
    tersentuh ati membacanya..
    dapat meninsafkan diri…
    NurHana Humaira’…sedap nama ni..

    • salam…
      untuk pengetahuan saudari nurul husna ..
      NurHana Humaira merupakan watak yang direka ya..tidak pernah wujud pelajar bernama sedemikian semasa generasi tingkatan 2 tahun 2005..
      jangan kecoh2 ya..
      hahahahha

  3. salam…..
    hehehe…
    relax2 suda…..gelabah la plak dye ni…
    orang puji sedap je…xde maksud len…
    tapi kalau sungguh wujud pun,apa salahnya…
    tapi masih tercari-cari la…sapa ek???junior???

    • tak gelabah sebab nama tu memang tak wujud..
      hahahhaha “.
      tak percaya boleh check buku kedatangan sekitar tahun 2005/2006

  4. yang tazkirah i.d.k tu mesti copy dari ketika cinta berbuah syurga kan?🙂 gurau je, saya suka cara penceritaan anda mengenai kisah pasangan couple nobita dan sizuka>>>>

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s